Majlis Pelancaran Pembinaan Blok D MKN Embassy Techzone, Cyberjaya

April 9, 2009 6:21 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Hj Abu Bakar,
Pengerusi Kumpulan EMKAY

Yang Berusaha Encik Azizan Mohd Sidin, Yang DiPertua Majlis Perbandaraan Sepang

Mr Jitendra Virwani
Chairman of Embassy Group India

Yang Berbahagia Dato’ Redza Rafiq Abdul Razak, Pengarah Urusan, Cyberview Sdn Bhd

Para Media Massa

Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta para hadirin yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan izin Nya, kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Pelancaran Blok D, MKN Embassy Techzone di Cyberjaya pada pagi ini.

2. Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Hj Abu Bakar, Pengerusi Kumpulan EMKAY, kerana sudi mengundang saya untuk menyempurnakan Upacara Pelancaran ini. Saya telah menerima undangan beliau tersebut kerana saya ingin melihat dengan lebih dekat lagi, pembangunan yang dilaksanakan di Cyberjaya, sejajar dengan hasrat menjadikan Cyberjaya sebagai lambang pembangunan Malaysia dalam era k-economy. Alhamdullillah, pembangunan Fasa Pertama telah dilaksanakan dengan jayanya, dan saya percaya pembangunan Fasa Kedua akan memperoleh kejayaan yang sama.
3. Dalam hubungan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan bandar ini, kerana apa yang saya lihat adalah merupakan satu usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Cyberjaya sebagai satu Bandar ICT yang pesat membangun dan kondusif bagi operasi syarikat-syarikat yang bertaraf MSC. Sejak pertama kali saya menghadiri taklimat pembangunan di sini pada tahun lalu, saya dapat melihat satu kemajuan pembangunan hartanah yang pesat. Kawasan Cyberjaya ini yang dahulunya merupakan satu kawasan yang penuh dengan tanaman kelapa sawit, kini telah bertukar rupa menjadi sebuah Bandar ICT yang menarik dan sibuk, serta setanding dengan bandar-bandar lain yang seumpamanya.

4. Sehingga tahun 2006, pembangunan keseluruhan kawasan di Cyberjaya ini telah menghasilkan ruang pejabat berjumlah 2.6 juta kaki persegi, dan kini, telah bertambah kepada 4.4 juta kaki persegi. Melihatkan kepada kerancakan trend pembangunan tersebut, pada tahun 2007, Kerajaan telah menaikkan nisbah plot pembangunan dari nisbah 1 ke nisbah 2.8, bagi menjadikan projek pembangunan di Cyberjaya lebih berdaya maju atau commercially viable. Dalam hubungan ini, mungkin Majlis Perbandaran Sepang boleh menilai semula untuk mengurangkan lagi keperluan nisbah tempat letak kereta supaya lebih banyak bangunan dapat didirikan. Saya mengucapkan syabas kepada Majlis Perbandaran Sepang kerana telah melakukan perubahan positif kepada garis panduan pembangunan Cyberjaya supaya menjadikan bandar ini lebih berdaya saing, tetapi pada masa yang sama tidak menjejas integritinya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. EMKAY adalah salah sebuah syarikat swasta yang bergiat aktif membawa pembaharuan dalam pembangunan hartanah di Cyberjaya bersama-sama dengan stakeholders lain seperti Multimedia Development Corporation, Cyberview Sdn Bhd, Setia Haruman Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Sepang. Mereka telah sama-sama membantu merealisasikan matlamat membangunkan Cyberjaya sebagai salah satu bandar ICT yang berjaya dari segi konsepnya, penekanan terhadap nilai pembangunannya hingga ke pendekatan nilai kemasyarakatan masa kini. Cyberview Sdn Bhd juga telah banyak menyumbang terhadap pembangunan bandar ini dengan membina kemudahan-kemudahan seperti Kelab Komuniti Cyberjaya serta menyediakan perkhidmatan ‘park and ride’, selain perkhidmatan ‘district transportation system’, dan pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk warga Cyberjaya.

6. Sebelum saya tiba di tapak pelancaran ini tadi, saya telah dibawa untuk meninjau perancangan keseluruhan pembangunan di sini. Terdapat beberapa bangunan yang telah siap di sini, yang telah pun mempunyai penyewa yang akan menduduki bangunan tersebut bagi jangka masa yang panjang. Umpamanya, Blok A telah disewa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Blok B akan disewa oleh MAMPU. Saya percaya jemputan kepada saya pada hari ini bukan kerana penyewa-penyewa ini merupakan jabatan Kerajaan.

7. Pada hemat saya, pembangunan di Cyberjaya adalah seimbang. Ini adalah kerana, selain adanya pejabat Syarikat multinasional yang berstatus MSC yang dibangunkan di sini, terdapat juga himpunan universiti dan kolej sains perubatan hinggalah kepada deretan kawasan kediaman. Saya berharap stakeholders yang terlibat dengan pembangunan Cyberjaya, tidak hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi berusaha juga terhadap mewujudkan sebuah komuniti yang berminat dalam aspek intelektual, spiritual dan budaya.

8. Dalam hal ini, usaha Kumpulan EMKAY boleh dicontohi kerana mereka bukan sahaja membina unit-unit komersil dan pejabat di sini, malah mereka juga membina unit-unit kediaman berkonsepkan apartmen yang sesuai untuk golongan yang rata-ratanya terdiri daripada ‘knowledge workers’ dan para pelajar.
Para hadirin yang dihormati sekalian,

9. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar yang sudi mengundang saya ke Majlis ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua stakeholders yang menjayakan acara pada hari ini. Harapan saya agar apa yang kita lihat pada hari ini akan dapat dinikmati oleh generasi kita pada masa akan datang.

10. Dengan itu, dengan lafaz Bismillahir rahmannir rahim, saya melancarkan pembinaan Blok D, MKN Embassy Techzone, Cyberjaya.

Sekian,
Wabillittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



two + = 11

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →