Majlis Pelancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan

March 31, 2009 4:33 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

Yang Berhormat Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed
Menteri Kerja Raya

Yang Berhormat Menteri

Yang Berhormat Timbalan Menteri

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Datin-Datin

Dif-dif kehormat, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin Nya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Pelancaran Dasar Pengurusan Aset Kerajaan pada hari ini. Ini adalah merupakan detik yang bersejarah bagi Negara, bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan, dasar yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar nanti akan mencetus satu revolusi budaya dan minda dalam mengurus harta dan aset Kerajaan.

2. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan yang ditunjukkan berhubung aspek pengurusan aset Kerajaan dan menjadi pendorong kepada usaha pewujudan Dasar ini. Sesungguhnya kami amat berbesar hati dengan pendekatan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Dato’ Seri selama ini.

3. Ucapan terima kasih dan tahniah juga saya tujukan kepada semua kementerian dan agensi kerajaan atas kerjasama serta kesungguhan demi memastikan Dasar yang komprehensif dan bersepadu ini, berjaya dirumuskan. Syabas saya ucapkan kepada Jabatan Kerja Raya yang telah bekerja keras, menggembleng tenaga dan idea demi memastikan Dasar ini disiapkan menepati jangka masa yang telah ditetapkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Dasar Pengurusan Aset Kerajaan adalah sejajar dengan kehendak Kerajaan untuk menyemai nilai, mentaliti dan budaya penyenggaraan kelas pertama bagi mengiringi pembangunan fizikal kelas pertama. Dasar ini adalah merupakan susulan dari beberapa resolusi yang telah dibuat semasa berlangsungnya Konvensyen Pengurusan Aset dan Fasiliti Negara atau NAFAM 2007 anjuran bersama Jabatan Kerja Raya dan Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd pada 13 dan 14 Ogos 2007. Saya masih ingat bahawa Y.A.B. Perdana Menteri, setelah merasmikan pembukaan NAFAM 2007 pada pagi 13 Ogos 2007 membuat lawatan ke negara Brunei Darussalam dan balik pula pada petang 14 Ogos 2007 untuk merasmikan penutupan NAFAM 2007. Ini jelas menunjukkan pentingnya isu pengurusan aset kerajaan kepada Y.A.B. Perdana Menteri, dan ia harus dihayati oleh semua penjawat awam.

5. Konvensyen NAFAM 2007, yang disertai lebih 1,500 peserta mewakili pelbagai kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan profesional dan golongan akademik, telah menghimpunkan pakar-pakar industri dari dalam dan luar negara untuk membincangkan cara dan kaedah terbaik mengurus fasiliti dan aset negara secara lebih berkesan.

6. Dari sesi percambahan tersebut beberapa resolusi telah digariskan, iaitu:

(i) Mewujudkan satu rangka pengurusan aset dan fasiliti yang menyeluruh, yang menuntut pembabitan secara langsung oleh semua pihak berkepentingan;

(ii) Menambah baik proses perolehan aset;

(iii) Mewujudkan satu sistem pemantauan dan kawalan terhadap keberkesanan aset;

(iv) Mewujudkan satu model kewangan dalam pengurusan aset; DAN

(v) Mewujudkan satu program pembangunan yang menyeluruh dan berkesan.

7. Bertitik tolak dari NAFAM 2007, satu Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan telah diwujudkan pada September 2007, dengan JKR selaku Urus setia, bertujuan memberi tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan mutu pengurusan aset secara strategik dan berkesan untuk diguna pakai oleh semua agensi Kerajaan.

8. Hasil input dan kerjasama daripada wakil pelbagai Kementerian dan Institusi Pengajian Tinggi, serta pakar dari industri pengurusan aset dan fasiliti, Jawatankuasa telah berjaya merumuskan:

(i) Dasar yang menggariskan hala tuju dan pelaksanaan pengurusan aset Kerajaan; DAN

(ii) Manual Pengurusan Aset Menyeluruh yang merupakan garis panduan untuk menjelaskan konsep Pengurusan Aset Menyeluruh, bermula dari proses perancangan, pewujudan, penggunaan serta pelupusan aset, selain tanggungjawab dan amalan urus tadbir yang baik.

9. Dasar yang akan dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebentar nanti akan menjadi panduan untuk diguna pakai oleh semua agensi Kerajaan, menerusi pendekatan Pengurusan Aset Menyeluruh supaya nilai penggunaan dan keberkesanan aset mencapai tahap optimum. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, khasnya penjawat-penjawat awam, untuk melaksanakannya seiring dengan tema Majlis Pelancaran pada hari ini, iaitu, “Aset Negara, Amanah dan Tanggungjawab Bersama”.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− 5 = two

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →