BENGKEL PENYEDIAAN KAJIAN SEPARUH PENGGAL RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

December 6, 2007 5:45 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Dato’ Sri Dr Sulaiman Mahbob
Ketua Pengarah
Unit Perancang Ekonomi

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha Kementerian

Ketua-Ketua Jabatan

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdulillah, dengan limpah kurnia dan izin Allah SWT dapat kita bersama-sama hadir dalam Bengkel Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Unit Perancang Ekonomi kerana telah menjemput saya bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan bengkel ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. Sebagaimana sedia maklum, proses penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan telah pun bermula dengan pengedaran Surat Pekeliling yang berkaitan bertarikh 7 November 2007. Kajian Separuh Penggal ini adalah amat penting dan perlu diberi keutamaan oleh semua kementerian dan agensi Kerajaan kerana ia melibatkan penelitian dengan lebih sistematik dan tepat terhadap pencapaian dasar dan program yang telah dikenal pasti serta impak kepada masyarakat dan pembangunan Negara.

3. Dalam pada itu, kita juga harus meneliti sama ada setiap program yang dikenal pasti menepati kelima-lima teras yang telah ditetapkan di dalam Misi Nasional. Sekiranya didapati mana-mana dasar atau program yang tidak menepati mana-mana teras tersebut, kementerian dan agensi dikehendaki menyusun semula program yang telah dirancang supaya dapat mencapai hasrat dan sasaran yang ditetapkan.

4. Dalam hubungan ini, Pegawai Pengawal hendaklah juga mengkaji semula senarai keutamaan projek dan merombak kembali program dan projek yang TIDAK MENEPATI lima teras tersebut. Kementerian dan agensi juga perlu mengambil kira dasar dan strategi baru yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan khususnya pelan pembangunan lima Koridor, dan mengintegrasikannya dalam program masing-masing.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Izinkan saya mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan semua Pegawai Pengawal mengenai prestasi pelaksanaan program dan projek pembangunan RMKe-9. Sehingga 15 Oktober 2007, hanya 29.9 peratus peruntukan RMKe-9 bagi pelaksanaan program dan projek pembangunan telah dibelanjakan dan ini jelas tidak menepati jadual pelaksanaan. Saya dimaklumkan perkara ini berlaku, antara lain, kerana kurang perincian di peringkat perancangan agensi pelaksana. Selain itu, terdapat program dan projek RMKe-9 yang sehingga ke hari ini masih belum dimulakan pelaksanaannya. Ini termasuk projek yang berimpak tinggi yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan.

6. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, ICU JPM, antara faktor yang mengakibatkan kelambatan pelaksanaan projek pembangunan adalah masalah perolehan tanah atau tapak pembangunan; kegagalan kementerian dan agensi menyediakan projek brief yang komprehensif; amalan kementerian dan agensi yang selalu mengubah senarai keutamaan projek, lokasi, skop dan rekabentuk; amalan pelantikan kontraktor secara runding terus; dan pelantikan kontraktor yang kurang berkelayakan dan kurang berkeupayaan bagi melaksanakan projek.

7. Saya ingin menegaskan di sini supaya Pegawai Pengawal mengambil tindakan tegas bagi memastikan kelemahan-kelemahan ini diperbaiki dan tidak diulangi supaya program-program di bawah RMKe-9 dapat dilaksanakan dengan licin dan menepati waktu yang telah ditetapkan.

Para hadirin sekalian,

8. Kajian ICU JPM juga mengenal pasti bahawa kelemahan yang paling ketara di kementerian dan agensi adalah berkaitan perancangan dan pengurusan projek. Seperti yang diketahui, perancangan dan pengurusan projek hendaklah dilaksanakan dengan sistematik serta mengikut metodologi yang telah terbukti. Dalam proses perancangan dan pelaksanaan projek, selain melaporkan status projek, isu dan risiko juga perlu dikenal pasti dan langkah-langkah yang sesuai perlu diambil untuk menanganinya. Pendekatan tersebut adalah wajar bagi meminimumkan insiden kelewatan dan kegagalan projek.

9. Oleh itu, kementerian dan agensi perlu meningkatkan mekanisme pemantauan projek. Pemantauan tidak hanya terhad kepada prestasi perbelanjaan dan pembangunan fizikal sahaja, malahan setiap projek pembangunan hendaklah mengutamakan pencapaian outcome yang diperoleh, hasil dari peruntukan yang telah dibelanjakan.

10. Pada masa dahulu, prestasi telah diukur berdasarkan output, tetapi kini para pemimpin kita terutamanya Y.A.B. Perdana Menteri telah memberi penekanan kepada outcome. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Pegawai Pengawal dan pegawai Kerajaan untuk memastikan hasrat Kerajaan untuk memberi manfaat kepada masyarakat akan tercapai melalui program dan projek pembangunan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Bengkel yang diadakan selama dua hari in bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengubah paradigma di kementerian dan agensi masing-masing kepada pengukuran kemajuan berasaskan outcome. Ini adalah bagi memastikan supaya perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian impak program dan projek di bawah RMKe-9 dapat dijalankan secara lebih berkesan.

12. Dalam hubungan ini, saya ingin menyarankan supaya INTAN menganjurkan kursus bagi pengukuran prestasi program dan projek berasaskan Outcome Based Approach supaya pegawai-pegawai dapat diberi latihan secara berterusan.

13. Saya juga ingin menyarankan supaya semua Pegawai Pengawal menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh EPU ini secara serius, serta memastikan pegawai-pegawai kanan yang terlibat dalam merancang serta menyelaras program dan projek pembangunan di kementerian dan agensi, dapat menghadiri bengkel ini.

14. Saya difahamkan bahawa bengkel ini merupakan yang pertama dari tiga bengkel yang dirancangkan oleh EPU dan ICU JPM. Oleh itu, Pegawai Pengawal perlu memberi perhatian terhadap kesinambungan pegawai yang menghadiri bengkel-bengkel yang telah dirancangkan ini. Kementerian-kementerian yang hadir juga bertanggungjawab bagi memberi panduan kepada agensi-agensi di bawah kawalan masing-masing mengenai kaedah pengukuran projek berasaskan outcome.

15. Saya percaya kehadiran kementerian dan agensi dalam Bengkel ini akan menyumbangkan kepada penyediaan dokumen Kajian Separuh Penggal yang baru dari segi format dan struktur. Saya dimaklumkan bahawa dokumen tersebut akan mengandungi lima bab, selaras dengan lima teras Misi Nasional. Penyusunan dan cara penulisan akan lebih berorientasikan business document supaya lebih mudah dibaca, tepat dan bertaraf antarabangsa.

16. Sebagaimana amalan biasa, penyediaan dokumen ini juga akan mengambil kira idea dan pandangan kesemua stakeholders termasuk kementerian dan agensi Kerajaan. Oleh itu, penglibatan setiap kementerian dan agensi dalam proses penyediaan dokumen ini adalah amat penting bagi memastikan penyediaan satu pelan pembangunan yang komprehensif serta mencapai lima teras Misi Nasional.

17. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Bengkel Penyediaan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah Wasalamualaikum
Warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



+ nine = 13

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →