Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam, Universiti Tun Abdul Razak

October 31, 2009 8:45 pm 0 comments
(Visited 111 times, 1 visits today)

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN PENERIMAAN
YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

DI MAJLIS KONVOKESYEN KE-9
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

PENGANUGERAHAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR
PENTADBIRAN AWAM (HONORIS CAUSA)

31 OKTOBER 2009 (SABTU)
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,�
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Amat Berbahagia Tun Hajjah Rahah Binti Tan Sri Haji Mohd Noah
Canselor, Universiti Tun Abdul Razak, UNITAR

Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid
Pro-Canselor, UNITAR

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Andrew Sheng Len Tao
Pro-Canselor, UNITAR

Y. Bhg. Profesor Datuk Dr. Md. Zabid Hj Abd Rashid,
Presiden dan Naib Canselor, UNITAR

Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr Mohamed Mahyuddin Mohamed Dahan
Timbalan Presiden UNITAR

Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah, UNITAR

Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNITAR

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan keizinan Nya jua, kita dapat bersama-sama dalam Majlis yang amat bermakna ini.

2. Majlis ini amat bermakna bagi diri saya, kerana dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Sesungguhnya, saya amat terharu dan berbesar hati, dan pada masa yang sama juga merasa kerdil atas penganugerahan ini.

3. “Berbesar hati” kerana penganugerahan ini merupakan lambang pengiktirafan akan jasa dan sumbangan seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia yang telah bekerja dengan jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh demi memartabatkan Perkhidmatan Awam dan menyumbang dalam usaha Negara kita mencari kecemerlangan.

4. “Rendah hati” dan kerdil kerana ianya dimungkinkan oleh sumbangan sebegitu ramai dalam Perkhidmatan Awam dan Pentadbiran yang telah sama-sama memberi bantuan dan sokongan, kerjasama, nasihat dan bimbingan. Bukan sahaja mereka yang masih berkhidmat, malah yang telah bersara. Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua mereka.

Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Perkhidmatan Awam Malaysia telah dibangunkan serta mencapai tahap kemajuan yang ada pada masa ini, atas inspirasi, aspirasi serta kepimpinan cemerlang mereka yang terdahulu berserta warga Perkhidmatan Awam, yang bekerja dengan tekun dan gigih di sebalik tabir perkhidmatan, dengan hanya satu matlamat, iaitu berkhidmat untuk bangsa dan negara.

6. Banyak kejayaan yang membanggakan telah dicapai oleh Perkhidmatan Awam negara kita; malah ada yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, serta menjadi ukuran dan contoh untuk diikuti oleh negara-negara lain. Aspirasi negara “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang dipelopori oleh Y.A.B. Perdana Menteri membuka lembaran baru serta merupakan cabaran besar bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang bersepadu, dengan penekanan kepada aspek mengutamakan pelanggan atau customer-centric service.

7. Pada hemah saya, Perkhidmatan Awam yang benar-benar cemerlang ialah apabila semua pelanggan perkhidmatan awam mendapat layanan baik yang sama, konsisten dan seragam dari mana-mana Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan. Perkhidmatan Awam yang tidak membezakan siapa yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan – baik seorang hartawan, dermawan, ahli politik, ahli perniagaan, mahupun orang miskin atau daif dari kampung dan pendalaman; juga tidak kira apa jua bangsa dan agamanya. Baik di Putrajaya, Lubuk Antu, Cherok Paloh atau dari mana dan di mana sahaja. Semua akan dilayani dengan prihatin, terhormat, terbaik. Perkhidmatan Awam yang cemerlang ialah perkhidmatan awam yang sentiasa mengamalkan budaya mendahulu dan mementingkan rakyat, mementingkan pelanggan.

8. Untuk Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi, kita akan (terus) membina Perkhidmatan Awam yang berpegang kepada prinsip di mana mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang, diberi pengiktirafan yang bermakna. Dan mereka yang melakukan kesalahan, diberi balasan yang setimpal.

9. Dalam hubungan ini, pembentukan peribadi atau character building anggota perkhidmatan awam akan diberi penekanan dalam latihan – baik di INTAN atau di lain-lain institusi –nilai-nilai seperti integriti; keikhlasan, kegigihan dan ketekunan dalam menjalankan tugas; empati; kesediaan untuk melakukan perubahan, dan berani mencuba serta memanfaatkan cadangan yang baik.

Saudara-saudari,

10. Keperibadian diri yang baik dibina dari suatu keputusan yang terbit dalam diri kita. Ia terbit dari niat dan cita-cita untuk melakukan perubahan yang bermakna dalam tempoh waktu yang ada. Pada saya, penting diberi penekanan kepada pembinaan sahsiah kerana bagi yang mempunyai keperibadian yang tinggi, mereka akan sentiasa melakukan tindakan yang betul dan konsisten. Tidak kira sama ada sedang dilihat atau dinilai atau tidak, mereka yang berkeperibadian tinggi sentiasa bertindak dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Dan perkhidmatan yang terbaik dan prestasi yang cemerlang memerlukan kita berpengetahuan; menguasai teknologi, khususnya ICT; mempunyai tadbir urus yang baik; serta prosedur dan peraturan yang cekap, telus dan mudah. Atau apa sahaja.

11. Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak seluruh anggota Perkhidmatan Awam untuk bersama-sama membentuk keperibadian yang baik serta melakukan transformasi sikap dan transformasi cara bekerja bagi membawa Perkhidmatan Awam Malaysia ke tahap yang lebih baik lagi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Tun Abdul Razak atas penghormatan yang diberikan.

13. Tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri saya Wan Noorlina, anak-anak dan menantu-menantu serta kaum keluarga yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya sentiasa melaksanakan yang terbaik dan melakukannya dengan berintegriti, Insya Allah.

14. Saya mendoakan agar Perkhidmatan Awam Malaysia akan terus maju, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
.

(Visited 111 times, 1 visits today)

Leave a Reply



3 × five =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →