Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak
KUCHING 12 Jun 2009 — Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menganugerahkan pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Astana Negeri di sini hari ini.
Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak diadakan sempena sambutan perayaan 45 Tahun Sarawak dalam Malaysia.