Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-27

May 11, 2009 6:07 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Y. Bhg. Puan Sri Wan Noorlina Binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan

Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y.Bhg. Puan Sri Norshaadah Bt Mohd Nor, Timbalan YDP I

Y. Bhg. Puan Sri Hayati Omar
Timbalan YDP II

Penasihat-Penasihat Dan Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Dan Negeri

Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA

Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan
Y.Bhg. Puan Sri-Puan Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin

Perwakilan PUSPANITA, serta

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA kali ke-27 pada pagi ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada PUSPANITA kerana telah menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Perwakilan PUSPANITA pada hari ini.

Saudara-saudari sekalian,

2. Pada hari Ahad, 1 Mac 2009 yang lalu, ramai di kalangan kita telah hadir ke Dewan ini untuk Majlis Pelancaran Buku “Citra Gemilang – 25 Tahun PUSPANITA”. Buku tersebut telah melakarkan dan mengimbas semula pencapaian dan kemajuan PUSPANITA sepanjang tempoh 25 tahun kewujudannya, iaitu semenjak ditubuhkan pada tahun 1983. Saya turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada warga PUSPANITA atas kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai.

Adalah diakui bahawa dalam tempoh masa 25 tahun, PUSPANITA telah berkembang maju dengan cemerlang. Keahlian PUSPANITA, kini telah mencapai lebih 86,000 orang, dan cawangan PUSPANITA telah ditubuhkan di setiap kementerian, hampir ke semua negeri dan daerah di seluruh negara. Di samping itu pelbagai program dan aktiviti telah dianjurkan untuk manfaat ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat umum. Dua buah bangunan telah berjaya dibina untuk kegunaan dan kemudahan ahli PUSPANITA khasnya, dan orang ramai, amnya. Bantuan amal dan kebajikan atas keprihatinan PUSPANITA telah berjaya disampaikan kepada golongan yang memerlukan. Nama PUSPANITA juga kini tersohor dan tidak asing lagi di kalangan masyarakat negara ini.

3. Sambil kita meraikan kejayaan tersebut, sudah tiba masanya kita merenung masa depan PUSPANITA. Adakah kita berpuas hati dengan kejayaan PUSPANITA? Adakah peranan PUSPANITA mencukupi bagi memajukan ahli-ahlinya? Apa lagi yang boleh dilakukan untuk dilonjakkan PUSPANITA ke tahap yang lebih maju?

4. Sememangnya PUSPANITA telah menempa kejayaan serta mencapai satu tahap kemajuan yang boleh dibanggakan. Namun saya percaya PUSPANITA boleh lebih relevan di kalangan ahli-ahlinya, dengan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi. Justeru, PUSPANITA perlu melakukan satu transformasi dari pelbagai aspek dan secara menyeluruh, supaya lebih cemerlang dan progresif.

5. Saya gembira program kita pada pagi ini dimulakan tepat pada masanya. Saya harap amalan menepati masa ini akan dapat diteruskan dalam apa juga program dan aktiviti yang dilaksanakan. Dalam hubungan ini, saya ingin berkongsi bersama pesanan serta amanat Y.A.B. Perdana Menteri, iaitu dalam usaha membawa Malaysia ke arah kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi, adalah penting bagi kita menanam kesedaran serta berubah menjadi masyarakat yang mengamalkan prinsip ketepatan atau precision. Iaitu ketepatan dari segi pengukuran, pengurusan masa, jadual penyampaian, kualiti produk dan sebagainya.

Budaya yang mementingkan prinsip ketepatan akan membolehkan Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang cemerlang dan mengutamakan kualiti seperti negara-negara Jepun, Switzerland dan Jerman. Sebagaimana kita ketahui, barang dan perkhidmatan Swiss, Jerman dan Jepun begitu sinonim dengan kualiti. Dan ini ada kaitan rapat dengan budaya precision.

6. Dalam hubungan ini, saya percaya ahli-ahli PUSPANITA dapat membudayakan “punctuality” terhadap pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang bagi memastikan ahli mendapat faedah serta manfaat sepenuhnya dari penganjuran sesuatu program atau aktiviti. Untuk tujuan ini, usaha hendaklah diikhtiarkan bagi membentuk sikap positif di kalangan ahli PUSPANITA dan keluarga ahli-ahli PUSPANITA supaya kita lebih proaktif untuk menyumbang idea dan turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Sebagaimana diketahui, ramai di kalangan ahli PUSPANITA adalah ibu-ibu. Sebagai ibu yang menjadi tulang belakang kesejahteraan keluarga, adalah penting untuk menanamkan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak, antaranya ialah menepati masa atau punctuality. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Ibu” kepada ahli-ahli PUSPANITA yang bergelar ibu sempena sambutan Hari Ibu, semalam, Ahad 10 Mei 2009.

Puan-puan sekalian,

7. Sejajar dengan ini juga kita digalakkan mengamalkan prinsip yang lebih businesslike yang mementingkan sesuatu urusan dilaksanakan dengan cepat tanpa meleret-leret dan tidak terlampau ikut dengan aspek ritual tertentu seperti penyediaan karpet merah, perarakan bunga manggar, iringan paluan kompang, dan sebagainya. Acara-acara dalam penganjuran majlis-majlis tertentu, termasuk majlis rasmi Kerajaan hendaklah diringkaskan, dengan mencontohi penganjuran majlis-majlis seumpama itu di luar negara, Adalah diharapkan dengan memulakan inisiatif mengutamakan prinsip ketepatan dari semua aspek dan prinsip businesslike, ini akan meningkatkan kesedaran kepada masyarakat akar umbi supaya turut merubah ke budaya precision.

8. Justeru saya berharap, PUSPANITA juga mengamalkan prinsip yang sama dalam penganjuran program dan aktiviti, mahupun majlis-majlis tertentu. Dengan demikian, ia bukan sahaja dapat menjimatkan belanja, malah program dan aktiviti yang dilaksanakan akan lebih padat, dan mencapai objektif dengan lebih efisien lagi.

9. Di sini, saya juga ingin mencadangkan supaya PUSPANITA bertindak lebih agresif dalam mempromosikan serta memasarkan penggunaan dewan-dewan yang terdapat di PUSPANITAPURI, Putrajaya, mahupun rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur. Pemasaran dewan-dewan ini hendaklah dilakukan seperti satu perniagaan. Kita perlu belajar daripada mereka yang lebih berjaya, seperti PICC, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya. Saya percaya sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita akan memperoleh pendapatan yang lumayan hasil dari penyewaan ruang-ruang yang terdapat di bangunan-bangunan PUSPANITA. Ini juga merupakan salah satu usaha persatuan ini untuk menuju ke arah self-sustainable, tanpa terlalu bergantung kepada bantuan kewangan dari Kerajaan.

10. Saya ingin mengesyorkan supaya program, aktiviti dan kegiatan PUSPANITA di semua peringkat dikaji semula keberkesanan penganjurannya. Walaupun program, aktiviti dan kegiatan berjalan baik serta mendapat sambutan daripada ahli dan masyarakat, namun bagi memperoleh impak yang maksimum dari penganjuran tersebut, transformasi harus dilakukan. PUSPANITA mungkin perlu melihat dari sudut yang lebih agresif dan bersaing dengan keadaan sekitar yang sangat mencabar pada masa ini. Sebagai contoh, program keusahawanan wanita boleh diperluaskan lagi dengan mengadakan aktiviti yang lebih terancang bagi jangka masa panjang. Pada masa ini program tersebut dijalankan secara adhoc tanpa perancangan yang rapi. Seperti mana tabung latihan yang diwujudkan oleh PUSPANITA telah dapat membantu anak-anak ahli, mungkin sebuah tabung keusahawanan boleh ditubuhkan pula bagi membantu ahli-ahli yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

11. Dalam hubungan ini, PUSPANITA boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang telah menubuhkan dana-dana tertentu bagi pembangunan usahawan serta memohon kuota untuk ahli PUSPANITA. Di samping itu ahli-ahli yang berminat dalam bidang ini boleh diberi bimbingan dan pendedahan dalam perniagaan dengan diberikan latihan dan kemahiran yang sewajarnya. Ini semua boleh dilakukan secara tersusun dan terancang, sekiranya kita tahu dan faham tentang “outcome” yang dihasratkan dari penganjuran sesuatu program dan aktiviti.

12. Sebagai contoh, kita sedia maklum bahawa ramai di kalangan isteri pegawai-pegawai kerajaan yang tidak bekerja kerana ingin menjadi suri rumah sepenuh masa. Sekiranya mereka ini diberi peluang, serta dengan bimbingan dan latihan tertentu, mereka akan dapat membuat perniagaan secara kecil-kecilan di rumah. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu mereka menambah pendapatan keluarga. Perkara ini juga boleh dipanjangkan kepada pegawai-pegawai kerajaan wanita yang telah bersara.

Usaha seumpama ini akan dapat menarik lebih ramai suri dan pegawai kerajaan wanita untuk menjadi ahli PUSPANITA. Di samping itu, PUSPANITA boleh mewujudkan satu mekanisme untuk memantau usahawan-usahawan yang telah berjaya. Saya percaya mereka yang telah berjaya bersedia membantu PUSPANITA dalam merancang program dan aktiviti lain yang berkaitan secara berterusan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Dalam usaha PUSPANITA melakukan transformasi dalam program dan aktivitinya, adalah amat penting seiringan dengan itu berlaku transformasi dalam pengurusannya di semua peringkat, baik di peringkat pusat mahupun di cawangan-cawangan. Pengurusan dan pentadbiran PUSPANITA harus ditingkatkan supaya lebih mantap dan berwibawa. Perkhidmatan yang disampaikan mestilah cekap dan cepat dan hendaklah sentiasa proaktif.

14. Dalam usaha ke arah ini pihak pengurusan hendaklah sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan menghadiri latihan bagi mempelajari ilmu-ilmu baru yang bersesuaian.

15. Dengan usaha-usaha ini, saya percaya PUSPANITA akan menjadi lebih mantap dari segi pengetahuan dan kemahiran, di samping pengurusan yang lebih cekap dan berkesan, serta lebih berjaya dan cemerlang dalam memenuhi keperluan dan kehendak ahli-ahli PUSPANITA. Dalam hubungan ini, saya berharap agar Penasihat PUSPANITA di semua peringkat cawangan sentiasa membantu, memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang sewajarnya bagi memastikan kejayaan PUSPANITA.

Hadirin yang dihormati sekalian,

16. Sebelum mengakhiri ucapan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pucuk pimpinan PUSPANITA dari dulu hingga sekarang kerana telah memimpin PUSPANITA sehingga mencapai kejayaan yang dinikmati pada hari ini. Terima kasih juga atas kerjasama erat dan sepakat yang diberikan oleh kedua-dua Timbalan Yang DiPertua, ahli Majis Tertinggi dan juga ahli Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Kebangsaan.

Saya diberitahu YDP PUSPANITA Kebangsaan amat menghargai segala kerjasama yang diberikan. Tidak lupa juga saya mengucapkan terima kasih kepada Penasihat-Penasihat PUSPANITA atas sokongan padu serta tunjuk ajar yang diberikan. Akhir kata, dengan lafaz “Bismillaahir rahmaanir rahim” saya merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA kali ke-27.

Sekian,
Wabillahittaufik walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



− three = 6

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →