Majlis Pelancaran Kad Keahlian Enrich GOM

January 8, 2009 4:39 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri Dr Munir Abdul Majid, Pengerusi Malaysia Airlines

Y. Bhg. Dato’ Sri Idris Jala Pengarah Urusan, Malaysia Airlines

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Pegawai-Pegawai Kerajaan yang hadir

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin Nya Majlis Pelancaran Kad Keahlian “Enrich-GOM” ini dapat diadakan. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Malaysia Airlines atas jemputan bagi saya merasmikan Majlis pada petang ini. Sebagaimana saudara-saudari sedia maklum, kad keahlian “ENRICH-GOM” ini adalah khusus untuk kemudahan serta kegunaan kakitangan Kerajaan seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines. Dalam hubungan ini, Kerajaan Malaysia menghargai inisiatif Malaysia Airlines yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik taraf perkhidmatan, bukan hanya kepada kakitangan Kerajaan bahkan juga kepada pelanggan-pelanggan lain amnya.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

3. Kejayaan Malaysia Airlines adalah juga kejayaan bagi Kerajaan, kerana Malaysia Airlines adalah merupakan GLC atau Government Link Company. Oleh itu, Kerajaan akan memberi sokongan padu kepada usaha-usaha bagi mempromosikan kemudahan yang disediakan oleh Malaysia Airlines, khususnya kepada kakitangan Kerajaan.

4. Kerajaan Malaysia adalah juga penyumbang terbesar kepada hasil syarikat ini, dan bagi menghargainya Malaysia Airlines telah memperkenalkan Kad keahlian “Enrich-GOM” ini, bagi mempermudahkan proses perjalanan kakitangan kerajaan ketika berurusan dengan Malaysia Airlines, sama ada untuk tugas-tugas rasmi, mahupun urusan peribadi. Sebagaimana diketahui, kad “Enrich-GOM” ini disediakan secara percuma kepada mereka yang berminat.

5. Terdapat beberapa kelebihan pada kad khas ini berbanding kad Enrich biasa. Antaranya ialah keutamaan pengesahan tempat duduk, keutamaan terima bagasi sewaktu ketibaan, keutamaan senarai menanti di kaunter periksa masuk dan beberapa kelebihan lain yang tidak terdapat pada kad Enrich yang biasa. Saya difahamkan kakitangan Kerajaan yang telah mempunyai kad Enrich biasa boleh dinaiktaraf kepada kad “Enrich-GOM” ini, dengan mudah tanpa melibatkan sebarang pembayaran. Sehubungan itu, saya ingin menggalakkan kakitangan Kerajaan untuk memiliki kad “Enrich-GOM” ini kerana kelebihannya.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

6. Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada Malaysia Airlines atas daya usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggannya, termasuk kakitangan kerajaan melalui kad “Enrich-GOM” ini. Usaha-usaha seumpama ini amat dialu-alukan, dan pihak Kerajaan akan memberi sokongan yang sewajarnya.

7. Dengan itu, serta dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya merasmikan pelancaran kad keahlian “Enrich-GOM” Malaysia Airlines.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



9 − = five

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →