MAJLIS MAKAN MALAM PROGRAM PERTUKARAN LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

August 18, 2007 6:13 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Mulia Pengiran Dato’ Paduka Hj. Abdul Hamid bin Pangiran Hj. Md. Yassin
Setiausaha Tetap
Jabatan Perdana Menteri
Negara Brunei Darussalam

Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Dr. Haji Mohd Amin bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abd Rahim Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’,

Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam
Negara Brunei Darussalam dan Malaysia,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat berhimpun dalam Majlis Makan Malam yang penuh bermakna ini, sempena Program Pertukaran Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Pada tahun ini giliran Malaysia pula untuk menjadi tuan rumah bagi program ini.

2. Saya serta rakan-rakan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan rombongan Pegawai Kanan Kerajaan Negara Brunei Darussalam ke Kuala Lumpur dan Putra Jaya, yang telah tiba sejak dua hari yang lalu. Lawatan sebegini pastinya akan memberi banyak manfaat dalam usaha kita untuk merapatkan lagi silaturahim dan kerjasama yang sedia terjalin di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari kedua-dua buah negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Peranan dan tanggungjawab Perkhidmatan Awam sebagai penggerak utama dalam usaha pembangunan negara adalah merupakan suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Tugas kita untuk mencapai matlamat dan cita-cita negara menjadi semakin mencabar dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini, yang memerlukan kita bertindak dengan cepat dan tepat untuk berjaya dalam pasaran global yang semakin pesat dan berdaya saing. Kita juga memerlukan tindakan secara bersama dan menyeluruh, dan tidak secara bersendirian dan terpencil. Dalam hubungan ini, bagi Malaysia dan negara Brunei Darussalam yang mempunyai banyak persamaan dari segi sejarah, adat resam dan budaya, di samping berada di rantau yang sama, perkhidmatan awam kedua-dua buah negara perlu bergerak seiring dan bekerjasama antara satu sama lain.
4. Sebagai dua buah negara berjiran yang mempunyai hubungan erat di pelbagai peringkat, hubungan mesra dan rapat yang terjalin melalui program seperti ini akan dapat meningkatkan persefahaman serta mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara. Ia juga memberi kesempatan kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari kedua-dua buah negara untuk saling berkenalan dalam suasana yang informal. Adalah diharapkan peluang ini akan digunakan untuk berinteraksi dan mewujudkan “networking” sesama sendiri bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan dan mengeratkan kerjasama pelbagai bidang dengan Brunei. Komitmen ini telah ditunjukkan oleh pucuk pimpinan kedua-dua buah negara, umpamanya dalam Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-11 pada hari Selasa, 14 Ogos 2007, menyatakan komitmen untuk meneruskan kerjasama erat dalam perdagangan, pelaburan, kewangan, pengangkutan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

6. Selain itu, pemimpin kedua-dua negara turut memperbaharui ikrar meningkatkan lagi hubungan dua hala dalam sektor pertahanan, kesihatan, pendidikan serta pelancongan untuk manfaat bersama. Dalam usaha memperluaskan kerjasama ekonomi, terutama perdagangan dan pelaburan, pegawai kedua-dua buah negara diarah meneroka peluang dalam industri makanan halal, perbankan Islam serta pelancongan.

7. Sehubungan itu, saya berharap tindakan seterusnya akan diambil di peringkat kita pula, selaku pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam kedua-dua buah negara bagi memastikan persetujuan yang dicapai tersebut dilaksanakan dengan jayanya.

8. Saya penuh yakin dengan adanya aktiviti sukan dan rekreasi yang dimasukkan dalam program lawatan ini akan dapat mewujudkan suasana muhibah dan mesra yang akan dapat meningkatkan lagi perasaan keakraban serta semangat persaudaraan antara kedua-dua pihak.

9. Dalam apa jua pertandingan “menang” dan “kalah” adalah satu hakikat yang perlu diterima. Namun apa yang lebih penting ialah kita telah sama-sama dapat mencapai objektif dan matlamat seperti yang diharapkan.

Hadirin yang dihormati

10. Selaku Tuan Rumah bagi Program Pertukaran Lawatan pada tahun ini, saya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Yang Mulia Dato’-Dato’ serta Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian. Saya harap agar saudara-saudari sekalian telah mendapat layanan yang baik dan selesa. Namun demikian, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat perkara-perkara yang kurang menyenangkan atau tidak selesa sepanjang saudara-saudari mengikuti aktiviti yang telah diatur selama dua hari di sini. Adalah diharapkan persahabatan serta persefahaman yang telah dijalin akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.

Sekian
Wabillahhitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh.

Leave a Reply



9 + six =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →