MAJLIS PERASMIAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JAWA 2

March 2, 2008 5:29 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahhir rahmannir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin bin Buang
Ketua Audit Negara

Y. Bhg. Dato’ Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah
Ketua Setiausaha Perbendahaan

Y. Bhg. Tan Sri Khalid bin Ramli
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan

Y. Bhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim
Ketua Pengarah Kerja Raya

Y. Bhg. Tan Sri Zulkurnain bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Alimudin bin Mohd Dom, Ketua Pengarah Pelajaran

Yang Berhormat Dato’ Haji Aiseri bin Alias
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Tuan Haji Shukri bin Mohd Salleh
Pengarah, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

En. Mohd Kamal bin Abd Rahman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri

Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pelajaran

Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah

Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar serta guru-guru

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG

Penghulu dan Anak Mukim Kampung Alor Hijau, Selising

Murid-murid SK Bukit Jawa 2

Dif-dif Jemputan,
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin dan rahmat Nya jua kita dapat berhimpun bersama-sama bagi menjayakan Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh pada pagi ini.

2. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana Majlis Perasmian ini tidak dapat diadakan pada tarikh yang lebih awal walaupun telah berusaha untuk menjadualkannya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, khasnya kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 ini. Saya amat bersyukur projek pembinaan sekolah ini akhirnya dapat disempurnakan setelah tergendala selama lebih kurang empat tahun.

3. Sekolah ini adalah merupakan salah sebuah daripada 268 projek sakit dalam Rancangan Malaysia Kelapan yang telah berjaya dipulihkan oleh Kementerian Pelajaran. Saya difahamkan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Y. Bhg. Tan Sri Zulkurnain telah turun padang beberapa kali bagi memastikan proses pembinaan sekolah ini berjalan lancar. Khabarnya beliau telah menunaikan nazarnya dengan menyembelih seekor kambing apabila projek ini telah dapat disiapkan sebelum sesi persekolahan 2008 bermula.

4. Saya mengucapkan terima kasih atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta ahli Jawatankuasa Penyelamat Projek Sakit Kementerian Pelajaran, dan semua pegawai yang terlibat. Saya gembira sekolah ini akhirnya telah dapat digunakan oleh anak-anak di sekitar Mukim Bukit Jawa ini untuk sesi persekolahan 2008.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Saya tertarik dengan kaedah inovatif yang digunakan bagi menyelesaikan masalah kelewatan menyiapkan sekolah ini. Sehingga bulan November 2007, penilaian yang dibuat mendapati sekolah tidak akan dapat digunakan pada sesi persekolahan 2008. Lalu, apa yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Pengawal ialah dengan menamatkan kontrak pembinaan sekolah, dan serentak dengan itu tenaga pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan digembleng bersama dengan 18 kontraktor kelas F tempatan yang dilantik dalam pelbagai bidang bagi menyiapkan projek. Kerja pembinaan dilakukan siang dan malam dengan pegawai-pegawai berkenaan “berkampung” di sini. Ianya dilakukan secara ‘gotong royong’ sehingga pembinaan sekolah selesai beberapa hari sebelum sekolah dibuka. Sesungguhnya, ini membuktikan komitmen dan prihatin Kementerian terhadap pendidikan anak-anak kita.

6. Syabas diucapkan kepada Kementerian Pelajaran, khususnya Jawatankuasa Projek Sakit kerana melalui pemantauan yang rapi telah berjaya memulihkan projek sakit di bawah Kementerian di seluruh negara. Saya percaya, dalam melaksanakan projek-projek infrastruktur, aspek pemantauan dan penilaian merupakan salah satu aspek utama yang perlu diberikan penekanan. Ia bertitik tolak dari prinsip asas perancangan sesuatu projek yang bermula dengan aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian akhir atau impak kepada pengguna atau penerima faedah secara langsung.

7. Kepentingan aspek pemantauan ini telah digariskan di dalam satu surat Arahan yang menyarankan supaya Mesyuarat Pemantauan Projek perlu diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Ini adalah bagi memastikan projek-projek awam berjalan dengan baik seperti yang kerap ditekankan oleh YAB Perdana Menteri. Di samping itu, Kerajaan juga telah memutuskan agar semua kementerian membudayakan penilaian terhadap program pembangunan yang dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk memastikan setiap projek yang dilaksanakan, dinilai supaya faedah yang diperoleh oleh kumpulan sasar adalah terjamin, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Berdasarkan latar belakang pelaksanaan projek ini, saya melihat pemilihan kontraktor yang berwibawa, cekap, amanah dan bertanggungjawab adalah amat penting sekali. Kegagalan pihak kontraktor menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan menyebabkan berlakunya pembaziran wang awam di samping rakyat lambat menikmati manfaat projek berkenaan mengikut masa yang dijanjikan. Kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian serta kos tambahan bagi menyiapkan projek sakit yang disebabkan oleh ketirisan, atau sikap ‘berniaga atas angin’ di kalangan kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

9. Namun demikian, kelewatan juga boleh berpunca daripada pihak kerajaan khususnya anggota perkhidmatan awam. Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan karenah birokrasi, memantapkan lagi proses dan prosedur agar lebih efektif serta meningkatkan integriti ke arah memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada rakyat. Hanya dengan amalan nilai murni kita akan dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti, serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan adil dan sempurna, Insya Allah.

10. Dalam hubungan ini, saya mengucapkan syabas di atas prestasi yang ditunjukkan oleh Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Bagi tahun 2007, Kementerian Pelajaran telah berjaya membelanjakan 94.4% peruntukan pembangunannya, dan saya berharap agar pada tahun 2008 ini ianya dapat dipertingkatkan lagi sehingga ke 100%.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Melihat kepada tindakan dan langkah awal yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan masalah projek sakit tidak berulang dalam Rancangan Malaysia Ke-9, saya percaya ia memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak. Ini adalah kerana pelaksanaan projek pembangunan melibatkan pelbagai pihak, baik Kerajaan mahupun swasta, bagi memastikan lebih 17,000 projek di bawah RMK-9, dilaksanakan mengikut jadual. Sekiranya jalinan kerjasama antara jabatan Kerajaan dengan pihak swasta kurang berkesan, maka pelbagai masalah akan timbul ketika projek sedang dilaksanakan.

12. Ketelitian di peringkat perancangan projek seperti memilih tapak yang sesuai dan memilih kontraktor yang mempunyai track record yang baik perlu diberikan perhatian. Begitu juga apabila projek mula dilaksanakan, langkah pemantauan yang rapi seperti lawatan mengejut dan berkala ke tapak projek merupakan satu mekanisme pemantauan yang berkesan. Menamatkan kontraktor yang bermasalah lebih awal setelah diberi amaran yang tegas juga merupakan satu langkah yang baik dan proaktif bagi mengelakkan projek menjadi sakit.

13. Dalam hubungan ini, sebagai Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negara, yang dianggotai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pengarah agensi pusat, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memantau prestasi semua Kementerian serta memastikan semua masalah yang dikemukakan berkaitan pelaksanaan projek dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

14. Dengan pembukaan sekolah ini, adalah diharapkan ianya dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat yang telah menunggu sejak tahun 2004. Ibu bapa pula tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke sekolah yang lebih jauh dan pihak pengurusan sekolah boleh menjalankan pelbagai aktiviti sama ada kurikulum atau kokurikulum dengan lebih lancar.

15. Bagi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan negara, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab dan tidak meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada kerajaan semata-mata. Kemudahan prasarana yang lengkap, peranan guru dan kerajaan bukanlah jaminan ke arah melahirkan insan yang berkualiti sekiranya ibu bapa dan masyarakat tidak memainkan peranan masing-masing.

16. Pada hari Sabtu, 23 Februari 2008 yang lepas, saya telah menghadiri Mesyuarat PIBG sekolah anak saya, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya. Tidak ramai ibu bapa yang hadir, iaitu kurang 100 orang. SMK Subang Jaya mempunyai 1,376 murid, ahli PIBG termasuk guru adalah seramai 126 orang, jumlah ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah seramai 60 orang, termasuk saya dan isteri saya.

Saudara-saudari sekalian,

17. YAB Perdana Menteri menyatakan pembangunan modal insan amat bergantung kepada sistem pendidikan yang berkualiti. Sudah jelas, misi dan visi ini telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran yang bertangungjawab bagi memenuhi keperluan negara ini. Saya berdoa agar dengan beroperasinya sekolah ini dapat memberi semangat baru kepada guru dan pihak pengurusan sekolah serta pelajar-pelajar dalam meningkatkan lagi kecemerlangan.

18. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, suka saya mengingatkan kepada semua penjawat awam, kita sama-sama memikul tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Walau pun projek pembinaan sekolah ini pada peringkat permulaannya menghadapi masalah, namun berkat ketekunan dan kesungguhan padu pegawai Kementerian Pelajaran dan semua agensi yang terlibat, projek ini telah dapat disempurnakan. Bagi memastikan semua projek pembangunan RMK-9 dapat disiapkan seperti dijadualkan, komitmen dan integriti warga Perkhidmatan Awam adalah amat diperlukan.

19. Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah mengaturkan majlis dengan kadar yang sederhana tetapi terserlah kemeriahannya. Kerajaan sentiasa menggalakkan agar kita berjimat cermat dalam membelanjakan wang kerajaan, termasuk dalam mengadakan majlis-majlis perasmian seperti ini.

20. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita saya merasmikan Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2 ini.

Sekian,
Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



2 + one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →