Majlis Penghargaan Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

June 22, 2010 5:22 pm 0 comments
(Visited 194 times, 1 visits today)

Share this Article

Author:

Bismillahirrahmaanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’ Sri, Datin Sri-Datin Sri, Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan serta para hadirin yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia Nya dapat kita bersama-sama hadir dalam Majlis Penghargaan bagi meraikan Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, sempena persaraan beliau dari Perkhidmatan Awam pada hari Khamis, 1 Julai 2010, yang juga merupakan ulangtahun kelahiran beliau yang ke-60, Insya Allah.

2. Kami amat mengalu-alukan kehadiran serta mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam kerana sudi memenuhi undangan kita pada malam ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

3. Masa begitu pantas berlalu. Kesibukan tugas harian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak perasan dan merasai yang waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, iaitu jawatan yang disandang beliau sejak tahun 2005.

4. Mungkin majlis pada malam ini boleh mengimbas kembali memori dan kenangan Y. Bhg. Tan Sri sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, yang bermula pada 7 April 1972, iaitu menjangkau 38 tahun 2 bulan dan 15 hari pada hari ini. Sesungguhnya pertemuan pada malam ini adalah penting dalam konteks mengukuhkan semangat setia kawan, kerjasama yang berterusan antara kita yang mendukung aspirasi, visi dan misi menjadikan Perkhidmatan Awam Malaysia yang terunggul di rantau ini.

5. Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam merupakan penjawat awam contoh yang patut diteladani kerana telah memberikan perkhidmatan yang penuh komited, dedikasi dan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Mempunyai perwatakan yang ceria dan sentiasa tersenyum, beliau tangkas dalam pemikirannya serta pantas dalam tindakannya, selaras dengan perwatakan high thinking, high doing.

6. Pada hemah saya, dalam tempoh 5 tahun sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam telah berjaya membawa perkhidmatan awam Malaysia ke landasan kecemerlangan yang menyokong pembangunan negara. Sumbangan jasa Yang Berbahagia Tan Sri mencurahkan bakti menerajui Jabatan Perkhidmatan Awam amatlah dihargai. Beliau berjaya melakukan transformasi dalam perkhidmatan awam serta menjadi inspirasi kepada semua penjawat awam untuk meningkatkan pengetahuan, inovasi, kompetensi, dan akauntabiliti serta bertindak proaktif dan fleksibel mengikut tuntutan perubahan persekitaran dan hala tuju negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

7. Mutakhir ini kerajaan telah memperkenalkan pelbagai usaha untuk memesatkan pembangunan negara serta memenuhi kepentingan rakyat seperti Gagasan 1Malaysia, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, dan pada 10 Jun yang lalu, Rancangan Malaysia Ke-10 telah dibentangkan. Usaha-usaha ini menuntut kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih mantap dan berkualiti bagi memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan.

8. Perkhidmatan awam kini perlu menggiatkan usaha dan menjadi pemudah cara kepada aktiviti sektor swasta, NGO dan rakyat keseluruhannya. Untuk berbuat demikian, penjawat awam tiada pilihan lain kecuali meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di samping mengubah persepsi dan sikap agar bersifat terbuka, berinisiatif untuk melakukan inovasi serta berani melakukan perubahan. Oleh itu, perkhidmatan awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam khasnya, sebagai salah satu agensi terpenting dalam pelaksanaan agenda negara perlu terus menerokai, mengharungi dan melaksanakan perubahan secara drastik selaras dengan tuntutan semasa dan ekspektasi rakyat dan stakeholders yang semakin pandai dan pantas menilai kualiti dan kecekapan perkhidmatan awam.

9. Bagaimanapun, tugas mengemudi perkhidmatan awam dengan lebih 1.2 juta anggota bagi memenuhi aspirasi negara serta permintaan masyarakat yang sentiasa berubah bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam mengubah hala tuju jentera perkhidmatan awam selaras dengan keperluan yang sentiasa berubah, bukan suatu yang mudah sepertilah juga tidak akan mudah untuk mencari seorang pemimpin seperti Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam.

10. Namun, kita perlu menerima hakikat kehidupan ini bahawa setiap kita akan bersara daripada perkhidmatan dan dengan itu kepimpinan akan terus silih berganti. Adalah menjadi harapan kita agar pemimpin yang silih berganti ini akan berupaya menerajui perubahan sepertimana yang telah dilakukan Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam. Dan, saya berdoa ke hadrat Ilahi dan saya percaya pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam yang mendatang akan dapat melakukannya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Sesungguhnya, sumbangan Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam dalam menerajui perkhidmatan awam ini dan komitmen beliau terhadap usaha kerajaan melaksanakan inisiatif modernisasi dengan mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cekap, berkesan, responsif, fleksibel dan berani berubah, sangat dihargai oleh kepimpinan negara dan penjawat awam.

12. Adalah diharapkan, persaraan Yang Berbahagia Tan Sri dari perkhidmatan awam bukanlah suatu noktah kepada beliau untuk terus berbakti kepada negara tercinta. Sokongan serta idea Yang Berbahagia Tan Sri untuk memajukan perkhidmatan awam masih diharapkan atas kapasiti beliau sebagai seorang yang berpengalaman dalam kitaran perjalanan perkhidmatan awam.

13. Dalam kehidupan, kita sering mendengar ungkapan, “Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.” Begitu juga dalam perkhidmatan, yang penting bukan berapa lama kita berkhidmat, tetapi bagaimana kita berkhidmat dan bagaimana kita mencurahkan khidmat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

14. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Sri Norshaadah Mohd Nor, srikandi yang sentiasa menyokong dan mendokong perjuangan Yang Berbahagia Tan Sri Ismail Adam atas tanggungjawab yang diamanahkan kerajaan dan rakyat kepadanya.

15. Saya jarang sekali hendak berpantun namun demi seorang sahabat seperjuangan dalam perkhidmatan awam, saya akan menyampaikan dua rangkap pantun berikut:

Tan Sri Ismail Adam amat disenangi
Mudah bicara menjadi teman
Jasamu Tan Sri kami sanjungi
Akan dikenang sepanjang zaman.

Di Tanjung Karang tempat dilahirkan
Di Putrajaya pemimpin berjasa
Tan Sri dan Puan Sri, kami doakan
Semoga berbahagia, sejahtera, dan sihat sentiasa.

Sekian,
Wabilahittaufik walhidayah
Wassalammualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

(Visited 194 times, 1 visits today)

Leave a Reply



2 + six =

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →