Majlis Pelancaran Sistem CCTV – MERS 999 Cyberjaya

June 1, 2009 5:57 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara

Y.Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali
Pengerusi,
Multimedia Development Corporation, MDEC

Y. Bhg. Dato’ Kamaruddin Siaraf
Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Y. Bhg. Tan Sri Ismail bin Hj Omar
Timbalan Ketua Polis Negara
Y. Bhg. Dato’ Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Selangor

Y. Bhg. Dato’ Kairul Annuar Mohamed Zamzam
Naib Presiden Eksekutif
Telekom Malaysia Berhad

Y. Bhg. Dato’ Redza Rafiq
Pengarah Urusan
Cyberview Sdn Bhd

Tuan-tuan dan Puan-puan serta para hadirin yang saya hormati sekalian

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah rahmat dan izin Nya, kita dapat bersama-sama hadir pada Majlis Pelancaran CCTV – MERS 999 Cyberjaya pada petang ini.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana sudi mengundang saya bagi menyempurnakan upacara pelancaran ini. Terima kasih juga kepada para jemputan kerana telah meluangkan masa untuk hadir pada petang ini bagi melihat sendiri inisiatif yang akan dilancarkan sebentar lagi. Kita telah mendengar penjelasan daripada Yang Berbahagia Dato’ Redza Rafiq dan juga Yang Berbahagia Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi, mengenai tujuan Majlis pada petang ini, dan saya amat gembira melihat ramai di kalangan komuniti Cyberjaya yang turut hadir bersama pada hari yang bersejarah ini.

3. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Syabas kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, Cyberview Sdn Bhd dan Telekom Malaysia di atas usahasama untuk merealisasikan satu inisiatif yang belum pernah lagi dilaksanakan di mana-mana bandar di Malaysia. Majlis pelancaran hari ini akan menyaksikan integrasi dua sistem teknologi komunikasi, iaitu pemantauan secara digital melalui kamera televisyen litar tertutup atau CCTV, dengan Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 atau Malaysian Emergency Response System, yang lebih dikenali dengan singkatan MERS 999.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Dalam usaha mencapai matlamat negara maju seperti yang telah digariskan dalam Wawasan 2020, pembangunan sistem ini adalah sejajar dengan hasrat tersebut, serta menjadi teras pemantapan keselamatan awam di negara ini. Kita sedar bahawa perkhidmatan kecemasan adalah amat penting dalam kehidupan seharian. Sebelum tahun 2007, perkhidmatan kecemasan di Malaysia mempunyai empat nombor yang berbeza, iaitu 999 bagi menghubungi PDRM dan untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans, nombor 994 bagi menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, nombor 991 bagi menghubungi Jabatan Pertahanan Awam dan bagi pengguna telefon bimbit, nombor 112 digunakan untuk menghubungi pusat panggilan kecemasan. Bagi tujuan penyelarasan nombor-nombor panggilan kecemasan ini, Telekom Malaysia telah membangunkan satu sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan 999 yang dikenali sebagai MERS 999.

5. Di samping itu, semasa pembentangan Bajet 2008 Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di Cyberjaya. Seterusnya, Cyberview telah melaksanakan projek pemasangan dan penggunaan CCTV di sekitar kawasan Cyberjaya. Hari ini, saya berbangga kerana dapat berada di sini dan sebentar lagi, kita semua akan dapat menyaksikan sendiri bagaimana gabungan CCTV di Cyberjaya dan MERS 999 berfungsi.

Hadirin yang dihormati sekalian;

6. Projek integrasi di antara sistem CCTV dan sistem MERS 999 di Cyberjaya adalah projek perintis di bawah program M-SAFE. Integrasi sistem ini akan dapat mempertingkatkan dan mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan ke lokasi, dan bukti-bukti kecemasan seperti jenayah, kemalangan, kebakaran dan sebagainya, dapat dilihat secara real-time oleh pegawai bertugas di Pusat Operasi melalui CCTV, dan dapat dirakam untuk tujuan siasatan kelak.

7. Inisiatif M-SAFE adalah lanjutan daripada konsep Bandar Selamat yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan, yang mana 23 langkah perlu diambil oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan persekitaran dalam sesuatu kawasan atau projek pembangunan itu selamat. Antara langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah pemasangan struktur pemisah untuk mengasingkan laluan pejalan kaki dengan jalan raya bagi menghindari kes jenayah ragut, pemasangan lampu jalan di lorong-lorong belakang dan juga pemasangan CCTV di kawasan-kawasan kepadatan dan trafik tinggi.

8. Dalam hubungan ini, saya berharap Cyberview Sdn Bhd, selaku tuan tanah Cyberjaya dan badan yang bertanggungjawab ke atas segala jenis pembangunan di Cyberjaya untuk meneruskan konsep M-SAFE. Cyberjaya adalah sebuah bandar ICT yang sedang mengalami pembangunan yang amat pesat, dan sentiasa berada di mata dunia disebabkan statusnya sebagai nukleus MSC Malaysia. Saya percaya, menerusi pendekatan yang lebih holistik dalam menangani isu berkaitan keselamatan di Cyberjaya, ia boleh dijadikan sebagai satu elemen penting dalam aktiviti mempromosikan Cyberjaya bagi menarik minat pelabur asing menjalankan perniagaan di sini. Ini juga adalah selaras dengan usaha untuk membangunkan Cyberjaya sebagai sebuah pembangunan lestari yang kondusif untuk pelbagai jenis aktiviti, bagi merealisasikan Cyberjaya sebagai sebuah Bandar ICT yang ulung, bukan sahaja di rantau ini, tapi juga di dunia.

9. Di sini, saya sekali lagi ingin menggesa Cyberview dan juga stakeholders terlibat dengan pembangunan Cyberjaya seperti Majlis Perbandaran Sepang, Multimedia Development Corporation, dan Setia Haruman Sdn Bhd agar sentiasa prihatin dengan kehendak masyarakat global yang telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi operasi mereka dan juga agar Cyberjaya akan terus dibangunkan mengikut konsep pembangunan yang tertumpu kepada aktiviti ICT serta garis panduan MSC Malaysia. Perhatian perlu juga diberikan terhadap pewujudan satu ekosistem mampan yang boleh menyokong pembangunan fizikal Cyberjaya, agar Cyberjaya sentiasa relevan dengan perkembangan industri ICT semasa dan berdaya maju.

Hadirin yang dihormati sekalian:

10. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Musa Hassan dan Yang Berbahagia Dato’ Redza Rafiq dan semua pihak yang telah menjayakan projek ini. Harapan saya agar apa yang akan dilancarkan pada petang ini akan dapat melahirkan usaha bersepadu pelbagai pihak dalam memakmurkan Cyberjaya secara khasnya, dan Malaysia secara umumnya. Saya percaya, sistem CCTV – MERS 999 Cyberjaya akan menjadi kajian kes bagi pemaju-pemaju pembangunan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan untuk dicontohi dan Insya Allah turut diguna pakai kelak. Saya juga berharap agar setiap daerah dan bandar di Malaysia turut dilengkapi dengan kemudahan integrasi CCTV – MERS 999 ini.

11. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya melancarkan Sistem CCTV – MERS 999 Cyberjaya.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



five + 9 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →