Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia

July 17, 2009 5:55 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Dato’ Sri Dr Hj Mohd Nasir bin Mohd Ashraf
Presiden
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, PPTD

Barisan Exco PPTD

Saudara-Saudari sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan keizinan serta limpah rahmat Nya jua kita dapat berkumpul dalam majlis ini, sempena Mesyuarat Agung Tahun 2009, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PPTD, Malaysia.

2. Saya amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kerana menjemput saya bagi menyampaikan sepatah dua kata, dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Perkhidmatan Awam Malaysia, sejak Merdeka lagi, mempunyai peranan yang penting dalam membangunkan negara kita serta menjamin kestabilan dan kemakmuran. Dari sebuah negara membangun yang bergantung semata-mata kepada getah dan bijih timah pada tahun lima puluhan, Malaysia sekarang telah menjadi sebuah negara perindustrian yang mengeluarkan pelbagai barang perkilangan; dan juga perkhidmatan. Malaysia juga merupakan sebuah negara ekonomi terbuka dan berkedudukan tinggi iaitu di kalangan 20 buah negara perdagangan terbesar dunia. Berdasarkan IMD World Competitiveness Yearbook 2009, Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 57 ekonomi, dari segi “competitiveness” dengan mengatasi negara-negara dan ekonomi seperti Ireland, China, United Kingdom, Taiwan, Korea dan France.

4. Dalam hubungan ini, peranan dan tanggungjawab PTD yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan dan kemakmuran negara tidak dapat dinafikan. Pelbagai dasar dan pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia dapat merasai nikmat pembangunan. Sumbangan PTD bukan sahaja telah diiktiraf oleh Kerajaan, malah PTD juga disanjung tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Sehubungan itu, adalah suatu yang amat membanggakan yang pemimpin-pemimpin negara, dahulu dan sekarang, telah memberi kepercayaan yang tinggi kepada pegawai PTD untuk menyandang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

5. Sebagaimana saya sebut di tahun lalu, di peringkat Persekutuan, jawatan Ketua Setiausaha Negara, semua Ketua Setiausaha Kementerian, kebanyakan Ketua Jabatan dan Ketua Agensi Kerajaan adalah dari kalangan pegawai PTD. Di peringkat negeri pula, semua Setiausaha Kerajaan Negeri adalah pegawai PTD kecuali di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Begitu juga, Pegawai Daerah dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan, kebanyakannya adalah juga dari kalangan PTD. Malah, pegawai-pegawai PTD juga telah menerajui beberapa perkhidmatan “tertutup” seperti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Jabatan Hasil Dalam Negeri serta Jabatan Immigresen. Oleh itu, tidak dinafikan bahawa pegawai PTD merupakan tonggak pentadbiran dan pembangunan negara selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada setiap anggota PTD. Syabas diucapkan atas pencapaian dan kecemerlangan ini. Dan, kita semua boleh berbangga dengan kesinambungan ini.

Saudara-saudari sekalian,

6. Dalam pada itu, kita tidak sewajarnya merasa berpuas hati, dan “lupa diri” dengan pencapaian ini. Perasaan berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi kita, akan membuatkan kita menjadi selesa, dan apabila telah selesa, kita tidak berusaha untuk terus meningkatkan prestasi dan memajukan diri. Saya percaya kita tidak mahu timbul rungutan dari mana-mana pihak yang mempertikaikan kewibawaan dan kecemerlangan pegawai PTD. Kita tidak mahu disebut bahawa kenaikan pangkat dengan cepat di kalangan pegawai PTD bukan disebabkan oleh kompetensi dan pengetahuan, tetapi disebabkan peluang-peluang kenaikan pangkat yang banyak berbanding skim perkhidmatan yang lain, disebabkan JPA dikuasai oleh PTD. Sebaliknya, kita harus meneruskan tradisi kecemerlangan perkhidmatan PTD, dengan mengekalkan kepercayaan Pucuk Pimpinan Negara, lain-lain perkhidmatan dan masyarakat akan kebolehan dan keupayaan kita; kepercayaan orang ramai dan juga pemimpin negara akan integriti kita, demi menyahut tuntutan tanggungjawab murni yang telah kita warisi selama ini.

7. Namun hakikatnya ialah, PTD pada masa ini berada di persimpangan, “at the crossroads”, di mana keupayaan, kebolehan dan kewibawaan PTD menerima cabaran dan saingan sengit dari dalam dan luar, iaitu bukan sahaja dari skim-skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam, tetapi juga dari luar, iaitu sektor swasta dan GLC. Dalam hubungan ini, saya berpandangan bahawa daripada kita menentang arus perubahan yang bakal berlaku, maka adalah lebih baik bagi kita mendakap perubahan tersebut, “embrace the change” dengan fikiran positif dan terbuka serta dengan penuh berhemah dan bijaksana, bagi memastikan kerelevanan dan kesinambungan PTD dalam memacu kepimpinan dalam Perkhidmatan Awam serta pembangunan negara.

8. Saya sangat berharap supaya kita pegawai PTD pada masa ini tidak terbuai-buai dengan pencapaian masa lalu. Kita sering kali terbuai-buai dengan pencapaian silam yang hebat oleh pasukan bola sepak negara. Kita tidak harus hanya terus berbangga dengan pencapaian hebat para Sarjana Islam masa silam sehingga di akhir pemerintahan Khalifah Uthmaniah di Turki.

9. Oleh itu, tidak dapat tidak, perkhidmatan PTD perlu “dicipta semula”, “re-invent” dengan mengambil masuk bakat-bakat baru yang akan menyumbang terhadap kecemerlangan PTD. Kemasukan bakat-bakat baru ini tidak semestinya pada Gred masuk yang rendah, tapi di pelbagai peringkat dengan mengambil kira pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Namun pada masa yang sama, kita anggota-anggota PTD sedia ada perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masing-masing bagi menandingi bakat-bakat baru yang cemerlang ini. Secara tidak langsung, we compete among ourselves to become the best of the best, and that is how PTDs remain the best – creme de la creme of the Public Service.

Saudara-saudari sekalian,

10. Dalam menuju kecemerlangan, kita perlu sentiasa mencabar diri kita, serta mencabar keadaan sedia ada, bagi meningkatkan lagi standard dan tahap perkhidmatan. Kita hendaklah mempunyai fikiran yang kreatif dan inovatif untuk mencari kaedah terbaru bagi meningkatkan kecekapan proses kerja serta melaksanakan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keadaan semasa. Kita perlu mempunyai sikap keterbukaan, challenging the status quo, dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Perkembangan pesat teknologi dan globalisasi menuntut kita untuk mendahului cabaran yang mendatang. Jika kita masih leka dan berpuas hati dengan ilmu yang ada, selesa dengan cara kerja yang ada, bukan sahaja pengetahuan yang kita miliki menjadi obsolete, malah kita juga akan menerima nasib yang sama.

11. Sehubungan dengan ini, Pegawai-pegawai PTD hendaklah dengan penuh komitmen menghayati, mendokong, mempelopori dan melaksana sepenuhnya gagasan: 1 Malaysia People First Performance Now.

12. Berkhidmat dengan penuh integriti serta memberikan perkhidmatan yang berintegriti adalah merupakan aspek paling penting dan utama. Kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali terhadap sebarang perlakuan dan amalan yang boleh menyebabkan keraguan terhadap integriti kita. Sebagai penjawat awam, khususnya sebagai pegawai PTD, kita memilih untuk berkhidmat dalam Kerajaan berdasarkan semangat dan motivasi yang tinggi untuk berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan beramanah demi pembangunan dan kesejahteraan negara. Bukan untuk wang ringgit, bukan untuk kekayaan.

13. Sehubungan itu, sekiranya ada perlakuan yang tidak berintegriti adalah menjadi kewajipan kita bersama untuk bertindak tegas dan tidak bertolak ansur bagi membendung perlakuan sedemikian daripada berleluasa, kerana pastinya perlakuan yang buruk ini akan menjejaskan imej Perkhidmatan Awam. Saya percaya sekiranya anggota Perkhidmatan Awam melaksanakan tugas dengan jujur, ikhlas dan beramanah, kita akan beroleh keberkatan dan mendapat kepuasan bekerja yang sebenar, Insya Allah.

Saudara-saudari sekalian,

14. Pegawai PTD harus mampu mempertahankan profesionalisme agar dapat melaksanakan tugas kepada masyarakat secara adil, amanah dan berkesan. Pegawai PTD yang lebih kanan hendaklah bertindak sebagai mentor kepada pegawai muda yang baru menyertai perkhidmatan perdana ini agar tradisi kecemerlangan PTD dapat diteruskan. Sekiranya kita terus mempertahankan dan memperbaiki ciri-ciri ini, maka tidak ada sebab kenapa mana-mana pihak akan mencari alternatif. PTD menjadi pilihan bukan sahaja setakat “reputation” tetapi juga dan lebih penting “expectation”.

15. Sehubungan dengan itu, saya berharap kita dapat bersama-sama meningkatkan usaha dengan bekerja lebih tekun untuk melaksanakan segala strategi dan langkah yang telah diatur bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik, cepat dan berkesan. Saya mengajak saudara-saudari sekalian supaya memasang tekad dan azam untuk memberikan sepenuh komitmen kepada tugas dan tanggungjawab kita sebagai pegawai PTD dan anggota perkhidmatan awam. Dengan usaha yang lebih gigih, saya percaya kita akan dapat membuktikan bahawa kehadiran dan sumbangan kita dalam perkhidmatan awam benar-benar memberi makna serta menepati segala janji kepada rakyat dan Kerajaan.

16. Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin kongsi bersama kata-kata daripada Lao Tse untuk kita sama-sama fikirkan dan hayati, kata-kata yang sangat saya minati seperti berikut:

To lead the people, walk behind them
As for the Best Leaders, people do not notice their existence
The next best, the people honour and praise
The next, people fear
And the next, people hate
When the Best Leader’s work is done, the people say “We Did It Ourselves”.

17. At some point in the successful march of Islam, there were people who feared or maybe hated what was Islam. I hope our colleagues, those who come after us, will say “We did It Ourselves”.

18. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada PPTD kerana telah menjemput saya bagi merasmikan persidangan tahunan ini. Maka dengan lafaz Bismillahir rahmanir rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Perkhdmatan Tadbir dan Diplomatik Tahun 2009.

Sekian.
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



× 5 = forty

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →