Majlis Pelancaran MyID dan Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam

January 18, 2010 8:18 pm 0 comments

Share this Article

Author:

ismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Y.B. Senator Dato’ Seri Idris Jala
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YBhg Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

YBhg Datuk Normah Md Yusof
Ketua Pengarah MAMPU

YBhg Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Para hadirin yang dihormati sekalian

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin Nya jua, dapat kita bersama dengan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada hari ini, di dalam Majlis Pelancaran MyID dan Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam yang julung kalinya diadakan.
2. Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga Perkhidmatan Awam Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri, di atas kesudian untuk merasmikan Majlis pada pagi ini. Kehadiran Yang Amat Berhormat Tan Sri sesungguhnya membuktikan hubungan yang padu dan jitu di antara anggota Pentadbiran Negara dan Perkhidmatan Awam dalam meningkatkan prestasi Kerajaan selaras dengan azam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, menjanjikan sebuah pentadbiran yang akan sentiasa memberi tumpuan kepada kehendak rakyat. Turut dijanjikan ialah tahap prestasi jentera pentadbiran yang kukuh bagi memastikan bahawa kehendak rakyat tersebut benar-benar direalisasikan. Program Transformasi Kerajaan yang telah dilancarkan adalah usaha jitu ke arah memenuhi janji Kerajaan tersebut. Adalah amat perlu bagi kita, warga perkhidmatan awam, sebagai pelaksana dasar-dasar Kerajaan, mempelopori satu transformasi minda, etika kerja dan kaedah penyampaian perkhidmatan bagi mendokong agenda murni ini. Proses transformasi ini adalah penting dalam usaha kita menyediakan perkhidmatan yang melangkaui ekspektasi semua segmen rakyat dan pelanggan. Nyata bagi Perkhidmatan Awam, gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bukan sekadar satu retorik semata-mata, bahkan ianya sebagai satu tuntutan yang seharusnya ditunaikan.

4. Sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan supaya sektor awam menghasilkan inovasi sebagai langkah meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatannya, semua kementerian dan agensi Kerajaan telah diminta memperkenalkan kaedah-kaedah penyampaian inovatif yang dapat meningkatkan keselesaan rakyat semasa berurusan dengan jabatan dan agensi Kerajaan. Sehubungan ini kita dapat lihat bahawa pelbagai usaha berteraskan prinsip “delighting the customers” sedang giat dipelopori oleh agensi barisan hadapan Kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Kumpulan Wang Simpanan Kerja. Mana kala inovasi-inovasi bagi memudahkan aktiviti sektor swasta telah dilaksanakan melalui gabungan kerjasama sektor awam dan sektor swasta, termasuk melalui PEMUDAH.

Yang Amat Berhormat Tan Sri serta para hadirin sekalian,

5. Perkhidmatan Awam menyedari bahawa perkembangan dalam bidang teknologi khususnya ICT menyediakan ruang dan peluang terbaik bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Dalam hal ini, pucuk pimpinan negara sering kali menegaskan peri pentingnya Perkhidmatan Awam memanfaatkan potensi ICT agar sistem penyampaian menjadi lebih efektif, lebih menyeluruh dan lebih responsif. Dalam menyahut cabaran tersebut, Perkhidmatan Awam telah memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemudahan perkhidmatan secara online untuk keselesaan rakyat dan pelanggan. Sehingga kini Perkhidmatan Awam telah berjaya menyediakan 1,277 perkhidmatan online untuk kegunaan pelanggan dan ini akan dipertambahkan lagi.

6. Sebagai contoh, inisiatif MyBayar, yang diperkenalkan pada bulan Mac 2008, menyediakan kemudahan untuk membuat pembayaran secara elektronik, bagi perkhidmatan-perkhidmatan online yang disediakan oleh Kerajaan. Sehingga kini, terdapat sebanyak 162 perkhidmatan pembayaran menerusi perbankan Internet yang ditawarkan oleh 93 agensi Kerajaan melalui MyBayar. Inisiatif MyBayar ini membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu menghadirkan diri ke kaunter perkhidmatan. Sebaliknya mereka diberi kemudahan untuk berurusan mengikut keselesaan masing-masing sama ada dari rumah atau tempat kerja atau dari mana sahaja yang ada capaian.

7. Bagi menambahkan lagi saluran interaksi di antara rakyat dan Kerajaan, inisiatif sistem pesanan ringkas mySMS 15888 telah diperkenalkan. Dengan 1,819 perkhidmatan yang disediakan oleh 121 agensi, mySMS 15888 membolehkan Kerajaan memaklumkan kepada rakyat tentang maklumat-maklumat perkhidmatan yang disediakan. Antaranya, pemberitahuan tentang tarikh luput lesen memandu, notis bagi pungutan MyKad serta butiran aktiviti-aktiviti Kerajaan yang akan diadakan di lokasi-lokasi tertentu. Adalah diharapkan dengan adanya mySMS 15888 ini, rakyat sentiasa dimaklumkan kedudukan terkini dan tidak tertanya-tanya, bahkan lebih yakin akan ketelusan proses dan operasi Kerajaan dalam menjaga kebajikan dan keperluan mereka.

Yang Amat Berhormat Tan Sri serta para hadirin sekalian

8. Penambahan perkhidmatan online juga bermakna perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat akan dapat disediakan serta dicapai secara berterusan pada bila-bila masa, pada setiap hari, malah pada sepanjang tahun. Dan dari mana-mana sahaja baik di Malaysia atau dari luar negara. Dengan itu tidak lagi wujud akan alasan bahawa capaian perkhidmatan Kerajaan adalah terhad kepada waktu urusan pejabat semata-mata. Usaha memperkenalkan ICT seluas-luasnya akan terus diberi keutamaan. Segala inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan ini adalah usaha Perkhidmatan Awam bagi merealisasikan komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan agar kerenah birokrasi, yang sering dikaitkan dengan penyampaian perkhidmatan Kerajaan, dihapuskan, setidak-tidaknya dikurangkan dan semestinya dipermudahkan.

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

9. Perkhidmatan awam menyedari, Tahun 2010 ini merupakan tahun kritikal di mana Perkhidmatan Awam amat perlu mengorak langkah bagi melaksanakan Program Transformasi Kerajaan ke arah pencapaian matlamat petunjuk-petunjuk prestasi utama di bawah Bidang-bidang Keberhasilan Kerja yang dikenal pasti. Pada tahun 2010 juga kita akan memulakan proses persediaan dan penggubalan program-program bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh yang mana akan berteraskan pendekatan outcome-based. Perkhidmatan Awam sedar bahawa kejayaan kesemua inisiatif ini banyak bergantung kepada transformasi dalam penggemblengan pelbagai aspek pengurusan sektor awam dari segi kepimpinan, modal insan, pendekatan perancangan dan pembangunan ekonomi, struktur pentadbiran dan pengurusan prestasi.

10. Majlis perasmian dan pelancaran MyID pada pagi ini adalah pembuka tirai Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam yang julung kali diadakan. Keberkesanan pelaksanaan program-program utama Kerajaan, seperti MyID, banyak bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua ketua agensi sektor awam; dan saya berharap, berdoa dan percaya kehadiran semua pada majlis pelancaran ini akan menguatkan lagi azam dan iltizam kami kepada suatu inisiatif yang benar-benar menetapi aspirasi mendahulukan rakyat.

11. Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor yang mengumpul pemimpin-pemimpin sektor awam dan cendekiawan bertujuan mencetus idea, berkongsi amalan baik, serta membawa perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformsi Negara. Kehadiran Yang Amat Berhormat Tan Sri mewakili kepemimpinan negara untuk berkongsi pandangan, memberi kata perangsang serta menyediakan sumber bagi cetusan idea untuk perbincangan Persidangan amat dihargai dan disanjung tinggi.
12. Oleh itu, dengan penuh takzimnya, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran MyID dan Persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam.

Dipersilakan Yang Amat Berhormat.

Leave a Reply



8 × = eight

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →