Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2009

November 11, 2009 8:43 pm 0 comments

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN
YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PENYAMPAIAN
ANUGERAH KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PERKHIDMATAN AWAM KEBANGSAAN TAHUN 2009

11 NOVEMBER 2009 (RABU), 8.00 MALAM
BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN IPOH, PERAK

Bismilahir rahmanir rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Y.B. Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Hashim
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Y. Bhg. Dato’ Normah bt. Md. Yusof
Ketua Pengarah MAMPU

Y. Bhg. Dato’ Dr. Muhamad bin Hamzah
Pengarah INTAN�

Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha Kementerian

Ketua-Ketua Jabatan

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin

Tetamu-tetamu kehormat

Peserta Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan

Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan Nya jua kita dapat bersama-sama dalam Majlis Penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, KIK, pada malam ini.

2. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada INTAN dan Kerajaan Negeri Perak kerana bersama-sama menganjurkan Majlis ini. Semoga kerjasama seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam menjayakan program dan aktiviti meningkatkan perkhidmatan awam, di semua lapisan dan peringkat.

3. Sesungguhnya penganjuran Konvensyen KIK ini adalah penting serta memberi makna yang besar dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan awam, sebagai komitmen berterusan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Hadirin yang dihormati sekalian,

4. Tahun ini, satu perubahan telah dilakukan dengan menjenamakan semula konvensyen ini kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif atau KIK, bagi menggantikan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja atau KMK, sebelum ini. Jika dahulu, KMK memberi fokus kepada penyelesaian masalah terhadap isu-isu utama yang dihadapi dalam jabatan, kini KIK memberi ruang kepada warga organisasi untuk berinovasi dan berkreatif dalam menerbitkan idea-idea baru, tanpa perlu menunggu tercetusnya sesuatu isu atau masalah dalam jabatan. Selaras dengan itu, warga organisasi perlu sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam persekitaran kerja masing-masing, sejajar dengan hasrat untuk memajukan perkhidmatan kita.�

5. Saya melihat perubahan fokus konvensyen KIK ini sebagai satu langkah proaktif dalam menghadapi cabaran penyampaian perkhidmatan yang menuntut kita untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, tema konvensyen tahun ini, iaitu “KIK: Penggerak Kreativiti, Inovasi dan Produktiviti” amat bertepatan dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 pada 28 April 2009, supaya penjawat awam melakukan anjakan paradigma pemikiran kepada produktiviti yang diiringi dengan kreativiti dan inovasi.

6. Hasrat tersebut telah ditegaskan sekali lagi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet 2010 pada Jumaat, 23 Oktober 2009 menerusi iltizam untuk membuat anjakan kepada satu bentuk ekonomi baru yang berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi agar negara kekal relevan dalam persaingan di peringkat global.�

7. Bagi menjayakan usaha tersebut, memerlukan jentera perkhidmatan awam yang bertunjangkan kepada ilmu pengetahuan yang tinggi dan berinovatif, khususnya dalam melakukan transformasi daripada ekonomi berpendapatan pertengahan kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi. Bagi menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tersebut, kita, penjawat awam perlu melipatgandakan usaha ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan dengan berfikir secara kreatif bagi menghasilkan inovasi yang boleh memberi impak berganda dalam perkhidmatan awam.

PERKHIDMATAN AWAM YANG KREATIF DAN INOVATIF BERASASKAN NILAI MURNI DAN ETIKA LUHUR

Hadirin yang dihormati sekalian,

8. Perkhidmatan awam telah menjadi tunjang kepada pembangunan negara selama lebih lima dekad. Bagi menghadapi cabaran persekitaran yang semakin kompleks, perkhidmatan awam perlu terus menerajui perubahan bagi memastikan ia sentiasa memberi sumbangan yang signifikan dalam merealisasikan agenda negara, “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

9. Justeru, kita mesti mendengar aspirasi dan harapan masyarakat, melaksanakan pembangunan dengan agresif dan sentiasa “turun padang”. Nilai yang perlu dipegang dalam melaksanakan peranan ini adalah keikhlasan dan kesungguhan. Kita harus sentiasa berpegang kepada keikhlasan dalam menjalankan tugas dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh demi kesejahteraan rakyat.

10. Berfikir dan bekerja secara kreatif akan mencerminkan bahawa sektor awam benar-benar memberi fokus kepada pencapaian terbaik. Dalam usaha mempermudah urusan pelanggan, pada pandangan saya, daya kreativiti tersebut harus diasaskan kepada nilai murni dan etika luhur.

11. Dalam hubungan ini, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian untuk kembali menghayati Tonggak 12 yang telah diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk membudayakan nilai-nilai mulia dan murni dalam Perkhidmatan Awam. Salah satu teras kepada Tonggak 12 adalah “Nikmat Mencipta”. Nikmat mencipta ini harus diiringi dengan nilai-nilai murni lain dalam Tonggak 12, iaitu ketekunan membawa kejayaan, menghargai masa, keseronokan bekerja dan kekuatan sifat baik hati.�

12. Peningkatan daya kreativiti dan inovasi dalam tugas seharian bukan sahaja dapat memberi nilai tambah kepada jabatan dan perkhidmatan awam, tetapi juga menyumbang kepada pembentukan modal insan berkualiti yang mampu menyerlahkan potensi masing-masing secara berhemah dan berintegriti. Saya yakin, jika kesungguhan, kreativiti dan inovasi untuk melaksanakan tugas bagi mempermudahkan rakyat adalah bersandarkan nilai murni dan etika luhur, maka sumbangan perkhidmatan awam akan menjadi lebih bermakna dan dihargai.�

BUDAYA KREATIF DAN INOVATIF DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Hadirin yang dihormati sekalian,

13. Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang ingin dicapai, iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, mencegah jenayah, memerangi rasuah, menaik taraf isi rumah berpendapatan rendah, menaik taraf infrastruktur asas di kawasan pedalaman dan menaik taraf sistem pengangkutan awam. Bagi mencapai hasrat tersebut, sektor perkhidmatan awam merupakan mekanisme penting yang menjadi faktor penentu kepada pencapaian 6 NKRA tersebut. Salah satu penyelesaian proaktif adalah dengan membudayakan inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam supaya kita berupaya bergerak dengan berkesan dalam fasa pelaksanaan NKRA yang menuntut komitmen penuh penjawat awam.

14. Y.A.B Perdana Menteri amat berpuas hati dengan pencapaian lebih 200 penjawat awam yang bekerja dalam 8 makmal yang bertanggungjawab terhadap program transformasi Kerajaan ini. Mereka yang terlibat telah memberikan komitmen yang tinggi dan telah bersama-sama merungkaikan serta memecahkan halangan, dengan bertujuan untuk meningkatkan penyampaian kerajaan dan memupuk budaya berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam. Seterusnya, pelan-pelan tindakan telah dan sedang dirumuskan bagi merealisasikan setiap NKRA dan inisiatif 1 Malaysia. Usaha dan pencapaian ini membuktikan bahawa penjawat awam berupaya dan berkebolehan untuk menjadi kreatif dan inovatif sekiranya diberi peluang. Syabas saya ucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam Makmal tersebut.

15. Dalam hubungan ini, saya melihat makmal-makmal tersebut sebagai Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang mengambil pendekatan “challenging the status quo”. Saya berharap kreativiti dan inovasi akan menjadi agenda utama kita, agar perkhidmatan awam mampu melahirkan modal insan menghasilkan inovasi yang boleh memberi manfaat besar kepada organisasi, masyarakat, negara mahupun ke peringkat antarabangsa. Komitmen seumpama ini mampu menyuntik motivasi di kalangan warga perkhidmatan awam untuk meningkatkan sumbangan, seterusnya berfikir secara lebih kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang inovatif dan bermakna kepada perkhidmatan awam.

16. Saya dimaklumkan bahawa johan kategori pengurusan Konvensyen KMK Kebangsaan 2008, iaitu Kumpulan EFFI TEXTS dari Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditanda aras oleh pihak Kementerian Pelajaran dari negara Singapura, Brunei, Sri Lanka dan Mesir dari aspek pengurusan pinjaman buku teks yang berkesan dengan menggunakan Sistem Pengagihan dan Pengurusan Buku Teks Sekolah yang dibangunkan sendiri. Saya juga dimaklumkan bahawa kumpulan ini telah menghasilkan penjimatan kewangan yang amat signifikan dalam jabatan sendiri dan Kementerian Pelajaran. Penandaarasan daripada agensi-agensi luar negara tersebut adalah satu pengiktirafan kepada daya cipta dan kreativiti perkhidmatan awam negara ini.

17. Kejayaan dalam penciptaan ini dan sumbangan besarnya kepada negara seharusnya turut mendorong agensi-agensi lain dalam sektor awam untuk meningkatkan kompetensi dalam daya cipta dan inovasi. Pastinya Konvensyen KIK Kebangsaan merupakan antara platform utama bagi mempromosi produk-produk inovasi yang dihasilkan dalam perkhidmatan awam.

18. Dalam hubungan ini, keperluan melaksanakan sistem ganjaran yang lebih berkesan adalah penting, di mana mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang, diberikan pengiktirafan yang bermakna dan mereka yang melakukan kesalahan, diberi balasan yang setimpal. Ini juga selaras dengan saranan Y.A.B. Perdana Menteri semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, 2 November 2009, agar Perkhidmatan Awam menitikberatkan budaya berprestasi tinggi atau “high performance culture” di setiap agensi sektor awam.

19. Pengiktirafan yang bermakna hendaklah dalam bentuk ganjaran yang lumayan dengan mengambil kira sumbangan dari segi penjimatan perbelanjaan serta penambahan kepada hasil negara, pembangunan dan penyelidikan yang berimpak tinggi serta lain-lain bentuk budaya berprestasi tinggi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

20. Dalam mendepani cabaran ekonomi baru, komersialisasi produk membolehkan perkhidmatan awam meluaskan horizon daya saingnya tanpa mengabaikan teras perkhidmatan yang bersifat service-oriented. Pengkomersilan produk KIK mampu menganjak paradigma daripada penghasilan output semata-mata, kepada penghasilan produk yang mengutamakan kecekapan kos, memberi nilai tambah signifikan kepada pelanggan dan memberikan pulangan lumayan dari segi pendapatan kepada negara, selain mengangkat martabat perkhidmatan awam di persada antarabangsa.

21. Justeru itu, saya berharap agar pameran KIK tahun ini yang menampilkan pemenang-pemenang tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya mampu mencetuskan idea kepada jabatan-jabatan lain bagaimana untuk mengintegrasikan hasil, mengadaptasi ciptaan dan menambah baik produk-produk KIK supaya penggunaannya dapat diperluaskan secara komersial. Hasil penjanaan idea-idea baru dan nilai tambah kepada perkhidmatan sedia ada, akan dapat memantapkan lagi keupayaan produk-produk KIK untuk diterima di pasaran.

22. Saya ingin menggalakkan Kumpulan-Kumpulan KIK yang belum memohon paten atau hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, agar berbuat demikian. Perkara ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi harta intelek dan menjamin ketulenan produk daripada diciplak, tetapi juga sebagai pengiktirafan kepada kreativiti dan inovasi yang telah dihasilkan. Saya berharap ia dapat menjadi titik-tolak kepada pencapaian inovasi yang bermutu tinggi dan asas kepada komersialisasi produk yang baik.

Hadirin yang dihormati sekalian,

23. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua kumpulan yang bertanding kerana mempamerkan daya juang yang tinggi untuk menyerlahkan ciptaan masing-masing. Walaupun para peserta sebenarnya telah menempa kejayaan dengan membawa kumpulan masing-masing memasuki konvensyen peringkat kebangsaan ini, tetapi pencapaian tersebut tidak seharusnya membuatkan saudara-saudari berpuas hati. Kepada kumpulan yang mencapai kejayaan dalam konvensyen ini, saya mengucapkan tahniah dan semoga kejayaan yang dicapai akan mendorong lain-lain jabatan dan agensi untuk terus mengusahakan yang terbaik.

24. Semoga konvensyen selama tiga hari ini telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh peserta-peserta, ketua-ketua jabatan dan semua yang hadir bagi menajamkan kreativiti dan meluaskan potensi inovasi dalam organisasi. Mudah-mudahan usaha murni Konvensyen pada tahun ini akan terus menempa kecemerlangan bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan ke tahap terbaik dan seterusnya menjadikan perkhidmatan awam Malaysia disanjung tinggi oleh masyarakat dan negara kerana perkhidmatannya yang cemerlang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Sekian,
Wabillahittaufiq walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Leave a Reply



eight + 3 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →