MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA 2, KUALA LUMPUR.

February 26, 2008 5:34 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahhir rahmannir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri Ismail bin Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

YB Encik Yew Tiong Loke
Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan

Ahli-ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negara

Y.Bhg. Tan Sri Dr Zulkurnain bin Hj Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran

Y. Bhg. Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Sri Prof Dr. Judin bin Abdul Karim
Ketua Pengarah Kerja Raya

Y. Bhg. Dato’ Abdul Hakim Borhan
Datuk Bandar Kuala Lumpur

Tuan Haji Mohd Radzi bin Jabar
Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pelajaran

Pegawai-pegawai Kanan
Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya, kita berpeluang untuk berkumpul pada pagi ini, bagi perasmian Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia kerana sudi mengundang saya untuk merasmikan SK Danau Kota 2 ini. Sebagaimana sedia maklum, majlis perasmian sekolah ini pada asalnya telah dijadualkan pada hari Selasa, 5 Februari 2008 yang lalu, namun telah terpaksa ditunda kepada hari ini kerana saya perlu menghadiri mesyuarat lain pada masa yang sama.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Pembangunan sekolah ini merupakan salah sebuah daripada 268 projek sakit di bawah Rancangan Malaysia Ke-8, yang telah berjaya dipulihkan oleh Kementerian Pelajaran. Saya bersyukur, bukan sahaja dapat melihat kejayaan projek sakit ini dipulihkan tetapi juga amat gembira melihat anak-anak kita dapat belajar dalam suasana yang begitu selesa.

4. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah berjaya menyiapkan projek ini walaupun mengambil masa yang lama dan melibatkan tiga kontraktor untuk menyiapkannya. Y.Bhg Tan Sri KSU KPM telah 2 kali turun padang ke sekolah ini pada tahun 2007, di samping membuat susulan melalui Jawatankuasa Projek Sakit Kementerian Pelajaran bagi memastikan sekolah ini dapat dibuka pada awal tahun persekolahan 2008.

5. Syabas dan tahniah kepada pihak Kementerian kerana melalui Jawatankuasa Projek Sakit KPM serta pemantauan yang rapi, berjaya memulihkan sejumlah 268 projek sakit. Bagi menjayakan projek-projek pembangunan, sistem perancangan, pelaksanaan dan pengawalan yang rapi, amat penting. Pegawai di Kementerian dan Jabatan yang berkenaan bukan sahaja perlu berbincang di pejabat tetapi perlu mengadakan program turun padang dan mengawal rapi pembangunan sesuatu projek untuk memastikan projek-projek berjalan dengan sempurna dan lancar. Pada masa yang sama, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengingatkan para kontraktor dan konsultan yang dilantik bagi membangunkan projek-projek kerajaan, hendaklah menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna.
Hadirin yang dihormati sekalian,

6. Saya percaya pembukaan SK Danau Kota 2 ini amat bererti kepada semua penduduk di kawasan ini memandangkan jumlah penduduk yang ramai di kawasan Danau Kota. Saya yakin pembukaan sekolah ini telah memberi kelegaan kepada masyarakat setempat terutama sekali pihak pengurusan sekolah yang selama ini terpaksa menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota sejak tahun 2006 lagi. Pembukaan sekolah ini membuktikan komitmen Kerajaan dan Kementerian Pelajaran bagi memastikan semua rakyat menerima perkhidmatan yang terbaik berlandaskan sistem pendidikan cemerlang dalam membentuk modal insan yang bersifat menyeluruh dan progresif serta sistem penyampaian yang berkesan dan cepat.

7. Berdasarkan latar belakang pelaksanaan projek ini, saya berpandangan faktor pemilihan kontraktor yang genuine amat penting, di samping perancangan yang teliti dan pemantauan rapi oleh konsultan yang dilantik, dan juga Kementerian sendiri. Kegagalan pihak kontraktor menyebabkan berlakunya pembaziran wang awam, pelajar tidak dapat bersekolah dengan selesa, dan kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian serta kos tambahan bagi menyiapkan projek.

Saudara-saudari sekalian,

8. Kini, saya berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran dalam menjayakan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke Sembilan. Bagi tahun lalu, sebanyak 94.4% peruntukan pembangunan untuk tahun 2007 telah digunakan dalam tahun 2007, dan saya berharap agar pada tahun ini ia dapat dipertingkatkan lagi, dan yang lebih penting adalah matlamat perbelanjaan tersebut dicapai.

9. Melihat kepada tindakan dan langkah awal yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan masalah projek sakit tidak berulang dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan, saya percaya ia memerlukan kerja keras dan kerjasama semua pihak. Sebagaimana sedia maklum, pelaksanaan projek pembangunan melibatkan pelbagai pihak, Kerajaan mahupun swasta, bagi memastikan lebih 17,000 projek di bawah Rancangan Malaysia ke Sembilan dilaksanakan mengikut jadual. Sekiranya komunikasi antara jabatan Kerajaan dengan pihak swasta kurang berkesan, maka pelbagai masalah akan timbul ketika projek dilaksanakan.

10. Ketelitian di peringkat perancangan projek seperti memilih tapak yang sesuai dan memilih kontraktor yang mempunyai track record yang baik perlu dititikberatkan. Begitu juga apabila projek mula dilaksanakan, langkah pemantauan yang rapi seperti lawatan mengejut dan juga berkala ke tapak projek merupakan satu mekanisme pemantauan yang berkesan.

11. Menamatkan kontraktor yang bermasalah lebih awal setelah diberi amaran juga merupakan satu langkah yang baik dan proaktif bagi mengelak daripada projek menjadi sakit. Apa yang saya lihat, kurang ketelitian dalam perancangan projek, kegagalan menamatkan kontraktor yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dan bermasalah lebih awal, kurang pemantauan adalah antara sebab projek gagal disiapkan seperti dirancang dan inilah yang berlaku dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan. Perkara seperti ini, Kerajaan berharap dan merancang, tidak akan berulang lagi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Sebagaimana semua sedia maklum, dengan bilangan projek yang begitu besar untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan, sudah tentu Kementerian Pelajaran akan berhadapan dengan pelbagai masalah semasa melaksanakan projek. Sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negara, yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah agensi pusat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memantau prestasi semua Kementerian dan memastikan semua masalah yang dikemukakan berkaitan pelaksanaan projek dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

13. Sehubungan itu, saya amat mengalu-alukan Kementerian Pelajaran dan juga lain-lain Kementerian untuk mengemukakan sebarang masalah berkaitan pelaksanaan projek yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Kementerian kepada Jawatan Kuasa Tindakan Negara agar ia dapat diselesaikan dengan segera.

14. Di pihak kerajaan, dengan pembukaan sekolah ini, adalah diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat yang telah menunggu sejak tahun 2001. Ibu bapa pula tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke sekolah yang lebih jauh dan pihak pengurusan sekolah dapat menjalankan pelbagai aktiviti sama ada kurikulum atau kokurikulum dengan lebih lancar.

15. Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan negara, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab dan tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada kerajaan semata-mata. Kemudahan prasarana yang lengkap, peranan guru dan kerajaan bukanlah jaminan ke arah melahirkan insan yang berkualiti sekiranya ibu bapa dan masyarakat tidak memainkan peranan masing-masing.

16. Pada hari Sabtu, 23 Februari 2008 yang lepas, saya telah menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah anak saya, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya. Tidak ramai ibu bapa yang hadir, iaitu kurang 100 orang. SMK Subang Jaya mempunyai 1,376 murid, ahli PIBG termasuk guru adalah seramai 126 orang, jumlah ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah seramai 60 orang, termasuk saya dan isteri saya.

Saudara-saudari sekalian,

17. YAB Perdana Menteri pernah menyatakan pembangunan modal insan amat bergantung kepada sistem pendidikan yang berkualiti. Sudah jelas, misi dan visi ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran bagi memenuhi keperluan negara ini. Saya berdoa agar dengan beroperasinya sekolah ini dapat memberi semangat baru kepada guru dan pihak pengurusan sekolah serta pelajar-pelajar dalam meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar.

18. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, suka saya mengingatkan kepada semua penjawat awam, kita sama-sama memikul tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Walaupun projek pembinaan sekolah ini pada mula menghadapi masalah, namun berkat ketekunan dan kesungguhan padu pegawai Kementerian Pelajaran dan semua agensi-agensi yang terlibat, projek ini dapat juga disempurnakan. Bagi memastikan semua projek pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan dapat disiapkan seperti dijadualkan, komitmen dan integriti warga Perkhidmatan Awam adalah amat diperlukan.

19. Dalam apa jua keadaan, anggota Perkhidmatan Awam perlu bertindak dengan adil dan saksama serta dengan penuh integriti untuk kepentingan orang ramai. Walau apa pun cabaran dalam melaksanakan projek pembangunan dan merealisasi pembangunan mapan negara, penjawat awam perlu mengurangkan karenah birokrasi dan menjauhi segala gejala negatif dalam usaha ke arah meneruskan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat, dan supaya kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

20. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, sukacita saya merasmikan Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 ini.

Sekian,
Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



× nine = 81

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →