MAJLIS SANTAPAN MALAM SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

December 4, 2007 5:42 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah;

Menghadap Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah;

Ampun Tuanku,

Sesungguhnya keberangkatan Tuanku berdua pada malam sambutan 50 tahun kemerdekaan ini merupakan satu manifestasi indah betapa eratnya perhubungan Tuanku sebagai Ketua Utama Negara dengan Perkhidmatan Awam, khususnya Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, yang menjadi tunjang Perkhidmatan Awam negara.

2. Sehubungan ini patik bagi pihak Perkhidmatan Awam melafazkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas perkenan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua berangkat ke Majlis Santapan Malam bersama Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ini.

3. Di kesempatan ini juga, izinkan patik, bagi pihak pegawai-pegawai PTD melafazkan ucapan tahniah di atas pemasyhuran Tuanku berdua sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIII dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Ampun Tuanku,

4. Seterusnya, patik ingin memohon perkenan tuanku, untuk patik menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin dalam majlis ini.

Ampun Tuanku.

TYT Tun Mohd Khalil bin Yaakob,
Yang Di-Pertua Negeri Melaka dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Datin Seri Utama Zurina binti Kassim,

Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Datin Seri Jeanne Abdullah,

Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet dan isteri

Y. Bhg. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Puan Sri,

Y.Bhg. Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan Puan Sri,

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

5. Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izin Allah SWT dapat kita bersama-sama hadir pada majlis Santapan Malam ini.

6. Sambutan 50 tahun kemerdekaan negara membawa pengertian yang amat bermakna kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PTD. Ini bukan sahaja merupakan satu mercu yang menandakan kejayaan PTD sebagai nadi utama perkhidmatan awam, tetapi ianya juga adalah satu detik penentuan bagi PTD terus menggalas peranan yang lebih besar. Sehubungan itu adalah amat penting pegawai-pegawai PTD memahami peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seiring dengan keperluan pembangunan negara, yang sentiasa dinamik.

Hadirin yang dihormati,

7. Selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pentadbiran politik negara yang diwarisi daripada penjajah terus diterap dan diamalkan dalam Perkhidmatan Awam. Warisan kolonial ini tidak pernah dikaji semula sehinggakan Perkhidmatan Awam menghadapi pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pembangunan negara. Pembangunan pesat pada tahun 1960an memerlukan Perkhidmatan Awam yang cekap dan dinamik.

8. Selepas merdeka, peranan Perkhidmatan Awam telah meningkat dari segi saiz, magnitude dan kompleksiti. Bentuk pembangunan juga berubah dengan objektif yang lebih khusus, skop yang lebih luas dan peranan yang lebih mencabar. Dengan perkembangan ini peranan Perkhidmatan Awam khususnya PTD berubah sebagai agen pembangunan dan perubahan, perancang dan pelaksana pembangunan serta peneraju dan pelopor dalam mencapai matlamat dan objektif negara, seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi negara.

9. Seterusnya, perubahan yang berlaku dalam dasar ekonomi dan kewangan Kerajaan memerlukan tindak-balas yang sewajarnya daripada Perkhidmatan Awam, termasuk pelaksanaan pembaharuan dan penambahbaikan. Pelbagai usaha pembaharuan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan supaya sejajar dengan kehendak pelanggan dan tuntutan pucuk pimpinan Kerajaan.

Hadirin yang dihormati,

10. PTD sedar negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah Wawasan 2020. Fasa Kedua 15 tahun yang akan datang, malah sehingga selepas tahun 2020, hatta 2057, adalah lebih mencabar. Keadaan negara dan dunia pada masa hadapan sudah tentu akan mengalami pelbagai perubahan. Sesungguhnya PTD perlu membuat lonjakan bagi menyediakan diri agar dapat menghadapi persekitaran yang semakin kompetitif, di samping menghadapi cabaran dalaman, dengan kualiti kehidupan rakyat yang kian berubah, sekaligus meningkatkan ekspektasi mereka terhadap perkhidmatan Kerajaan.

11. PTD juga sedar perubahan peranan dan tanggungjawabnya memerlukan tindakan yang tepat dan berterusan sesuai dengan keperluan semasa dan yang akan datang. Dalam hubungan ini, peranan dan fungsi PTD bukan sahaja sebagai penggubal dasar pembangunan negara tetapi juga sebagai pace-setter, pelaksana, fasilitator, perunding, regulator dan strategic integrator bagi membantu Kerajaan dan juga sektor swasta yang merupakan enjin pembangunan negara.

12. Bagi melaksanakan peranan ini, Perkhidmatan Awam amnya dan PTD khususnya memerlukan anggota yang mampu berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju, serta organisasi yang fleksibel yang berupaya bertindak secara proaktif dan berkesan, lebih teliti, lebih profesional, berorientasikan pelanggan, menepati waktu dan bertanggungjawab. Usaha-usaha berterusan sedang diambil untuk mewujudkan anggota PTD yang sedemikian rupa. Dalam pada itu integriti anggota-anggota diutamakan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Perkhidmatan Awam amat menghargai pengiktirafan yang diberi oleh Y.A.B. Perdana Menteri melalui ucapan Yang Amat Berhormat semasa membentangkan Bajet 2008 di Parlimen pada 7 September yang lalu, iaitu bahawa “Kerajaan menghargai peranan penting anggota Perkhidmatan Awam dan akan terus memberi perhatian kepada prestasi dan kebajikan Perkhidmatan Awam”. Ucapan penghargaan tersebut sesungguhnya telah meningkatkan semangat Perkhidmatan Awam, khususnya PTD untuk berusaha dengan lebih gigih dan komited bagi melaksanakan agenda Kerajaan demi meningkatkan daya saing serta tahap kecemerlangan negara.

14. Kehadiran Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.B. Menteri-Menteri serta isteri sungguh bermakna bagi kami, yang melambangkan pengiktirafan pucuk pimpinan Kerajaan terhadap PTD dan Perkhidmatan Awam.

15. PTD akan terus wujud bagi menghadapi isu-isu dan cabaran-cabaran pada masa hadapan. PTD telah pada masa yang lalu berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran tetapi berjaya mengecapi kejayaan sehingga memartabatkan sistem pentadbiran negara berkelas dunia. Segala pengalaman berharga ini akan menjadi bekalan dalam berhadapan cabaran yang serupa, malah lebih kompleks, pada masa yang akan datang. Sememangnya isu dan cabaran adalah saling berkaitan dan ia akan sentiasa menguji kecekalan serta ketahanan PTD. Dalam hal ini, PTD akan terus berpaksikan kepada dasar-dasar yang ditetapkan dan diputuskan oleh Jemaah Menteri.

16. Skim kontrak berasaskan KPI untuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Perkhidmatan seperti yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2008, diyakini berupaya melahirkan amalan terbaik dan budaya prestasi tinggi di kalangan pegawai PTD dan pegawai perkhidmatan berkaitan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Perkhidmatan Awam khususnya PTD sedar bahawa kejayaan yang diperolehi bukanlah datang secara bergolek. Ia semestinyalah hasil daripada perancangan yang teliti serta pengurusan sumber manusia yang jitu. Keupayaan jentera pelaksanaan dan penguatkuasaan perlu sentiasa berada di tahap yang optimum dan ini merupakan antara tugas penting anggota PTD.
18. Kami sedar budaya kerja yang perlu diterapkan ialah kesediaan untuk berubah apabila perubahan positif diperlukan. Dan inilah yang telah, sedang dan akan terus dilaksanakan agar PTD terus kekal relevan.

Para hadirin yang saya hormati,

19. Adalah menjadi janji kami bahawa setiap pegawai PTD akan terus memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, negara dan Kerajaan. Kesetiaan adalah hallmark PTD, dan nilai ini akan terus dihayati dan diamalkan. Anggota-anggota perkhidmatan ini akan terus menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi sebagai pelaksana, penasihat dan pemimpin organisasi Kerajaan.

Ampun Tuanku.

20. Demikianlah sahaja sembah ucapan patik pada malam ini. Sekali lagi patik menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas perkenan Tuanku berdua berangkat menyerikan Majlis Santapan ini. Dengan keizinan Allah SWT dan berkat daulat Tuanku, majlis pada malam ini akan beroleh kesempurnaan dan kerahmatan jua.

Ampun Tuanku.

Leave a Reply



7 × = seven

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →