Sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Universiti Malaysia Kelantan Bagi Tahun 2009

June 9, 2010 5:28 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan,

Y.B. Dato’ Aiseri Mohamad
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Yang Berusaha Sdr. Makhtar bin Mustapha, Pengarah Pembangunan Persekutuan Kelantan

Ahli Lembaga Pengarah
Universiti Malaysia Kelantan

Timbalan-Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan,

Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan

Pegawai-Pegawai Kanan
Universiti Malaysia Kelantan,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan, warga Universiti Malaysia Kelantan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin Nya, kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009, Universiti Malaysia Kelantan.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Universiti di atas kesempatan bersama-sama dengan saudara-saudari pada pagi ini. Seterusnya, kepada penerima anugerah, tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan masing-masing. Saya percaya ini merupakan pengiktirafan atas daya usaha, dedikasi dan komitmen saudara-saudari dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

KEWAJIPAN STAF

3. Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menegaskan komitmen bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi serta berpaksikan keutamaan kepada rakyat. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan setiap anggota perkhidmatan awam untuk merealisasikan komitmen “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Ini merupakan agenda pentadbiran negara masa kini bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan Misi Nasional.

4. Perkhidmatan Awam telah mengalami banyak perubahan pada masa ini sejajar dengan ekspektasi dan kehendak stakeholders yang tinggi. Ini adalah bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan dan mampu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

5. Sejajar dengan ini, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), saya percaya komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti. UMK perlu membuktikan kewujudannya adalah relevan kepada masyarakat serta mampu melaksanakan peranan penting dalam membimbing dan membentuk struktur masyarakat baru dengan pelbagai cabaran di era globalisasi ini.

6. Warga UMK perlu lebih cekap, berkesan, responsif, berani berubah serta peka kepada perubahan semasa untuk menangani persaingan dari dalam dan luar organisasi. Setiap kita perlu memantapkan daya saing dan keupayaan diri melalui penguasaan dalam ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan. Dengan sumber manusia yang kompeten, segala permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh Universiti akan dapat ditangani. Dalam hal ini kita perlu mengamalkan tahap disiplin yang tinggi, mempunyai kredibiliti, berinovasi serta mempunyai kemantapan nilai dan etika.

7. Semua ciri kecemerlangan seperti yang disebutkan tadi amat bertepatan dengan nilai teras UMK sebagai sebuah organisasi yang bertemakan Universiti Keusahawanan atau Entrepreneurial University. Pembudayaan ciri keusahawanan di kalangan kita tidak merugikan sesebuah organisasi kerana aspek keusahawanan juga amat relevan kepada penjawat awam dan tidak terhad kepada sektor swasta sahaja.

8. Terdapat pelbagai elemen positif berhubung aspek keusahawanan yang boleh diamalkan untuk mewujudkan persekitaran dan budaya kerja cemerlang. Antaranya ialah kreatif, inovatif, bijak mengambil peluang, berwawasan, memiliki dorongan dalaman, tidak mudah berputus asa dan berani mengambil risiko.

Saudara-saudari sekalian,

STAF YANG KREATIF & INOVATIF

9. Peranan institusi pengajian tinggi adalah cukup kritikal bukan sahaja sebagai pemacu kegemilangan tradisi kesarjanaan tetapi juga dalam mewujudkan ekosistem intelektual yang kondusif ke arah penerokaan dan penjanaan kreativiti yang akhirnya melahirkan inovasi dan penciptaan nilai tambah untuk menjayakan agenda pembangunan negara.

10. Peranan dan sumbangan institusi pengajian tinggi seperti UMK harus juga dijajarkan dengan perkembangan dan hala tuju strategik Kerajaan masa kini. Kita sedia maklum bahawa agenda transformasi negara adalah berlandaskan 4 tonggak utama, iaitu Gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme – GTP), Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 yang akan dilancarkan esok, hari Khamis, 10 Jun 2010.

11. UMK dan institusi pengajian tinggi yang lain memikul tanggungjawab yang berat sebagai sumber utama bagi penjanaan modal insan yang dapat memenuhi keperluan strategik negara sebagaimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

12. Sebagai institusi yang meletakkan aspek keusahawanan sebagai nilai terasnya, peranan UMK dilihat lebih kritikal dalam menjayakan 2 Inisiatif Pembaharuan Strategik Model Baru Ekonomi, iaitu ‘Menyuburkan Kembali Sektor Swasta’ dan ‘Membangunkan Tenaga Kerja Berkualiti dan Mengurangkan Kebergantungan Kepada Pekerja Asing’. Salah satu pendekatan ke arah mencapai hasrat ini ialah pemantapan kolaborasi strategik antara UMK dengan pihak industri dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

13. Pembangunan tenaga kerja berkualiti amat bergantung kepada penyediaan persekitaran pembelajaran yang sesuai di institusi seperti UMK yang dapat mendorong semangat keusahawanan, risk taking, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajarnya.

14. Institusi seperti UMK perlu juga memperkasa keupayaan untuk menyokong usaha negara membuat peralihan pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi melalui program penyelidikan dan pembangunan serta aplikasi inovasi dan kreativiti secara intensif. Ini bagi menjana nilai ditambah dalam sebarang kegiatan ekonomi ataupun dalam sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

15. Sementara penekanan yang tinggi diberikan kepada usaha-usaha membudayakan kreativiti dan inovasi dalam agenda transformasi negara, prestasi Malaysia dalam aspek-aspek berkenaan masih boleh diperbaiki. Mengikut Indeks Pembangunan Pengetahuan atau Knowledge Development Index tahun 2008 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Malaysia menduduki tempat yang ke 17 di kalangan 22 negara yang mengambil bahagian.

16. Perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilihat dari segi peratusan KDNK negara sebanyak 0.6 peratus pada tiga tahun yang lepas masih jauh lebih rendah berbanding Jepun 3.3 peratus, Amerika Syarikat 3 peratus dan Korea 2.9 peratus. Begitu juga jika dilihat dari segi patents in force, kedudukan Malaysia yang berada pada tahap 36 bagi setiap 100,000 penduduk adalah masih jauh ke belakang berbanding Jepun 879 dan Singapura 970.

17. Justeru, negara perlu membina asas yang kukuh untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C). Transformasi negara perlu meletakkan agenda peningkatan ilmu dan pemerkasaan daya intelek di tempat yang utama. Strategi yang efektif perlu dibentuk bagi memperoleh harta intelek dan kepakaran global melalui jaringan pintar antarabangsa yang kukuh dan meluas. UMK dan institusi pengajian tinggi yang lain harus menunaikan tanggungjawabnya ke arah matlamat ini.

18. Dalam menyediakan penyelesaian kepada sebarang isu dan masalah yang ingin ditangani, kita hendaklah sentiasa mengambil pendekatan yang inovatif dan kreatif. Ini adalah kerana produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Pendekatan inovatif dan kreatif bukan saja membabitkan penyelidikan dan pembangunan, malah boleh dilaksanakan dalam pentadbiran awam, umpamanya dalam kaedah penyelesaian masalah dan proses kerja.

19. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari The London School of Economics (LSE) pada tahun 2006 mengenai inovasi di Central Government, United Kingdom mendapati sumbangan golongan akademia dalam menyalurkan idea kreatif dan inovatif untuk sektor awam di negara tersebut berada di tahap minimum.

20. Kajian yang melibatkan survei ke atas 27 agensi Kerajaan itu mendapati sumbangan terbesar idea-idea baru di kalangan agensi-agensi Kerajaan di Negara tersebut datangnya dari pihak pengurusan atasan, diikuti oleh pengurusan pertengahan, frontline staff, pelanggan serta rakan-rakan kongsi organisasi tersebut.

21. Kita berharap situasi ini adalah lebih baik di negara kita. Dalam pertemuan dengan barisan profesor dan tokoh-tokoh keilmuan pada awal tahun ini, YAB Perdana Menteri telah menegaskan mengenai peri pentingnya golongan intelektual ini berperanan sebagai pemangkin daya kreativiti dan inovasi. Kita mengharapkan para cerdik pandai yang ada dapat meningkatkan keupayaan menterjemah idea, teori dan ilmu kepada penghasilan produk dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan serta memberi nilai tambah. Seperti yang dihujahkan oleh Lewitt (2003): Ideas are useless unless used. The proof of their value is in their implementation. Until then they are in limbo.

22. Saya percaya semua staf UMK dalam IPTA yang masih muda, merentasi pelbagai skim dan gred perkhidmatan, sentiasa bertindak secara kreatif serta berfikir “di luar kotak”, terutama dalam usaha penambahbaikan proses kerja yang mampu meningkatkan produktiviti, kepuasan pelanggan dan kecemerlangan prestasi. Hasil dari proses kreativiti, pelbagai idea dan strategi boleh direalisasikan dalam pelbagai bentuk produk, sistem atau proses kerja baru yang boleh dilaksanakan.

23. Sebagai contoh, hasil pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan staf UMK telah dapat membangunkan sistem e-Mesyuarat atau e-Meeting di mana tugasan pengurusan mesyuarat akan diselaraskan dengan lebih cekap dan bersistematik, terutama berkaitan rekod dan rujukan dokumentasi. Tahniah diucapkan atas usaha yang telah dijalankan ini, dan diharapkan proses kreativiti dan inovasi ini akan sentiasa diamalkan oleh semua warga UMK.

BUDAYA BERPRESTASI TINGGI

24. Saya berharap warga UMK akan terus berusaha untuk menerapkan budaya berprestasi tinggi atau high performance culture dalam organisasi. Sekiranya kita tidak menitikberatkan budaya berprestasi tinggi, negara tidak akan dapat membangun serta memacu ke hadapan dalam memenuhi aspirasi untuk menjadi negara maju.

25. Penetapan petunjuk prestasi utama, atau KPI, merupakan salah satu mekanisme pengukuran yang jelas bagi memudahkan proses benchmarking dan penambahbaikan. Pengukuran petunjuk prestasi ini juga telah menjadi asas kepada penganugerahan atau pengiktirafan kepada staf yang telah menunjukkan kecemerlangan.

26. Selain dari pengukuran prestasi perkhidmatan, amalan kerja yang baik dan beretika juga perlu dibudayakan. Antaranya ialah ketepatan masa, ketelitian dalam melaksanakan tugas, pantas membuat keputusan dan juga pantas dalam mengambil tindakan. Dengan amalan prinsip kerja seumpama ini, kita pasti akan dapat menghasilkan outcome atau keberhasilan mutu kerja yang berkualiti dan cemerlang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

27. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Universiti Malaysia Kelantan bagi tahun 2009.

28. Semoga kejayaan dan komitmen saudara-saudari dapat menjadi contoh serta dorongan kepada staf yang lain bahawa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diadakan setiap tahun bagi Universiti ini bukan sahaja dilihat sebagai satu program pengiktirafan, tetapi juga sebagai satu kaedah galakan ke arah kemantapan produktiviti dan kualiti perkhidmatan di warga UMK.

Dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply



4 − one =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →