MAJLIS PENUTUPAN PERSIDANGAN SURUHANJAYA-SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM PELAJARAN DAN NEGERI KALI KE-X

August 2, 2007 6:06 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Tan Sri Jamaluddin Bin Hj. Ahmad Damanhuri, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan,

Yang Berbahagia Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pelajaran dan Negeri,

Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Ketua-Ketua Eksekutif Badan Berkanun,

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri, Datuk/Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan, serta hadirin yang dihormati sekalian,

Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya kita dapat berkumpul di Negeri Terengganu Darul Iman dalam Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia, Negeri dan Pelajaran Yang Kesepuluh.

2. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam persidangan ini, yang juga merupakan kali pertama bagi saya semenjak dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara. Sesungguhnya persidangan seperti ini amat bermanfaat, bagi memberi peluang kepada ahli Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan bertukar-tukar pandangan dan idea untuk memperkasakan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Selain itu, Ketua-ketua Jabatan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri dapat bekerjasama dalam meningkatkan prestasi di jabatan masing-masing hasil daripada persidangan sebegini, yang sudah tentu menuntut komitmen susulan yang berterusan.
Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Perkhidmatan awam perlu melipatgandakan usaha untuk membangunkan sumber manusia sektor awam kerana ini adalah merupakan salah satu faktor yang amat penting bagi memastikan kejayaan serta keberkesanan pelaksanaan program-program yang direncanakan. Oleh yang demikian, pemilihan tema persidangan kali ini, iaitu “Modal Insan Asas Kecemerlangan Perkhidmatan Awam”, amatlah bertepatan dengan visi nasional negara. Ini adalah kerana modal insan merupakan aset paling penting dan kritikal dalam menentukan pembangunan negara. Oleh yang demikian, kaedah pemilihan oleh Suruhanjaya dalam proses melantik kakitangan awam hendaklah diberi keutamaan memandangkan modal insan mesti berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan mempunyai keupayaan pemikiran strategik agar sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

4. Sumbangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan semenjak negara mencapai kemerdekaan hingga ke hari ini, amatlah dihargai kerana perkhidmatan awam terus kekal relevan dan mendapat kepercayaan pucuk pimpinan negara dan rakyat. Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan secara berterusan tanpa noktahnya, dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek pengurusan perubahan, pembangunan kompetensi, kepuasan pelanggan dan pembangunan kapasiti, sebagai teras dalam memperkasakan pengurusan sumber manusia sektor awam.

5. Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi dalam perkhidmatan awam hari ini, adalah tenaga kerja yang relevan memandangkan orientasi pelanggan memerlukan kita menyampaikan perkhidmatan dengan cara yang terbaik. Pelanggan pada hari ini tahu akan hak serta kehendak mereka. Sikap prihatin kepada pelanggan dan sentiasa mencari jalan untuk memenuhi keperluan mereka merupakan elemen penting dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada orang ramai. Dalam hubungan ini, sumber manusia yang terlatih dan berkualiti adalah menjadi keutamaan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Apabila kita menyebut tentang sumber manusia yang terlatih dan berkualiti, maka di sinilah peranan dan tanggungjawab ahli-ahli Suruhanjaya menjadi penting. Ini adalah kerana kecemerlangan perkhidmatan awam sebenarnya bermula dari proses pelantikan lagi. Kita harus memilih dari kalangan mereka yang terbaik bagi melahirkan Perkhidmatan Awam yang cekap dan efisien serta responsif dan berintegriti.

7. Dalam hubungan ini, saya telah beberapa kali berkesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan Pegawai-Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang baru dilantik untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Apabila dilihat profil mereka, saya dapati tidak ramai di kalangan mereka, iaitu sekitar 5% sahaja, yang mempunyai ijazah 1st Class Honours, ataupun merupakan graduan dari universiti-universiti terkemuka, baik dari dalam mahupun luar negara.

8. Saya suka menyatakan bahawa “yang terbaik” tidak semestinya mereka yang mendapat ijazah 1st Class Honours mahupun graduan Harvard dan Oxford sahaja, tetapi mungkin kita perlu menjalankan sedikit kajian mengapa pelajar-pelajar cemerlang ini tidak berminat ataupun mungkin tidak berpeluang untuk memasuki Perkhidmatan Awam. Maka di sinilah proses pemilihan dan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam perlu sentiasa dinilai dan ditambah baik supaya selaras dengan perkembangan semasa.

9. Saya ingin menyarankan supaya kita belajar dari syarikat-syarikat swasta yang terkemuka dan berjaya, bagaimana mereka mengambil pelajar-pelajar cemerlang untuk berkhidmat di dalam organisasi mereka. Saya difahamkan bahawa salah satu cara yang dilakukan ialah dengan “menindik” pelajar-pelajar cemerlang ini sejak mereka sedang menuntut lagi, sekurang-kurangnya pada tahun akhir pengajian. Mungkin perkara yang sama boleh dilakukan bagi kemasukan ke dalam Perkhidmatan Awam supaya kita akan terus kekal relevan, cemerlang dan dipercayai untuk terus menerajui pembangunan dalam negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

10. Selaras dengan konsep Perkhidmatan Awam yang kreatif dan berinovatif, proses pengambilan dan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam juga perlu mengamalkan prinsip yang sama. Dalam hubungan ini, saya berpendapat bahawa proses pengambilan dan pelantikan tidak semestinya berlaku pada “entry point” sahaja, iaitu pada Gred 41.
11. Bagi memastikan Perkhidmatan Awam yang responsif dan dinamik, mungkin sudah tiba masanya dipertimbangkan kemasukan di pelbagai peringkat, iaitu tidak semestinya di Gred 41 sahaja, malah boleh juga dipertimbangkan kemasukan pada Gred 44, Gred 48 dan seterusnya, dengan mengambil kira kelayakan dan pengalaman calon. Tujuan ini adalah bagi membolehkan dan menggalakkan di kalangan mereka yang cemerlang yang bertugas di sektor swasta atau NGO, untuk menaburkan jasa pula di dalam Perkhidmatan Awam. Dengan cara demikian Perkhidmatan Awam Malaysia akan lebih versatil dan terbuka serta berkemampuan untuk menarik yang terbaik untuk berkhidmat di dalam Kerajaan.

12. Dalam hubungan ini, kriteria penilaian dan pemilihan perlu diperincikan dan diperjelaskan kepada semua pihak yang terlibat. Sebaik-baiknya kriteria yang ditetapkan adalah objektif serta dielakkan elemen-elemen yang subjektif bagi memastikan pengambilan dan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan secara adil, telus dan penuh integriti berdasarkan mandat yang telah diberikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Anggota perkhidmatan awam mempunyai peranan penting untuk menjayakan pembangunan dan menjadikan negara terus cemerlang, gemilang dan akhirnya terbilang. Kita sewajarnya berbangga dengan pencapaian kita dan merasai kepuasannya apabila setiap titik peluh dari usaha yang dicurahkan dapat dinikmati hasilnya oleh semua pihak. Ini bermakna sumbangan anggota perkhidmatan awam sewajarnya perlu dinikmati dan tidak sekadar dilihat.

14. Ekonomi negara yang terbuka menyebabkan kita perlu bersaing dalam pasaran global yang amat pantas dan kompetitif. Perubahan sikap dan cara bekerja anggota perkhidmatan awam adalah perlu untuk menyaingi kepantasan perubahan yang dicetuskan oleh globalisasi, kemajuan teknologi maklumat dan persaingan sengit antara negara.

15. Oleh yang demikian, anggota perkhidmatan awam perlu menyahut cabaran ini agar tidak terpinggir dari arus perubahan yang sedang berlaku. Kita tidak boleh lagi menjadi pemerhati serta bersikap pasif atau tunggu dan lihat kepada perubahan yang pantas yang berlaku di sekeliling kita. Perkhidmatan awam perlu dibarisi dan dianggotai oleh pegawai yang benar-benar berketerampilan, profesional dan berwibawa. Kualiti modal insan perkhidmatan awam inilah yang menjadi penentu kepada kejayaan masa depan negara.

16. Sehubungan dengan itu, pada kesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman dan idea mengenai ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pegawai bagi dipertimbangkan dan dipilih untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.
Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Seorang pegawai Perkhidmatan Awam perlu memiliki ciri-ciri produktif dan responsif. Pegawai sentiasa mempunyai sense of urgency dalam melaksanakan setiap tugasan, tidak melengah-lengahkan sesuatu arahan, sebaliknya mempunyai inisiatif tersendiri untuk memaksimumkan sumbangannya dalam melaksanakan setiap arahan. Pegawai sedemikian juga dapat melaksanakan tugasnya dengan arahan yang minima, dan sentiasa menyiapkan tugasan dengan cepat dan tepat, iaitu kadar kesilapan yang dilakukan adalah minima.
18. Pegawai yang berketerampilan dan profesional boleh membuat keputusan dengan cepat tanpa mengorbankan kualiti, sentiasa menepati deadline, sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan menerusi pembacaan, observant, serta mempunyai kemahiran mendengar yang baik. Banyak membaca dan banyak mendengar akan menjana banyak idea, dan idea-idea inilah yang akan memantapkan perkhidmatan awam kelak.

19. Satu ciri yang paling penting yang perlu ada pada diri seseorang pegawai perkhidmatan awam ialah, Integriti. Integriti bukan sahaja bermaksud menghindari dari perlakuan rasuah dan salah guna kuasa, tetapi juga bermaksud performing the best in every possible way.

20. Integriti dalam pengurusan masa, integriti dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam komunikasi dengan ketua jabatan, rakan sekerja dan pelanggan. Memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan; melakukan sesuatu pekerjaan dengan jujur, ikhlas dan beramanah; tiada elemen main-main, ponteng atau tangguh kerja.
21. Saya harap dengan pelbagai ujian yang dilakukan, seperti peperiksaan, Aptitude Test, ujian psikologi, dan sebagainya, bagi menyaring kemasukan ke dalam Perkhidmatan Awam, ciri-ciri yang diperjelaskan tadi akan dapat dikenal pasti supaya hanya yang terbaik dan cemerlang dipilih untuk berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam. Seperti yang saya sebutkan, “yang terbaik” tidak semestinya yang berkelulusan 1st Class Honours atau graduan lepasan Harvard atau Oxford. Itu adalah merupakan suatu kelebihan. Apa yang lebih penting ialah mempunyai keperibadian dan akhlak yang tinggi serta semangat dan daya usaha yang gigih dan kompetitif.

Hadirin yang dihormati sekalian,

22. Sering kali saya menyatakan mengenai dasar kenaikan pangkat di dalam perkhidmatan awam yang berasaskan merit dan bukan berdasarkan senioriti semata-mata. Dalam senario yang sama, kita perlu juga wujudkan exit policy yang jelas bagi anggota-anggota yang bermasalah, yang tidak berdisiplin, mahupun mereka yang tidak menunjukkan prestasi perkhidmatan yang sepatutnya.

23. Dalam hubungan ini, mungkin Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan boleh mendapatkan kaedah yang terbaik bagi “melepaskan” anggota-anggota yang bermasalah dari terus berkhidmat di dalam perkhidmatan awam. Mungkin boleh diwujudkan Voluntary Separation Scheme (VSS) seperti yang diamalkan di dalam sektor swasta. Namun demikian, sebarang tindakan yang diambil mestilah telus dan adil bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

24. Akhir kata, saya ingin memetik perutusan Y.A.B Perdana Menteri di dalam buku bertajuk “Menjana Potensi Awam” terbitan Jabatan Perkhidmatan Awam Tahun 2006, yang menyatakan bahawa persekitaran global yang mencabar hari ini, menuntut pendekatan tindak balas cara baru yang lebih radikal dari masa lalu. Cabaran yang menunggu kita memerlukan perkhidmatan awam yang jitu dan bersepadu, bukan sahaja mampu bertindak secara efektif di dalam lingkungan kepakaran masing-masing secara individu, tetapi cukup fleksibel untuk bertindak balas terhadap perubahan serta bergerak sebagai satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.

25. Dalam hubungan ini, modal insan yang cemerlang akan memberi nilai tambah kepada organisasi dan pelanggan. Dalam aspek ini, modal insan yang berilmu dan berinovatif akan menggunakan kemahiran dan sumber awam dalam keperluan perkhidmatan secara optimum tanpa mengkompromikan kuantiti dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Mencipta kelainan, berfikiran tinggi dan berprestasi tinggi merupakan satu sinergi dalam mewujudkan pembaharuan secara keseluruhan dalam perkhidmatan awam.

26. Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini yang sudah tentu mendatangkan banyak manfaat kepada pelbagai pihak. Semoga segala usaha kita untuk memperkasakan perkhidmatan awam akan diiktiraf dan disanjung ke peringkat global, Insya Allah.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

Leave a Reply



× three = 3

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →