MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL 1/2007

July 5, 2007 6:17 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Dato’ Dr. Malek Shah bin Hj. Mohd Yusoff, Pengarah INTAN
Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Dif-Dif Jemputan

Tuan-tuan dan Puan-puan, seterusnya para peserta Kursus Diploma Pengurusan Awam yang dikasihi sekalian.

Segala puji ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya, kita dikurniakan kesihatan dan kelapangan untuk bersama-sama menghadiri majlis makan malam ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada INTAN kerana memberi peluang kepada saya menghadiri acara kemuncak meraikan pegawai-pegawai PTD yang akan menamatkan kursus Diploma Pengurusan Awam. Saya difahamkan esok adalah hari terakhir saudara-saudari di INTAN dan akan kembali melaporkan diri di Kementerian dan Jabatan masing-masing pada hari Isnin, 9 Julai 2007.

2. Tahniah saya ucapkan kepada saudara-saudari kerana telah berjaya menempuhi tempoh enam bulan kursus DPA. Saya masih ingat, pertemuan pertama saya dengan kumpulan ini adalah pada 2 Februari 2007 di INTAN Bukit Kiara, ketika saya menyampaikan amanat dalam majlis perjumpaan dengan pegawai-pegawai PTD muda. Pada masa itu, saudara-saudari baru melaporkan diri sebagai peserta Kursus DPA. Masa berlalu begitu pantas, dan kini saya bertemu kembali dengan saudara-saudari, yang mana pada kali ini, saudara-saudari akan menamatkan kursus yang amat signifikan dalam perkhidmatan PTD ini.

3. Jika saudara-saudari masih ingat cerita dan pengalaman yang telah saya kongsi bersama pada awal pertemuan dulu, saya telah menceritakan bagaimana pada awal karier saya sebagai pegawai PTD, iaitu dalam tahun 1974, nasihat pertama yang saya peroleh yang masih saya ingati dan patuhi sehingga ke hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Pengarah INTAN ketika itu, Tan Sri Dato’ Elyas Omar. Nasihat beliau ialah supaya kita jangan ambil duit orang, jangan korup dan jangan rasuah. Nasihat tersebut meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya dan akan saya pegang sampai bila-bila, Insya Allah.

4. Mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah, apa jua nasihat yang baik dan berguna yang diperoleh dari pegawai-pegawai senior perlu diingati, dihayati dan diamalkan, walaupun kita kelak akan menjadi paling senior dalam perkhidmatan dan akan memegang jawatan paling penting dalam perkhidmatan awam negara.
Saudara-saudari sekalian,

5. Sumbangan besar Perkhidmatan Awam kepada negara berkait rapat dengan tugas dan peranan yang dimainkan oleh Perkhidmatan PTD sejak dulu lagi. Segala sumbangan yang telah diberikan oleh pegawai PTD di pelbagai peringkat, semenjak awal kewujudannya sehingga kini, menjadikan pegawai PTD dikenali, disegani dan dihormati oleh perkhidmatan-perkhidmatan lain. Pelbagai dasar dan rancangan pembangunan telah diharungi. Ternyata sehingga kini PTD masih dianggap perkhidmatan yang premier di negara ini dan terkenal dengan etosnya tersendiri.

6. Namun demikian, kita tidak boleh terlalu asyik dengan pencapaian kita. Tidak boleh terlalu bangga dengan sumbangan kita, dan tidak boleh terlalu selesa atau complacent dengan kedudukan kita. Kedudukan yang kita warisi ini perlu dikekalkan. Perlu ada kesinambungan, malah harus ada penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kita berdepan dengan pelanggan, gaji kita dibayar oleh pelanggan, justeru kita perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Pelanggan-pelanggan kita berhak mendapat kepuasan; mereka berhak menuntut keselesaan; dan mereka juga berhak diberi keutamaan.

7. Justeru, saudara-saudari yang masih muda ini, yang masih panjang usia perkhidmatannya, perlu menanamkan keazaman, perlu mempunyai mindset untuk membawa perubahan, serta membentuk agenda untuk memberikan yang terbaik kepada perkhidmatan, iaitu do the best, right from the beginning. Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan beberapa perkara, nasihat dan panduan kepada saudara-saudari dalam mengharungi cabaran serta memenuhi tuntutan kecemerlangan perkhidmatan yang kita warisi ini.

Saudara-saudari sekalian,

Minda membawa perubahan

8. Sebagaimana saya nyatakan tadi, perjalanan saudara-saudari dalam perkhidmatan masih panjang, justeru akan berlaku pelbagai perubahan dalam perkhidmatan ini. Jika dulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan senioriti atau kekananan, tetapi kini, meritokrasi mengatasi senioriti. Namun demikian, saya suka mengingatkan bahawa peraturan kenaikan pangkat yang berdasarkan meritokrasi ini adalah sebenarnya biased kepada mereka yang lebih senior. Ini adalah kerana mereka yang lebih senior sudah tentu lebih banyak pengalaman dan merit, dan sepatutnya lebih layak untuk dinaikkan pangkat terlebih dahulu.

9. Walau apa jua senario, seorang pegawai PTD perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan atau uncertainty. Perkhidmatan bertaraf dunia sebenarnya menjadi titik tolak kepada pencapaian ekspektasi pelanggan dan stakeholder. Jangan sehingga pelanggan mahupun stakeholder hilang kepercayaan terhadap kita dan mula mencari alternatif lain untuk memenuhi permintaan mereka. Senario masa kini membuktikan bukan mustahil bagi pelanggan dan stakeholder beralih arah, dengan meletakkan kepercayaan lebih kepada individu tertentu ataupun badan bukan kerajaan untuk mengambil alih tanggungjawab yang dilaksanakan dengan tidak profesional dan tidak sempurna.

10. Kita harus membuktikan bahawa kita mampu bertahan dalam apa jua tekanan, bersaing dengan positif, dan berusaha menempatkan diri dalam golongan yang terbaik. Maknanya, saudara-saudari perlu sedar bahawa ada agenda yang perlu dilaksanakan, ada perkara yang perlu diubah dan ada sistem yang perlu ditambah baik. Perkhidmatan awam tidak memerlukan pegawai yang mudah selesa dan menerima apa jua yang ada di depan mata atau dengan kata lain sekadar menjadi “pak turut”.

11. Anggota perkhidmatan awam hendaklah bersikap proaktif dalam membuat perubahan demi kepentingan dan faedah negara tanpa memikirkan ganjaran atau balasan yang bakal diterima. Sesuatu perubahan boleh dilakukan walau apa jua jawatan yang disandang oleh seseorang pegawai, dengan syarat ia dilakukan dengan niat yang ikhlas. Sebagai contoh, sekiranya terdapat sesuatu perkara atau amalan semasa yang difikirkan sebagai pembaziran, maka langkah-langkah penambahbaikan hendaklah diambil bagi mengatasi kelemahan tersebut. You must learn to challenge the status quo. Only by challenging yourself, will bring the best out of you.

Inovatif dan Kreatif

12. Perkhidmatan ini amat memerlukan pegawai yang inovatif dan kreatif dalam memikirkan apa yang terbaik. Kita memerlukan inovasi dan kreativiti yang lahir daripada anggota perkhidmatan kita sendiri. Nilai-nilai ini hanya akan diperolehi dengan kesedaran seseorang pegawai yang sentiasa menambahkan pengetahuannya menerusi pembacaan, dan kemahiran untuk mendengar.

13. Banyak membaca dan banyak mendengar akan menjamin banyak idea, dan idea-idea inilah yang akan memantapkan perkhidmatan awam. Sebagai contoh, kita telah menemui kaedah menyediakan pasport dalam tempoh 2 jam, pembayaran cukai, permohonan permit dan lesen secara online. Penambahbaikan seumpama ini, saya yakin adalah hasil dari idea-idea yang dijanakan melalui kajian dan pembacaan.

14. Dalam hubungan ini, saudara-saudari perlu sentiasa kreatif memperlengkapkan diri dengan kemahiran semasa, inovatif dalam mencari peluang bagi mendedahkan diri kepada perkara-perkara baru, serta agresif dalam mempelajari ilmu untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri. Amalan ini hendaklah sentiasa dipraktikkan sehingga menjadi budaya dan turut diikuti oleh rakan-rakan dan kakitangan lain dalam organisasi.
Bekerja Dengan Pantas

15. Pegawai yang cekap sentiasa bekerja dengan pantas, does not procrastinate, and will just do it setelah keputusan yang wajar dibuat. Ini bermakna, kita perlu ada sense of urgency dalam melaksanakan setiap tugasan, tanpa melengah-lengahkan sesuatu arahan, sebaliknya memaksimumkan sumbangan kita dalam apa jua tindakan. Perbuatan menangguhkan kerja akan menyebabkan banyak perkara lain yang akan terlepas pandang. Perkara yang boleh dibuat awal perlu terus diselesaikan pada hari yang sama, kerana pada hari esok mungkin banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.

16. Dalam hubungan ini, budaya menjawab panggilan telefon dalam tempoh 3 kali deringan perlu diamalkan dan diterapkan. Perkara ini mungkin dianggap remeh, namun ianya mempunyai impak yang besar kepada pelanggan, dan saya sentiasa menerima e-mel aduan berhubung perkara ini. Minit-minit mesyuarat hendaklah disediakan dan diedarkan dalam tempoh 3 hari, dan sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan pada hari yang sama.

17. Begitu juga apabila membuat keputusan, ianya perlu dibuat dengan segera tanpa mengorbankan kualiti. Sekiranya sesuatu keputusan itu lewat disebabkan oleh kerja yang banyak dan berterusan, maka kerja-kerja tersebut perlu disusun semula dengan meletakkan keutamaan. Tetapi kalau keputusan lambat disebabkan kerja yang lembap, perkara ini perlu diteliti dan seterusnya diperbaiki.

Saudara-saudari sekalian,

Integriti

18. Saya berharap saudara-saudari dapat berpegang kepada satu perkara ini, yang bagi saya adalah amat penting, dan tiada tolak ansur terhadapnya, iaitu integriti. Apabila menyentuh tentang integriti, fokus kita bukan hanya kepada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa semata-mata yang melibatkan wang ringgit, malah merupakan satu konsep yang lebih besar.

19. Integrity means doing your best. Bila saudara-saudari punch in atau swipe in atau apa jua kaedah yang digunakan sebagai tanda hadir bekerja, maka saudara-saudari mestilah benar-benar “Hadir” dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Tiada elemen main-main, ponteng atau tangguh kerja. Integriti dalam pengurusan masa, integriti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam komunikasi dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan pelanggan.

20. Dalam hubungan ini, pegangan dan amalan agama serta amalan-amalan integriti dan etika yang baik dapat membentengi diri daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar. Perbuatan yang baik, keberkatannya akan menyusul. Perbuatan yang tidak baik akan mendapat balasan yang setimpal.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Penutup

19. Saya turut memanjangkan pengharapan kepada Ketua-Ketua Setiausaha yang sama-sama memeriahkan majlis kita pada malam ini. Didik, bimbing, ajar dan pandulah pegawai PTD baru ini supaya menjadi pegawai yang gemilang. Galakkan mereka untuk menggunakan kemudahan yang terdapat dalam perkhidmatan, supaya mereka boleh memantapkan kompetensi dan pembangunan diri melalui latihan dan kursus-kursus yang berkaitan.
20. Saya yakin kita tidak memilih individu yang salah untuk menyandang jawatan PTD ini, dan saya berharap saudara-saudari tidak menghampakan mahupun mensia-siakan pengiktirafan yang telah diberikan ini. Saya mahu saudara-saudari bangga dengan perkhidmatan ini selama-lamanya; justeru meneruskan kecemerlangan bagi menzahirkan rasa bangga tersebut.

21. Masa hadapan negara berada di tangan saudara-saudari. Mungkin ada terdapat kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, namun kesilapan dan kesalahan adalah merupakan pengajaran yang terbaik untuk menjadi lebih baik. I keep repeating one mantra: It is OK to make mistake. But DO NOT make the same mistake twice.

28. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada INTAN dan pegawai-pegawainya di atas dedikasi dalam mendidik dan membentuk pegawai-pegawai PTD dalam kursus DPA ini. Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memberi bimbingan dan pendidikan kepada pegawai-pegawai PTD yang akan datang.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



eight − 8 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →