MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH VARSITY BOAT RACE 2007

November 25, 2007 5:56 pm 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN PENUTUP

YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PENUTUP
DAN PENYAMPAIAN HADIAH
VARSITY BOAT RACE 2007

25 NOVEMBER 2007 (AHAD), 4.00 PTG
KOMPLEKS SUKAN AIR
PRESINT 6, PUTRAJAYA

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

YBhg Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan
Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi

Dif-Dif Jemputan

Wakil Media

Para Atlet

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya jua, Kejohanan Varsity Boat Race 2007 ini telah berlangsung dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola kerana sudi menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Varsity Boat Race 2007 pada petang ini.

2. Saya juga merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah berjaya menganjurkan satu kejohanan yang besar bagi semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Kejohanan ini amat besar ertinya dalam usaha Kerajaan membangunkan program sukan secara bersepadu di IPT dalam negara. Berkat komitmen serta kerjasama semua pihak yang terlibat, kejohanan ini telah dapat dianjurkan dengan meriah dan jayanya.

3. Saya juga amat mengalu-alukan langkah Kementerian Pengajian Tinggi memilih Kompleks Sukan Air di Putrajaya ini sebagai venue kejohanan. Langkah ini diharap akan dapat membantu mempromosikan Putrajaya sebagai pusat kegiatan sukan air yang terbaik di rantau ini.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Bagi Pembangunan Sukan, sering menyatakan bahawa institusi pendidikan sama ada di sekolah mahupun di IPT akan diberi tumpuan oleh kerajaan untuk melahirkan lebih ramai atlet yang bertaraf antarabangsa. Kementerian Pengajian Tinggi telah diberi tanggungjawab untuk memastikan usaha melahirkan dan mengembangkan atlet secara berterusan, diberi keutamaan.

5. Dalam usaha membangunkan modal insan kelas pertama, saya berpendapat kecemerlangan dalam bidang sukan juga adalah tidak terkecuali. Atlet-atlet yang dilahirkan pada hari ini perlu juga mempunyai kualiti dan pemikiran kelas pertama. Dalam hal ini, saya percaya Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengambil langkah yang berterusan untuk memantapkan pembangunan sukan di IPT dalam membentuk ‘the thinking athlete’.

6. Sebagai contoh, beberapa atlet negara yang masih dalam pengajian adalah seperti saudari Roslinda Samsu, mahasiswa UPM yang telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Asia 2006 di Doha, dan juga telah mewakili negara di Sukan Sea di Korat, Thailand. Atlet-atlet lain yang boleh dibanggakan adalah seperti Norsela Khalid bagi sukan Trek dan Padang; Mohd Azlan Mubin bagi sukan Sepaktkraw, Jivan a/l Mohan bagi sukan hoki dan Che Chew Chan bagi sukan tekwando. Mereka ini merupakan atlet yang mempunyai daya juang yang tinggi disamping mempamerkan keinginan untuk berjaya dalam bidang pendidikan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

7. Kemasukan atlet ke IPT pada hari ini bukan sahaja telah dipermudahkan, malahan biasiswa sukan juga ditawarkan kepada atlet yang cemerlang. Biasiswa Sukan KPT telah diwujudkan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 2006, sebanyak 56 biasiswa sukan KPT telah ditawarkan kepada mahasiswa IPT. Saya difahamkan, pada tahun 2007 ini sebanyak 100 lagi biasiswa yang bakal di tawarkan.

8. Dalam pada itu, prasarana dan kemudahan sukan yang terdapat di IPT juga semakin baik. Oleh itu, tanggapan bahawa IPT adalah “kubur” bagi atlet adalah salah dan sudah tidak releven lagi. Pada hari ini, IPT adalah institusi yang terbaik bagi atlet mengembangkan bakat sukan mereka selepas melalui alam persekolahan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

9. Pada pandangan saya, penganjuran Kejohanan Varsity Boat Race 2007 ini adalah amat baik dan bertepatan pada masanya. Kejohanan ini adalah merupakan landasan terbaik bagi menunjukkan komitmen KPT dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan sukan negara. Saya percaya, jalinan kerjasama yang padu di antara Kementerian dan IPT mampu mencapai hasrat tersebut. Saya difahamkan kejohanan ini juga telah menarik penyertaan seramai 700 orang peserta dan pegawai dari 24 buah IPT dari dalam dan luar negara.

10. Lanjutan daripada kejohanan ini, Kementerian Pengajian Tinggi akan menganjurkan ASEAN Varsity Boat Race pada tahun 2008. Usaha ini adalah bagi memberi peluang kepada para atlet untuk menunjukkan kebolehan mereka bertanding di peringkat antarabangsa pula.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

11. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Varsity Boat Race 2007 di atas kesudian menjemput saya ke majlis ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan kejohanan ini, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia serta para pagawai, atlet, sukarelawan, media, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

12. Dengan ini, saya dengan rasminya saya menutup Kejohanan Varsity Boat Race 2007.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



two + = 8

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →