MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN, PROGRAM MENTOR MENTEE DAN POSTER KEPIMPINAN USM

January 24, 2008 5:38 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Y. Bhg. Professor Dato’ Dzulkifli Abdul Razak
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya jua dapat kita bersama-sama berada di Kampus USM, Pulau Pinang ini untuk melancarkan Program Pembangunan Profesional Berterusan, Program Mentor Mentee dan poster Kepimpinan USM. Saya dimaklumkan bahawa mesej yang ingin disampaikan melalui poster ini adalah untuk mengajak kita mengikut resam padi; iaitu semakin kita berisi semakin tunduk pula ke bumi. Saya amat bersetuju dengan tema ini kerana mesej yang ingin disampaikan adalah begitu murni di mana tidak kira setinggi mana pun kita berada, kita hendaklah sentiasa ingat akan asal-usul kita, senantiasa berasa rendah diri serta bersyukur dengan kedudukan itu.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada USM di atas usahanya menganjurkan program seperti ini yang melihat keperluan untuk senantiasa memperbaiki diri secara berterusan. Saya yakin dan percaya bahawa usaha yang dilakukan oleh USM ini kena pada tempat dan masanya. Mereka yang berada di universiti hendaklah sentiasa memberi fokus kepada penghasilan pemikiran baru, bukan sahaja dalam penyelidikan saintifik, tetapi jua dalam pengurusan organisasi.

3. Dalam hubungan ini, Institut Pengajian Tinggi (IPT) harus menjadi role model dalam melaksanakan idea-idea baru demi meningkatkan kecekapan organisasi dan memastikan warganya sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan gelombang perubahan. Kita tidak boleh mengelakkan diri dari perubahan dan mengambil sikap memencil diri.

Hadirin yang dihormati,

4. Anggota perkhidmatan awam, termasuk mereka yang berada di IPT, dari semua peringkat perkhidmatan, samada para pensyarah mahu pun mereka yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran, harus sentiasa berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti yang ada. Tidak kiralah kualiti perkhidmatan, kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran mahu pun dalam usaha penyelidikan.

5. Budaya seperti ini perlu juga diterapkan di kalangan mahasiswa agar mereka dapat meneruskannya apabila mereka bekerja kelak. Mereka harus bijak mengimbangkan di antara ilmu dan aplikasinya, berfikir dengan cekap dan berkesan, mempunyai integriti yang tinggi serta sentiasa bersikap jujur dan ikhlas dalam menunaikan tanggungjawab. Apa jua sistem yang diwujudkan perlu senantiasa diperbaiki proses kerjanya dan dilengkapi pula oleh sikap yang betul, mempunyai hemah yang tinggi serta berusaha sedaya mungkin untuk melaksanakannya dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.

Hadirin yang dimuliakan sekelian,

6. Usaha seumpama ini harus menjadi satu budaya kerja di kalangan seluruh anggota masyarakat, bukan sahaja dalam perkhidmatan awam, malah jua di pratikkan juga oleh pihak swasta dan korporat kerana kejayaan negara bukan hanya bergantung kepada pihak Kerajaan semata-mata. Saya yakin, jika Universiti dan IPT-IPT lain berupaya memimpin semua warganya ke arah ini, maka usaha kita untuk membina modal insan yang berkualiti tinggi akan dapat direalisasikan dengan lebih cepat lagi.

7. Saya yakin, USM yang bermottokan ‘Kami Memimpin’ berupaya untuk mencapai hasrat ini, lebih-lebih lagi dengan adanya komitmen dari semua pihak dalam mendokong dan melaksanakan cita-cita tersebut. Dalam hubungan ini, adalah penting bahawa idea-idea baru untuk meningkatkan lagi proses penyampaian dan meningkatkan kecekapan, perlulah dibuat secara berterusan.

Para hadirin yang dihormati,

8. Dalam era kemajuan teknologi yang semakin canggih dan cepat berubah, kita wajar memanfaatkan apa jua teknologi yang ada dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi dan pengurusan organisasi. IPT perlu bersama-sama membantu meningkatkan kecekapan jentera perkhidmatan awam melalui ilmu pengetahuan, kepakaran dan penghasilan dan seterusnya penerapan inovasi baru.

9. Cabaran kini dan di masa hadapan juga memerlukan kita untuk menyedari dan memahami kehendak-kehendak sebenar pengguna dan masyarakat yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan mempunyai akses yang lebih mudah kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Selain itu, cabaran di masa depan juga adalah satu keadaan yang berteraskan ilmu pengetahuan yang tinggi (knowledge-based) yang sudah pasti akan menekankan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat dan kesedaran yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan di segenap lapisan masyarakat. Ini bermakna anggota perkhidmatan awam perlu bergerak dengan lebih cekap dan lebih pantas dengan tahap profesional yang tinggi. Sikap bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan atau memberikan alasan bahawa ianya “bukan kerja saya” tidak boleh diterima sama sekali dan tiada tempatnya dalam perkhidmatan awam kelas pertama.

Hadirin yang dihormati,

10. Di dalam zaman moden ini juga, rata-rata negara-negara maju di dunia sentiasa menerapkan nilai-nilai yang mementingkan kelestarian alam sekitar dalam pengurusan pejabat. Dalam hal ini, saya dimaklumkan dan berbangga bahawa USM telah mengorak langkah dalam usaha mewujudkan Pejabat Sejahtera atau dikenali sebagai ‘Green Office’ dalam melestarikan alam termasuk penggunaan mel elektronik bagi mengurangkan penggunaan kertas; program kitar semula dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik antara lainnya.

11. Saya juga tertarik dengan poster Kepimpinan USM ini yang mengajak kita menjadi pemimpin yang sentiasa mempunyai akal budi yang tinggi. Biar sehebat mana pun kita, kita haru memimpin dengan penuh hemah dan kasih sayang, antara nilai-nilai yang tidak boleh diukur dengan mudah. Agama juga mengajar kita untuk sentiasa melakukan muhasabah diri dan menghadapi cabaran dengan penuh hikmah.

12. Akhirnya, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada USM atas usaha-usaha yang dilakukan bagi menjayakan program-program yang bermatlamatkan penghasilan satu modal insan yang bermutu. Saya doakan agar usaha ini akan dijalankan secara berterusan dan dapat pula diikuti oleh IPT dan juga jabatan-jabatan Kerajaan yang lain.

13. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya melancarkan Program Pembangunan Profesional Berterusan, Program Mentor Mentee dan poster Kepimpinan USM.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



two + 8 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →