MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE CONFERENCE (MYGOSSCON) 2007

December 6, 2007 5:45 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Dato’ Normah Md Yusof
Ketua Pengarah MAMPU

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Yong Poh Kon
Presiden Federation of Malaysian Manufacturers

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha Kementerian,

Ketua-Ketua Jabatan

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam majlis pada petang ini, iaitu Majlis Perasmian Malaysian Government Open Source Software Conference 2007.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada MAMPU dan FMM kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan persidangan ini. Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini menyediakan platform bagi Ketua Pegawai Maklumat atau CIO sektor awam, pegawai teknologi maklumat di agensi-agensi Kerajaan serta komuniti industri ICT untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman berhubung strategi dan hala tuju ICT, khususnya mengenai pelaksanaan Open Source Software, atau OSS, dalam sektor awam.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

3. Ekspektasi pelanggan terhadap sistem penyampaian Kerajaan pada hari ini adalah amat tinggi. Mereka mahukan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan tepat. Mereka juga mahukan persekitaran perkhidmatan yang kondusif di mana mereka boleh berurusan dengan kerajaan tanpa mengira waktu dan tempat. Ini memerlukan agensi Kerajaan merancang dengan lebih rapi dan teliti dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang menjangkaui ekspektasi dan kehendak pelanggan. Dalam hubungan ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, atau ICT, secara efektif dan berkesan merupakan kaedah paling baik untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian Kerajaan.

4. Pelbagai inisiatif ICT telah dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian Kerajaan. Antaranya ialah, Portal Perkhidmatan Awam atau Portal myGovernment, yang menyediakan gerbang utama untuk orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan Perkhidmatan Awam secara langsung melalui Internet. myGovernment menghubungkan para pelanggan Kerajaan kepada semua laman web agensi Kerajaan, di mana maklumat penting mengenai perkhidmatan sesuatu agensi boleh didapati. Untuk itu, agensi-agensi Kerajaan perlulah sentiasa mengemaskinikan maklumat yang disediakan di laman web masing-masing supaya orang ramai memperoleh maklumat yang lengkap, tepat dan terkini.

5. Sehingga Oktober 2007, portal myGovernment menyediakan akses kepada 975 laman web agensi di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan, sejumlah 3,104 borang boleh dimuat turun dan sebanyak 927 perkhidmatan boleh didapati secara online. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah, permohonan atau pembaharuan perniagaan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, permohonan lesen iklan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pembelian peta kadaster oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, carian status kebankrapan individu dan penggulungan syarikat berbayar oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, permohonan pekerja asing dan pembantu rumah asing oleh Jabatan Imigresen, dan banyak lagi.

6. Di samping itu, Kerajaan juga sedang giat mengusahakan inisiatif eKL. Projek ini membolehkan perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan di kawasan Lembah Kelang disampaikan secara berintegrasi dan connected, berteraskan prinsip “One Government Many Agencies”. Pelanggan Kerajaan di Lembah Kelang boleh memanfaatkan kemudahan elektronik yang disediakan bagi tujuan penghantaran permohonan, membuat pembayaran, mengemukakan aduan atau cadangan, membuat pertanyaan serta mendapatkan maklumat secara online. Melalui kaedah ini, perkongsian sumber dan maklumat di kalangan agensi-agensi Kerajaan dapat dipertingkatkan dalam menyediakan perkhidmatan interaktif secara end-to-end.

7. Dalam pada itu, inisiatif Kerajaan Elektronik yang diperkenalkan sebagai satu aplikasi perdana MSC, terus diperluaskan pelaksanaannya sehingga ke peringkat negeri dan daerah, bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, secara tersusun dan terancang.

Para hadirin sekalian,

8. Kerajaan mengenal pasti potensi dan peranan ICT sebagai enabler yang dapat membantu perkhidmatan awam menawarkan perkhidmatan yang lebih cepat, memberi tindak balas yang tepat, memendekkan masa menunggu serta meningkatkan integriti. Sehubungan itu, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi pengkomputeran agensi Kerajaan iaitu sebanyak RM5.73 billion berbanding peruntukan di bawah RMK8 sebanyak RM2.1 billion. Jika diambil kira peruntukan program-program lain yang berkaitan dengan ICT, peruntukan yang disediakan mencapai nilai RM12.9 billion berbanding RM7.9 billion dalam RMK8.

9. Memandangkan peruntukan yang amat besar tersebut, Kerajaan telah menyasarkan kepada aspek value for money dalam pelaksanaan projek-projek ICT, di mana setiap ringgit yang dibelanjakan sepatutnya dapat memberikan faedah yang optimum kepada perkhidmatan awam dan negara. Dalam hal ini, inisiatif Open Source Software atau OSS merupakan salah satu kaedah bagi Kerajaan menjimatkan perbelanjaan dalam pelaksanaan projek-projek ICT.

10. Sebagaimana sedia maklum, Kerajaan melaksanakan program OSS dengan matlamat untuk mencapai objektif bagi mengurangkan jumlah kos pemilikan perisian; meningkatkan kebebasan memilih penggunaan perisian; meningkatkan interoperability di antara sistem-sistem sedia ada; meningkatkan pertumbuhan industri ICT; meningkatkan pertumbuhan pengguna OSS dan komuniti pembangunan; serta mengurangkan jurang digital. Dalam hubungan ini, Y.A.B. Perdana Menteri dalam perutusan beliau semasa Mesyuarat International Advisory Panel (I.A.P.) ke-8 pada 2004, telah menyatakan bahawa pembangunan aplikasi berasaskan OSS perlu dilaksanakan supaya seimbang dengan pembangunan perisian komersial bagi membawa kepada persekitaran sihat yang dapat menjana inovasi.

11. Seterusnya, Pelan Induk OSS Sektor Awam digubal dan diguna pakai oleh agensi-agensi Kerajaan sejak April 2004, sebagai dokumen rujukan dalam merancang pembangunan ICT di agensi masing-masing bagi menyokong dan merealisasikan objektif perkhidmatan teras agensi. Pusat Pembangunan Kompetensi OSS, atau OSCC, telah juga ditubuhkan di Cyberjaya dan mula beroperasi pada 1 Jun 2004, sebagai pusat rujukan utama untuk bantuan dan panduan pelaksanaan OSS dalam sektor awam, serta turut membantu membangunkan keupayaan pihak komuniti dan industri ICT tempatan. Sehingga Oktober 2007, sebanyak 163 buah agensi telah menggunakan perkhidmatan OSCC, dan terdapat 88 OSS service providers berdaftar dengan Bank Ilmu OSCC, yang mana ini adalah merupakan syarikat ICT tempatan yang menyediakan perkhidmatan komersial seperti latihan dan sokongan teknikal dalam pelaksanaan OSS.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Kajian perbandingan yang dijalankan ke atas projek-projek perintis OSS, menunjukkan penjimatan kos yang signifikan melalui pengurangan penggunaan perisian sumber propriertory, iaitu sebanyak 80% penjimatan dalam kos pelesenan menyeluruh, 58% pengurangan usaha konsultansi dan pembangunan perisian, dan 7% penjimatan perkhidmatan perisian sokongan. Secara keseluruhannya, kos yang dapat dijimatkan melalui penggunaan perisian OSS adalah sebanyak 44% berbanding kos projek yang menggunakan sumber propriertory.

13. Selain penjimatan kos, penggunaan OSS akan dapat memajukan industri perisian negara melalui pembangunan kepakaran tempatan. Peluang adalah terbuka luas untuk pakar-pakar perisian tempatan menguasai pengetahuan teknikal berkaitan OSS dan seterusnya berinovasi serta menggunakan kreativiti dalam membangunkan aplikasi yang berasaskan OSS. Produk yang dihasilkan kelak boleh dijadikan sebagai harta intelek negara. Ini adalah merupakan perkembangan yang sihat yang menggalakkan inovasi serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dan kepakaran tempatan dalam bidang ICT.

14. Memandangkan potensi OSS yang amat menggalakkan ini, saya ingin menyarankan agar sektor awam dan sektor swasta saling berkongsi maklumat dan pengetahuan serta menjalin smart partnership agar masing-masing dapat saling membantu meningkatkan mutu perkhidmatan melalui penggunaan OSS. Ini pastinya akan menyumbang kepada persekitaran OSS yang berdaya saing dan seterusnya akan dapat memacu kemajuan negara melalui ICT.

Para hadirin sekalian,

15. Saya ingin melihat Perkhidmatan Awam Malaysia terus berdaya maju, dinamik dan terus relevan. Sehubungan itu saya berharap Persidangan selama dua hari ini akan membekalkan input-input bernas yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk memantapkan lagi pembangunan OSS dan secara langsung meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Gunalah kesempatan yang ada untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat, meluaskan jaringan kenalan, serta meningkatkan jalinan kerjasama dalam bidang-bidang berkaitan.

16. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, khususnya MAMPU dan FMM yang telah bekerjasama dalam menjayakan persidangan ini. Adalah diharapkan kerjasama seumpama ini akan dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

17. Seterusnya, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Malaysian Government Open Source Conference 2007.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



1 × six =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →