MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG ICU 2007, ICU JPM

July 10, 2008 4:52 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ramli
Ketua Pengarah ICU

Yg Berusaha Encik Zainol Othman, Timbalan Ketua Setiausaha JPM

Y. Bhg. Dato’ Abdul Ghani Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah ICU

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Pertamanya saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat Nya kita dapat berkumpul pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2007 bagi peringkat ICU JPM. Saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian ICU JPM menjemput saya untuk menyampaikan anugerah kepada pegawai-pegawai yang telah dipilih pada tahun ini.

2. Anugerah Khidmat Cemerlang merupakan salah satu cara Kerajaan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan untuk menginstitusikan budaya kerja cemerlang di kalangan penjawat awam. Sebagai penjawat awam, kita dituntut oleh Kerajaan dan juga oleh rakyat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan, serta berintegriti.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Alhamdulillah, negara kita telah terus maju dan berkembang sejak mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun yang lalu. Dengan kemajuan dan pembangunan ini, jumlah pendapatan, taraf pendidikan dan pengetahuan, taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat telah meningkat dengan pesat. Ini adalah merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan, dipelopori oleh pemerintah negara dengan disokong oleh perkhidmatan awam. Kita harus bersyukur kerana segala yang usahakan oleh pemimpin terdahulu sehingga kini telah banyak memberikan kesan yang positif sehingga negara kita diiktiraf sebagai antara yang terkemuka di kalangan negara membangun di dunia.

4. Namun demikian, kemajuan ini juga membawa cabaran yang semakin besar kepada Perkhidmatan Awam. Tahap pendidikan dan pengetahuan yang lebih tinggi membawa harapan rakyat yang lebih mencabar. Di samping itu, rakyat juga didedahkan dengan pelbagai maklumat global melalui pelbagai saluran media elektronik dan media cetak seperti blog dan youtube yang belum tentu kesahihannya.

5. Bagi menangani cabaran ini penjawat awam hendaklah berpengetahuan dan berkemahiran, serta mempunyai kreativiti dan strategi yang berkesan supaya pembangunan dan kemakmuran rakyat dapat ditingkatkan. Dalam hubungan ini, kita memerlukan penjawat awam yang boleh berfikir atau the thinking public service. Kita perlu berfikir secara strategik, membuat analisa dengan rasional serta mencapai kepada rumusan yang praktikal untuk dilaksanakan, dan seterusnya dipantau dan dikuatkuasakan sewajarnya. Oleh itu, saya percaya penjawat awam akan sentiasa mampu mengimbangi kehendak dan harapan rakyat secara berkesan.

6. Namun begitu, saya sedar bahawa ada juga kehendak rakyat yang tidak dapat atau tidak boleh dipenuhi. Dalam hal ini, penjawat awam hendaklah bijak memberi penerangan dan penjelasan supaya ianya dapat difahami dan diterima, dan bukan dianggap sebagai kegagalan pihak Jabatan atau Kerajaan. Ini termasuklah permintaan yang menyalahi peraturan atau perundangan negara atau di luar kemampuan kewangan Kerajaan.

7. Sebagai penjawat awam, kita hendaklah sentiasa melakukan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan. Kita hendaklah berani mengubah peraturan-peraturan yang telah lapuk dan tidak lagi sesuai diguna pakai serta telah lama diamalkan, walaupun melibatkan pindaan undang-undang atau akta tertentu.
Proses penambahbaikan ini memerlukan kajian yang lebih terperinci dan lebih fokus supaya tindakan yang diambil bertepatan dengan kehendak rakyat. Saya dapati banyak perubahan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan tetapi gagal mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ini mungkin disebabkan proses perubahan yang dilaksanakan tidak difahami oleh semua peringkat dan kurangnya penguatkuasaan oleh agensi yang terbabit.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

8. Saya amat berbangga ICU JPM merupakan agensi yang terawal menggunakan pendekatan Blue Ocean Strategy dalam merangka pelan strategik jabatan. Beberapa inisiatif baru dengan tagline yang mempunyai makna tersendiri telah diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh ICU JPM mulai tahun ini. Antara contoh tagline tersebut ialah,

• On Time On Tract, bagi tujuan memantau projek-projek pembangunan supaya dilaksana mengikut jadual;

• Khas Untuk Rakyat, bagi memastikan projek-projek kecil yang dilaksanakan memberi faedah langsung kepada rakyat;

• Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi, untuk memastikan program pembasmian kemiskinan tegar dicapai mengikut tempoh ditetapkan.

9. Saya percaya semua inisiatif ini telah dikaji secara mendalam oleh Pengurusan ICU JPM dan diyakini dapat meningkatkan kecekapan warga ICU JPM dalam menyampaikan perkhidmatan sebagai satu agensi pusat yang unggul. Adalah diharapkan semua peringkat anggota ICU JPM komited dalam memastikan pelan strategik ini dilaksanakan dengan jayanya bagi meningkatkan prestasi dan imej Perkhidmatan Awam.

Saudara-saudari sekalian,

10. Seperti mana sedia maklum, negara telah mengalami perubahan dari segi senario politik selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Perubahan ini menuntut ICU JPM menyusun semula organisasi dan sistem kerja yang diamalkan sebelum ini, supaya lebih mantap dan berkesan. Dalam hubungan ini, Pegawai Kemajuan Negeri atau SDO, berdepan dengan cabaran yang lebih hebat yang akan menguji kemampuan, ketahanan dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas harian. Saya berharap semua pegawai dan kakitangan di negeri-negeri akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku serta mampu menangani masalah dengan cekap, teratur dan mengikut peraturan. Saya juga ingin menasihatkan semua SDO supaya sentiasa mematuhi garis panduan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti mana yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Negara sedang menghadapi kesan kenaikan harga barangan keperluan berikutan kenaikan harga petroleum. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan terpaksa menyusun semula struktur subsidi minyak dan gas bagi membolehkan Kerajaan memberi fokus kepada program dan projek yang bersifat people centric serta dapat meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan kenaikan harga ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat serta perbelanjaan Kerajaan. Justeru itu, ICU sebagai agen atau pemangkin perubahan perlu berupaya untuk mencetuskan idea-idea baru bagi melaksanakan program dan projek yang lebih bercorak people centric serta boleh membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan tekanan akibat dari kenaikan harga yang dihadapi.

12. Dalam menghadapi keadaan yang sama, Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengamalkan perbelanjaan secara berhemah serta mengurangkan perbelanjaan awam melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2008. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah,

i. Mengurangkan elaun keraian YB Menteri dan Timbalan Menteri;

ii. Menghadkan perjalanan ke luar negara bagi tugas rasmi;

iii. Membekukan pewujudan jawatan baru.

13. Saya percaya saudara-saudari lebih arif dan mahir bagaimana perbelanjaan Kerajaan seperti penyenggaraan pejabat dan pelaksanaan projek-projek kerajaan dapat dijimatkan dengan lebih efektif lagi. Sebagaimana sering kali saya sebutkan sebelum ini, kita boleh menjimatkan bil utiliti dengan mengurangkan penggunaan penyaman udara, lampu dan air mengikut keperluan, dan penggunaan ini haruslah dipantau dari bulan ke bulan bagi memastikan penjimatan benar-benar berlaku.

Hadirin yang dihormati sekalian,

14. Dengan perkembangan yang berlaku pada masa ini, seperti isu kenaikan harga dan pelbagai isu yang dikeluarkan dalam media massa, pegawai kerajaan perlu memahami dan menghayati isu-isu ini serta bertindak pantas untuk menanganinya. Dalam hubungan ini, SDO perlu mempunyai maklumat terkini dan tepat serta berupaya menjelaskan keadaan sebenar kepada masyarakat tentang isu-isu tersebut. Di samping itu, SDO dan pegawai persekutuan di negeri-negeri mesti berupaya berkomunikasi dengan pemimpin tempatan dan orang ramai dengan berkesan. Saya juga berharap agar SDO dapat melaporkan berhubung apa jua maklumat dan perkembangan yang berlaku di negeri masing-masing. Ini termasuk apabila Y.A.B. Perdana Menteri dan Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan ke negeri-negeri, SDO hendaklah melaporkan apa jua keputusan yang dibuat atau diumumkan semasa lawatan tersebut. Pada masa ini, terdapat keputusan-keputusan yang telah dibuat tidak diambil tindakan atau lambat diambil tindakan kerana keputusan tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan sewajarnya.

15. Sehubungan dengan perkembangan semasa, sebagai penjawat awam, kita harus berperanan sebagai pegawai Kerajaan yang berkecuali sejajar dengan konsep neutrality of public service. Dalam konteks ini, berkecuali membawa maksud taat setia kepada Kerajaan Persekutuan iaitu Kerajaan yang memerintah. Sebagai contoh, pegawai Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Agensi Persekutuan di negeri-negeri, perlu melaksanakan dasar dan keputusan Kerajaan Persekutuan serta segala tindakan atau projek yang dilaksanakan hendaklah menggambarkan ownership Kerajaan Persekutuan secara jelas, dan diketahui oleh rakyat jelata.

Saudara-saudari sekalian,

16. Suka saya mengingatkan kembali akan Komitmen Perkhidmatan Awam Tahun 2008 yang secara ringkasnya didukung oleh 6 inisiatif utama, iaitu mengekalkan budaya prestasi tinggi; mengupayakan atau empower anggota perkhidmatan awam; menambah baik penyampaian perkhidmatan di bahagian hadapan; penggunaan ICT secara menyeluruh; menumpu usaha ke arah pembasmian kemiskinan; dan memupuk perkongsian yang efektif dengan pihak yang berkepentingan. Adalah menjadi matlamat utama Perkhidmatan Awam dalam tahun 2008 untuk menginstitusikan satu perkhidmatan yang berkualiti di semua Kementerian, Agensi-Agensi Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara melalui konsep One Service, One Delivery, No Wrong Door atau Satu Perkhidmatan, Satu Penyampaian.

Hadirin yang dihormati sekalian,

17. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2007. Anugerah ini merupakan penghargaan Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Saya percaya pemilihan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia ini dibuat dengan pertimbangan yang adil, objektif dan boleh diyakini, selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 13 Disember 2007.

18. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada ICU JPM di atas jemputan ini dan saya doakan ICU JPM akan terus mengekalkan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang lagi terbilang dan relevan dengan keadaan semasa.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



2 + = six

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →