Majlis Anugerah Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Jabatan Perdana Menteri

May 31, 2010 5:32 pm 0 comments
(Visited 245 times, 2 visits today)

Share this Article

Author:

TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS ANUGERAH INOVASI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2009
JABATAN PERDANA MENTERI

ISNIN, 31 MEI 2010, 2.30 PETANG, PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA

Bismillahir rahmanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

YBhg. Tan Sri Ismail bin Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

YBhg. Tan Sri-Tan Sri / Datuk-Datuk/ Datin-Datin

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat Nya, kita terus dapat menghayati dan menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang wujud pada hari ini.

2. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah mengaturkan kesempatan ini untuk kita bersama-sama meraikan pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2009.

3. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Jabatan, Agensi dan penjawat awam di bawah JPM yang sentiasa mengambil inisiatif untuk melaksanakan inovasi dan melakukan terbaik dalam organisasi masing-masing. Sebanyak 6 anugerah inovasi telah dipertandingkan, meliputi aspek Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Kewangan dan Akaun, Pengurusan Keselamatan, Pengurusan Laman Web, Pengurusan Aduan Awam dan kemuncaknya adalah Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri.

4. Di samping itu, seramai 749 penjawat awam dari 38 Jabatan dan Agensi di JPM, yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang yang melebihi kebiasaan, akan menerima APC pada hari ini. Saya percaya, yang terpilih ini adalah yang terbaik dari kalangan yang baik, dan tidak semata-mata mengikut giliran. Proses pemilihan perlulah dilakukan dengan penuh ketelitian dan ketelusan bagi mengenal pasti hanya yang benar-benar cemerlang dipilih, walaupun, sekiranya wajar, setiap tahun.

5. Oleh itu, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang perlulah menunjukkan prestasi yang cemerlang, yang boleh menjadi contoh dan dorongan kepada penjawat awam yang lain

Hadirin yang dihormati sekalian,

APA ITU CEMERLANG?

6. Pada pandangan saya, satu aspek cemerlang itu “mudah” dan “memudahkan”. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, ini bermaksud MEMUDAHKAN orang ramai untuk berurusan dengan Kerajaan, TETAPI pada masa yang sama TANPA bertolak ansur aspek INTEGRITI. Bagi mencapai tujuan tersebut, kita selaku penjawat awam, perlu faham apa kehendak pelanggan; kita perlu peka dengan setiap keluh kesah pelanggan; kita juga perlu prihatin dengan setiap aduan pelanggan. Dengan memudahkan urusan pelanggan dan lain-lain stakeholders, kecemerlangan individu atau organisasi pastinya akan terserlah.

Saudara-saudari,

7. Pada malam Rabu, 26 Mei 2010, Lembaga Hasil Dalam Negeri, LHDN, telah memenangi anugerah terunggul dan berprestij, iaitu Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2009, yang julung kali diadakan. Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf kecemerlangan LHDN dalam penghasilan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi. Perubahan yang telah dilakukan oleh LHDN meliputi pelbagai aspek. Ini termasuk perubahan sistem pentadbiran dan pengurusan cukai, kecekapan dalam pengutipan cukai, mengamalkan budaya kerja positif, penambahbaikan proses kerja dan penggunaan teknologi dalam memacu mutu perkhidmatan.

8. Namun, apa yang menarik bagi saya tentang LHDN, ialah, agensi ini telah berjaya memudahkan orang ramai untuk membayar cukai, iaitu sesuatu tanggungjawab yang kalau boleh tidak mahu dilaksanakan. Berbanding beberapa tahun lalu di mana orang ramai bersesak-sesak di Pejabat LHDN seluruh negara untuk menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan pada 30 April setiap tahun, sekarang senario tersebut telah jauh berubah dengan penyerahan Borang secara online. Cara ini bukan saja cekap, cepat dan menjimatkan masa, malah yang lebih penting, ia memudahkan. Pada saya ini adalah satu tanda Kecemerlangan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

9. Dalam konteks memudahkan urusan pelanggan, kita TIDAK PERLU kepada pelaburan yang besar, mahupun penggunaan teknologi yang mahal. Melalui penambahbaikan proses dan prosedur dalaman; serta dengan memansuhkan atau mengkaji semula peraturan-peraturan yang telah lapuk, jabatan dan agensi Kerajaan boleh memberikan impak yang signifikan kepada pelanggan.

10. Sebagai contoh, pendaftaran pindah milik tanah menggunakan Borang 14A di Pejabat Tanah, yang sebelum ini mengambil tempoh 30 hari, boleh dilaksanakan dalam hanya 1 hari. Ini dimungkinkan melalui pengamalan konsep 5S. Tiada pertambahan penjawat awam diperlukan, juga tanpa penggunaan teknologi yang mahal. Penjawat awam sedia ada dilatih untuk lebih bertanggungjawab dan berbudaya kualiti bagi menghasilkan tahap kecekapan proses yang lebih tinggi. Ini termasuk mengurangkan proses yang bertindih, yang akhirnya menjadikan proses lebih efisien dan produktif.

11. Apa yang perlu ialah perubahan minda. Dengan sedikit daya kreativiti dan inovasi, memungkinkan sesuatu yang sebelum ini sukar dilakukan, menjadi mudah; yang dulu lambat diluluskan, menjadi cepat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

LAPORAN IMD

12. Pada 19 Mei lalu, Institute for Management Development, IMD, telah mengumumkan Malaysia, negara ke-10 paling kompetitif di dunia. Prestasi ini telah melonjak dengan amat ketara berbanding nombor ke-18 pada tahun 2009. Ia meletakkan Malaysia sebaris dengan negara yang paling berdaya saing di dunia seperti Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, Switzerland, Australia dan Taiwan.

13. IMD melaporkan bagi komponen kecekapan Kerajaan, Malaysia berada di tempat ke-9, mengatasi negara-negara maju seperti Kanada, Switzerland, Denmark dan Sweden. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang berterusan dalam menambah baik serta meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan lain-lain tindakan.

14. Pencapaian ini sangatlah menggembirakan, kerana ia menunjukkan kita mampu melakukan penambahbaikan dan kita mampu bersaing di persada dunia. Namun kita tidak seharusnya merasa selesa dengan pencapaian ini. Kecekapan perkhidmatan awam perlu terus dan sentiasa dipertingkatkan. Sesuatu yang tidak ada kesudahan.

Hadirin yang dihormati sekalian

KREATIVITI DAN INOVASI

15. Anugerah Inovasi dan pewujudan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) di Jabatan merupakan mekanisme untuk menggalakkan SETIAP penjawat awam memberikan dan berkongsi idea-idea kreatif dan bernas dalam memudah cara tugas-tugas seharian supaya lebih efisien dan efektif. Ini seterusnya akan memberi impak positif kepada perkhidmatan Kerajaan, dan inilah yang dimahukan oleh rakyat.

16. Cetusan idea yang baik tidak semestinya datang dari pihak Pengurusan Jabatan, malah dari siapa sahaja. Setiap penjawat awam mempunyai peranan untuk menyumbang yang terbaik kepada kemajuan Perkhidmatan Awam dan pembangunan negara, dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Malah daripada mereka yang tidak dari penjawat awam mampu menyumbang kepada penambahbaikan. Asalkan kita terbuka untuk menerima cadangan. Itulah sebabnya kita perlu sentiasa terbuka untuk menerima cadangan.

17. Ada kalanya dalam perkhidmatan awam, inovasi tidak semestinya mencipta perkara baru atau peraturan baru. Sebaliknya, inovasi mungkin menghapuskan perkara yang lama, yang sepatutnya luput, tetapi masih juga dilakukan. Dan sekiranya kita sendiri tidak mampu mencadangkan atau tidak terfikir untuk mencadangkan, kecemerlangan boleh juga dicapai sekiranya kita pantas menghayati cadangan orang lain, dan bersetuju untuk melaksanakannya. Dengan cepat.

18. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, Jabatan Perdana Menteri dan juga pemenang Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat memastikan perkhidmatan awam terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi membolehkan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekali gus memastikan sumbangan Perkhidmatan Awam terus relevan dan diperlukan dalam memacu pembangunan negara.

Sekian,
Wabillahittaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Visited 245 times, 2 visits today)

Leave a Reply



− three = 6

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →