Majlis Makan Malam Sempena Program Lawatan Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam

December 5, 2009 8:26 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Yang Mulia Awang Sa Bali bin Abas
Setiausaha Tetap
Jabatan Perdana Menteri
Negara Brunei Darussalam

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam dan Malaysia,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan Nya, kita dapat bersama-sama dalam Majlis Makan Malam ini, sempena Program Lawatan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.

2. Saya, serta rakan-rakan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan rombongan Pegawai Kanan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang telah tiba sejak 2 hari yang lalu. Lawatan sebegini pastinya akan memberi banyak manfaat dalam usaha kita untuk merapatkan lagi silaturahim dan kerjasama yang sedia terjalin di antara pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari kedua-dua buah negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Peranan dan tanggungjawab Perkhidmatan Awam sebagai penggerak utama dalam usaha pembangunan negara adalah merupakan suatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Tugas kita untuk mencapai matlamat dan cita-cita negara menjadi semakin mencabar dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi masa kini, yang memerlukan kita bertindak dengan cepat dan tepat untuk berjaya dalam pasaran global yang semakin pesat dan berdaya saing. Kita juga memerlukan tindakan secara bersama dan menyeluruh, dan tidak secara bersendirian dan terpencil.

3. Dalam hubungan ini, bagi Malaysia dan negara Brunei Darussalam yang mempunyai banyak persamaan dari segi sejarah, adat resam dan budaya, di samping berada di rantau yang sama, perkhidmatan awam kedua-dua buah negara perlu bergerak seiring dan bekerjasama antara satu sama lain. Saya gembira kerana hubungan istimewa antara kedua-dua negara ini terus berkembang dan mantap di setiap peringkat dan di dalam pelbagai bidang.

4. Di peringkat tertinggi, pada setiap tahun, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertemu dan berbincang dalam rangka Rundingan Tahunan Malaysia dan Brunei Darussalam. Terbaru, Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-13 yang telah berlangsung dari 4 hingga 6 Ogos 2009 bertempat di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

5. Mekanisme peringkat tertinggi ini telah mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua buah Negara, di mana apa jua isu atau masalah dua hala yang timbul telah dapat diselesaikan secara muafakat dan dengan semangat persaudaraan yang jitu. Keadaan ini membolehkan kerjasama yang rapat dan meluas dijalinkan dalam pelbagai bidang termasuklah ekonomi dan perdagangan, pertahanan, pelancongan, pendidikan, agama, pembangunan sumber manusia, kebudayaan dan kesenian, penyiaran, sukan dan anti narkotik.

6. Sebagai pegawai-pegawai kanan di kedua-dua belah pihak, kita mempunyai peranan penting bagi memupuk dan mempertingkatkan lagi hubungan dan kerjasama tersebut. Saya percaya program pertukaran lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara negara, yang telah lama terjalin.

7. Ia juga memberi kesempatan kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam dari kedua-dua buah negara untuk saling berkenalan dalam suasana yang informal. Melalui aktiviti sukan dan rekreasi yang dimasukkan dalam program lawatan ini akan dapat mewujudkan suasana muhibah dan mesra yang akan dapat meningkatkan lagi keakraban serta semangat persaudaraan antara kedua-dua pihak. Adalah diharapkan peluang ini akan digunakan untuk berinteraksi dan mewujudkan “networking” sesama sendiri bagi meningkatkan persefahaman dan kerjasama.

Saudara-saudari sekalian,

8. Selaku tuan rumah bagi Program Pertukaran Lawatan pada tahun ini, saya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Yang Mulia Dato’-Dato’ serta Tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian dalam Program ini. Saya harap saudara-saudari telah menerima layanan yang baik. Namun demikian, saya memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau cacat cela sepanjang berlangsungnya atur cara lawatan selama 2 hari di sini.

9. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang dalam menjayakan program ini, iaitu Unit Perancang Ekonomi, MAKSAK Malaysia, PUSPANITA serta Urus setia dari Brunei Darussalam dan juga Malaysia.

10. Semoga persahabatan serta persefahaman yang telah dijalin akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi di masa-masa akan datang.

Sekian,

Wabillahhitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh.

Leave a Reply



seven + 3 =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →