MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007 JABATAN PERDANA MENTERI

May 6, 2008 5:17 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ramli
Ketua Pengarah ICU

Y. Bhg. Dato’ Mohtar Abas
TKSU (Kanan), JPM

Y.Bhg.Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007 Jabatan Perdana Menteri.

2. Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2007 Jabatan Perdana Menteri. Anugerah ini merupakan penghargaan Kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang telah mempamerkan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2007.

3. Saya percaya pemilihan calon-calon untuk menerima anugerah pada tahun ini telah dibuat dengan adil dan saksama oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di agensi masing-masing.

4. Kriteria utama yang diberi pertimbangan ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, atau LNPT. Saya berharap dan berkeyakinan pegawai-pegawai telah dipilih berdasarkan kualiti dan prestasi yang ditunjukkan sepanjang tahun. Perkembangan ini adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 Disember 2007 yang meminta supaya pegawai-pegawai penilai memberikan penilaian prestasi yang objektif, adil dan boleh diyakini.

5. Pada hemat saya, ini adalah satu perkembangan yang sihat untuk kemajuan perkhidmatan awam. Sebelum ini wujud kecenderungan di mana Pegawai-Pegawai Penilai terlalu “pemurah” hingga sering memberikan markah yang amat tinggi dan tidak realistik. Apabila ramai pegawai yang dinilai mendapat markah yang sebegitu tinggi, maka LNPT menjadi tidak objektif lagi dan sukar untuk digunakan sebagai asas untuk kenaikan pangkat dan lain-lain pengiktirafan. Oleh itu, Pegawai Penilai hendaklah bersikap jujur dan adil, dan menilai prestasi pegawai berdasarkan pencapaiannya.

6. Pengiktirafan yang diberikan kepada saudara-saudari sebagai penerima anugerah pada tahun ini adalah berasaskan kepada kualiti dan kelebihan tertentu berbanding dengan pegawai yang lain. Adalah menjadi harapan Kerajaan saudara-saudari yang terpilih menghargai kepercayaan yang diberikan untuk terus mendokong dengan gigih usaha Kerajaan membawa perubahan positif dalam perkhidmatan awam. Saya berharap saudara-saudara menggalas tanggungjawab ini dengan penuh integriti. Saudara-saudari adalah contoh kepada pegawai lain dalam organisasi masing-masing dalam menjayakan usaha Kerajaan ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menginstitusikan budaya kerja cemerlang dikalangan penjawat awam. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya kepada pelanggan, serta mengupayakan sesebuah organisasi menghadapi cabaran masa kini dan masa hadapan dengan baik. Bagi maksud ini, saya sering mengingatkan bahawa Jabatan Perdana Menteri hendaklah berada di hadapan, sebagai penggerak utama serta menjadi contoh kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain dalam usaha memajukan perkhidmatan awam.

8. Menyedari cabaran dan peranan ini, ketua agensi dan semua peringkat pegawai di bawah Jabatan Perdana Menteri perlu menguruskan proses perubahan dengan cekap dan berkesan. Perubahan ke arah kecemerlangan bukanlah satu proses yang boleh terjadi dengan sendirinya tetapi perlu dirancang dengan teliti, diurus dan dikawal dengan penuh tertib dan disiplin. Tiada seorang daripada kita terkecuali dari tanggungjawab ini, malahan kita semua hendaklah bertindak sebagai satu pasukan. Pemahaman yang jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai adalah sangat penting. Matlamat kita ialah untuk mencapai tahap yang lebih baik, lebih tinggi dari kedudukan sekarang dalam aspek kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti setiap kerja yang kita laksanakan.

9. Bagi mempastikan arus perubahan yang digerakkan dalam Jabatan Perdana Menteri memberi impak yang nyata dan berkekalan, setiap agensi di JPM perlu komited dalam membudayakan perubahan. Agensi-agensi perlu berani mencabar sistem dan cara kerja yang sedia ada untuk mencari sistem dan cara kerja baru bagi menjanjikan hasil yang lebih baik. Kita tidak boleh mudah berpuashati dengan kejayaan semasa; sebaliknya perlu menambahbaik secara berterusan. Agensi perlu sentiasa bertindak proaktif membuat perubahan dalam sistem kerja sekali pun tidak pernah menerima apa-apa teguran pelanggan. Apatah lagi sekiranya kita mendapat pandangan untuk penambahbaikan dari pelanggan-pelannggan dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Para hadirin sekalian,

10. Kita boleh berbangga bahawa usaha-usaha penambahbaikan yang dilaksanakan diseluruh jentera pentadbiran Kerajaan, termasuk di JPM, telah menunjukkan impak yang positif. Saya ingin mengambil sebagai contoh pelaksanaan proses pembayaran bil dalam tempoh 14 hari. Sebelum ini tempoh pembayaran bil di jabatan kerajaan ditetapkan dalam tempoh 30 hari. Piawaian ini telah ditetapkan sekian lama dan walaupun dilaksanakan atau lebih tepat, tidak dilaksana atau tidak dikuatkuasakan, terbukti kerap kali menjadi punca rungutan pelanggan. Apabila Kerajaan memperkenalkan piawaian baru, iaitu membayar bil dalam tempoh 14 hari, didapati bahawa inisiatif ini telah mendapat respon yang positif daripada para pelanggan, terutamanya syarikat-syarikat pembekal. Tetapi kita penjawat-penjawat awam sendiri turut mendapat faedah daripadanya.

11. Kita boleh berbangga prestasi JPM dalam pengurusan bil ini adalah amat baik. Sepanjang bulan Januari, Februari, Mac dan April tahun ini pencapaian penyelesaian bil dalam tempoh 14 hari ialah 99.6%, 99.8%, 99.9% dan 99.8%. Manakala penyelesaian bil dalam tempoh 7 hari pula pencapaian JPM bagi bulan-bulan tersebut adalah 88.2%, 92.7%, 95.4% dan 92.1%.

12. Bagi pembayaran yang melebihi 14 hari, peratusannya adalah amat kecil, iaitu, kurang dari 1 peratus, dan ianya disebabkan oleh penyediaan baucar secara manual memandangkan sistem bayaran secara elektronik belum dilaksanakan bagi sesetengah Pusat Tanggungjawab. Dalam hubungan ini, Jabatan-jabatan telah diperingatkan supaya sentiasa merancang serta memantau proses pembayaran bagi memastikan perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas.

13. Perubahan yang diperkenalkan dalam prosesan bil ini sebenarnya bukan sahaja memberi manfaat kepada orang ramai, tetapi juga kepada anggota perkhidmatan awam. Kalau dahulu kita sering mendengar rungutan kakitangan yang lewat mendapat bayaran tuntutan perjalanan dan pelbagai tuntutan yang dikemukakan kepada jabatan, tetapi sekarang mereka memperolehinya dalam tempoh 14 hari sahaja. Ini membuktikan bahawa apa jua penambahbaikan yang diperkenalkan dalam kerja seharian, kita juga turut sama-sama menikmati manfaatnya.

14. Selain itu, apa yang lebih penting bagi kita ialah kejayaan pengurusan dan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari jelas membuktikan bahawa kita boleh melaksanakan APA SAHAJA sekiranya kita berusaha berbuat demikian. Apa yang lebih penting ialah, kejayaan ini adalah berkekalan dan berterusan. Saya berharap penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam ini akan dibuat untuk lain-lain perkhidmatan selain dari pembayaran. Kita hendaklah membudayakan sikap melaksanakan sesuatu dengan cepat, ada ‘sense of urgency’, responsif dan mengamalkan ‘turun padang’. Budaya ini juga hendaklah diserap dan diamalkan oleh semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

15. Sehubungan dengan pembayaran yang cepat oleh Kerajaan ini, saya percaya pihak swasta juga boleh bertindak serupa. Apabila sebuah syarikat induk telah menerima pembayaran daripada Kerajaan, janganlah pula melengah-lengahkan pembayaran kepada pihak pembekal atau “sub-contractor”. Sering kali saya menerima aduan daripada pihak “sub-contractor” dan pembekal yang mengeluh tidak menerima pembayaran daripada syarikat induk mereka. Seringkali mereka menyalahkan Kerajaan kerana tidak mendapat pembayaran sedangkan kerja-kerja telah dilaksanakan sepenuhnya, atau barangan telah dibekalkan dengan lengkap.

Saudara-saudari,

16. Suatu sistem yang cemerlang akan terus bertahan cemerlang walaupun orang yang bertanggungjawab menjadikan sistem itu cemerlang tiada lagi di situ. Ini bermakna perubahan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan tersebut adalah sistemik, dan tidak kira siapa yang melaksanakannya, sistem itu akan terus cemerlang. Saya berdoa ke hadhrat Ilahi agar matlamat ini akan dapat kita capai, agar perkhidmatan awam Malaysia boleh menjadi perkhidmatan yang terbilang.

17. Berdasarkan kejayaan yang dicapai, saya yakin kita mampu menangani masa hadapan dengan lebih baik. Momentum yang sedia ada hendaklah disambut dengan melipatgandakan lagi usaha membuat perubahan yang positif pada kerja kita masing-masing. Sumbangan setiap individu apabila dicampur kesemuanya akan memberi impak yang besar kepada sistem penyampaian perkhidmatan.

18. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Jabatan Perdana Menteri. Semoga Allah Subhanahuwataala memudahkan dan memberkati segala usaha kita untuk memberi perkhidmatan cemerlang, gemilang dan terbilang kepada bangsa dan negara. Semoga usaha menjadikan perkhidmatan awam di Malaysia sebagai yang terbaik, profesional, cekap, berkesan, relevan dan berintegriti akan menjadi kenyataan, insya-Allah.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah,
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



4 × two =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →