KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2007 – INTEGRITI PEMACU MALAYSIA KU GEMILANG

September 6, 2007 6:02 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Tema

“INTEGRITI PEMACU MALAYSIA KU GEMILANG”

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia,

Yang Berhormat Menteri-Menteri,

Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri,
Ketua-Ketua Jabatan,

Ketua-Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun dan Swasta,

Pemimpin-pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan serta Pemimpin-pemimpin Masyarakat,

Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya Institut Integriti Malaysia dapat menganjurkan Konvensyen Integriti Nasional pada hari yang bersejarah ini, kerana ini merupakan Konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan sebagaimana yang telah diperakukan di dalam Pelan Integriti Nasional.
2. Bagi pihak IIM dan seluruh jentera pelaksana Konvensyen ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke majlis ini. Walaupun kita sedia maklum Y.A.B. Perdana Menteri mempunyai jadual kerja yang amat padat memandangkan petang esok adalah hari pembentangan bajet, namun atas kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi, Y.AB. Perdana Menteri telah meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini, dalam usaha untuk membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin bagi bersama-sama menyatakan kesungguhan kita secara kolektif dalam menjayakan agenda integriti nasional. Sesungguhnya kehadiran semua dan jalinan kerjasama oleh pelbagai sektor, meliputi Kerajaan, swasta, NGO dan pelbagai lapisan kepimpinan masyarakat, merupakan suatu gabungan yang bersinergi bagi membudayakan integriti masyarakat Malaysia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Cabaran keempat Wawasan 2020, yang juga objektif umum Pelan Integriti Nasional memerlukan pembangunan modal insan yang beretika dan berintegriti. Modal insan yang memiliki keperibadian serta kewibawaan yang cemerlang menjadi aset dan sumber penting yang berupaya menjadi pemacu pembangunan negara. Aspek pembangunan rohani perlu dilaksanakan bersama. Pemantapan dan pengukuhan integriti pada setiap individu dan pekerja, bukan sahaja akan menzahirkan insan yang cemerlang, tetapi organisasi dan masyarakat yang gemilang, dan seterusnya negara yang terbilang.

5. Ke arah itu, PIN bertindak sebagai satu garis panduan, penentu hala tuju, dan dokumen pelan tindakan bersepadu bagi semua sektor ke arah membudayakan integriti. Pelaksanaan pelan tindakan yang berkesan akan memperbaiki dan menambah baik sebarang kepincangan atau kelemahan dalam pengurusan pentadbiran, sistem penyampaian khidmat awam dan juga tadbir urus korporat. Usaha ini sekali gus akan dapat memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta perkara-perkara negatif yang lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Institut Integriti Malaysia atau IIM selaku penggerak kepada pelaksanaan PIN, telah mengambil pelbagai pendekatan bagi membudayakan integriti di kalangan rakyat negara ini. Walaupun pada masa ini Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang pesat membangun dengan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan sejak 50 tahun kemerdekaan, ia kurang bererti sekiranya pencapaian dari segi pemodenan dan pembangunan fizikal ini, tidak seimbang dengan pencapaian sahsiah. Justeru, usaha membudayakan integriti yang dipandu oleh PIN, merupakan satu pendekatan yang pro-aktif, komprehensif dan holistik yang melibatkan semua sektor masyarakat dalam negara.

7. Untuk makluman semua, Konvensyen Integriti Nasional yang diadakan kali pertamanya sepanjang hari ini telah diadakan dalam tiga sesi, bermula dengan Sidang Plenari pada pagi tadi, diikuti pula dengan lima kumpulan bengkel yang masing-masing membincangkan mengenai lima sasaran keutamaan dalam pelaksanaan fasa pertama PIN. Seramai kira-kira 1400 orang telah terlibat dalam Sidang Pleno dan Bengkel yang dijalankan secara serentak. Pada petang ini pula, para peserta Konvensyen berhimpun bagi mendengar amanat dan nasihat daripada Y.A.B. Perdana Menteri sendiri.

8. Ini merupakan petunjuk bahawa masyarakat daripada pelbagai sektor sentiasa bersama menggembleng buah fikiran dan tenaga. Bagi memastikan perhimpunan ini juga merupakan pertemuan pelbagai lapisan dan kumpulan etnik, wakil-wakil kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak serta kepimpinan orang-orang asli turut hadir sebagai peserta. Untuk itu, saya mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan konvensyen ini.

9. Selepas ini, Y.B. Senator Tan Sri Jins Shamsudin akan membaca dan seterusnya menyampaikan Resolusi Konvensyen kepada Y.A.B. Perdana Menteri. Adalah diharapkan semoga semua resolusi yang dipersetujui bersama ini akan dilaksanakan sebagai suatu gagasan bersama dalam agenda integriti nasional.

Hadirin yang dihormati sekalian,

10. Tiga tahun yang lalu, Y.A.B. Perdana Menteri telah melancarkan PIN serta mengumumkan penubuhan IIM pada bulan April 2004 di dalam dewan ini. Oleh itu, bagi melihat sejauh mana keberkesanan dan pencapaiannya, serta tahap integriti masyarakat negara ini, suatu mekanisme pengukuran penghayatan dan penerapan integriti dilakukan melalui penggubalan Indeks Persepsi Integriti Nasional. Dalam hubungan ini, IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia sedang menjalankan kajian yang dinamakan Penyiasatan Integriti Nasional 2007 di seluruh negara dengan cara menemu bual seramai 20,000 responden.

11. Adalah diharapkan agar setiap responden kajian ini dapat memberikan jawapan dengan penuh tulus ikhlas dan jujur. Ini penting, bagi membolehkan jawapan yang diperoleh bertepatan dengan maksud kajian dan seterusnya proses penambahbaikan dapat dilakukan terhadap sebarang kelemahan yang dikenal pasti. Kajian ini bukan bertujuan untuk mencari kelemahan atau bersifat kosmetik semata-mata, tetapi diyakini dapat membantu Kerajaan menggubal dasar dan peraturan ke arah memperkukuhkan integriti rakyat serta mencari ruang untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

12. Pada Majlis ini juga kita akan menyaksikan berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman antara IIM dengan tiga buah organisasi iaitu MIMOS Berhad, Institut Pengurusan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Sebelum ini IIM telah juga mengadakan beberapa MoU. Ini termasuklah yang melibatkan Gabungan Dewan Perniagaan Cina dan Industri Malaysia atau ACCCIM.
13. Sebagai penutup, saya sekali lagi bagi pihak IIM dan seluruh jentera penganjuran Konvensyen Integriti Nasional 2007 mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri, Anggota-anggota Jemaah Menteri, Y.A.B. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri serta para hadirin sekalian.

14. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pembentang kertas dan moderator, serta organisasi yang terlibat dalam pameran yang diadakan sempena Konvensyen ini. Dengan penglibatan dan kesepakatan semua pihak, maka saya percaya tema Konvensyen, iaitu “Integriti Pemacu Malaysiaku Gemilang” akan menjadi suatu kenyataan, Insya allah.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− 3 = five

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →