Sempena Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang Kali Ke-8 Tahun 2010

September 28, 2010 12:27 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmaanir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Asariah binti Meor Shaharuddin
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

Yang Berbahagia Dato’ Shagul Hamid bin Abdullah
Ketua Pengarah Biro Tatanegara,

Yang Berbahagia Dato’ Misrah bin Haji Ibrahim, Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Yang Berusaha Tuan Haji Rodzli bin Hashim, Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Malaysia,

Saudara-saudari para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis pada pagi ini, sempena Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang kali ke-8 tahun 2010.

2. Memandangkan kita masih lagi dalam suasana sambutan Aidilfitri saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada semua yang hadir.

3. Terima kasih juga diucapkan kerana memberi peluang kepada saya pada hari ini, untuk bersama-sama dengan sekumpulan guru yang diiktiraf tahap pengetahuan, kemahiran dan kepakaran mereka dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, serta sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang secara berterusan. Kepada saudara-saudari sekalian Guru Cemerlang, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pengiktirafan ini dan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan saudara-saudari.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Seperti dalam bait, saya hampir-hampir menggantikan Hulu Terengganu dalam sajak itu dengan Cherok Paloh.

4. Begitulah antara bait-bait ungkapan hikmat Sasterawan Negara Usman Awang dalam sajak beliau bertajuk “Guru O Guru”, yang mana saya percaya nukilan yang amat bermakna ini adalah tidak asing lagi dan sentiasa tersemat di dalam sanubari, semua kita yang bergelar guru.

PERANAN GURU CEMERLANG

5. Sememangnya profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang sepatutnya disanjung tinggi. Guru, sebagai pembimbing dan pemegang amanah ibu bapa, hatta sebagai pemegang amanah negara, untuk mendidik anak-anak, modal insan negara, adalah satu kerjaya yang mulia serta menepati konsep “amal soleh”. Usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dan seterusnya pemimpin yang berkaliber, berkualiti dan berintegriti tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong oleh kesungguhan guru-guru dalam menggalas tanggungjawab dengan penuh ikhlas, komited dan beramanah.

6. Maka peranan Guru Cemerlang adalah lebih penting dan utama lagi, yang dihasratkan sebagai pakar rujuk, role model, mentor serta jurulatih kepada para guru, pelajar dan murid. Guru Cemerlang bukan sahaja untuk membangun serta menyumbangkan khidmat kepakaran subjek di sekolah mereka sedang berkhidmat, malah hendaklah turut menyumbang khidmat bimbingan di lain-lain sekolah di persekitaran daerah dan di luar daerah.

7. Saudara-saudari merupakan rakan pembimbing kepada guru-guru lain serta menjadi guru yang boleh diteladani oleh rakan sejawat. Maka kita hendaklah sentiasa berkongsi kepakaran dan pengalaman bagi meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja dalam subjek kepakaran masing-masing, tetapi lebih dari itu, iaitu dalam memupukkan sifat-sifat jati diri kecemerlangan, walau apa pun pentakrifannya kecemerlangan itu.

Hadirin yang dihormati sekalian,

GURU SEBAGAI TONGGAK PEMBAGUNAN NEGARA

8. Profesion keguruan merupakan tonggak yang amat penting dalam usaha Kerajaan menjayakan agenda pembangunan serta transformasi negara ke arah lebih berdaya maju dan berdaya saing. Aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berdaya saing dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, menuntut satu pendekatan baru yang holistik bagi membolehkan kita bertindak balas dengan lebih cepat kepada persekitaran global yang dinamik serta kompetitif.

9. Dalam hubungan ini, Pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA di bawah Program Transformasi yang diusahakan oleh Kerajaan dan dipelopori oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kita. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses lengkap membentuk modal insan yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing, dan berdaya tahan. Sejauh mana kejayaan kita membina generasi yang berminda kritis, berjiwa penyelidikan dan pembangunan, berani mencuba sesuatu yang baru, kreatif dan inovatif serta memiliki kualiti peribadi yang unggul adalah faktor penentu sama ada negara kita mampu bersaing dengan negara lain di persada antarabangsa. Tanpa modal insan yang mantap lagi padu, bukan sahaja bangsa menjadi mundur, malah sesebuah tamadun mungkin mengalami kemerosotan daya saing secara total.

10. Dalam hal ini, pendidikan menjadi wahana utama dalam menjayakan agenda negara. Pelajar-pelajar di semua peringkat perlu diberikan pendidikan yang lengkap lagi sempurna dalam usaha membina budaya baru yang berani berlumba, membina prestasi serta memiliki merit hingga dapat bersaing dan bertanding dengan yakin di peringkat antarabangsa.

11. Justeru, warga pendidik, merupakan golongan barisan hadapan paling penting dalam usaha membina generasi masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang. Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik agar dapat membantu proses pembinaan negara bangsa yang berjati diri. Seseorang guru hendaklah mempunyai ciri-ciri interpersonal yang baik, profesional dan intelektual, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Pada hemah saya, semua ciri ini adalah penting bagi melahirkan seseorang guru yang berkesan, berwibawa dan berketerampilan dalam menjayakan proses pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan ia bukanlah suatu yang mudah, namun kecemerlangan masa depan negara bangsa menuntutnya, bukan sahaja di kalangan guru-guru yang bergelar cemerlang tetapi sebagai satu kelaziman, sebagai satu kebiasaan, “a given” di kalangan guru-guru.

Para hadirin yang dihormati,

12. Inovasi dan kreativiti adalah merupakan tambah nilai yang penting dalam menjayakan transformasi negara yang dihajatkan. Keupayaan “berfikir di luar kotak” dalam mencari penyelesaian yang kreatif kepada sesuatu permasalahan hendaklah sentiasa digalakkan dan diamalkan. Guru mempunyai peranan dalam memupuk amalan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar dari peringkat persekolahan lagi. Guru boleh menentukan sejauh mana sesuatu inovasi dapat dilaksanakan secara berkesan di bilik darjah, dalam memupuk “the inquisitive mind”. Sesungguhnya, falsafah dan kurikulum pendidikan yang baik sahaja tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya ia gagal diterjemahkan secara berkesan di dalam bilik darjah.

13. Amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui pedagogi berkualiti dan beretika pastinya akan melahirkan murid yang berilmu, berkemahiran dan kreatif serta memiliki jati diri yang kukuh. Saya berharap guru-guru mengamal budaya yang menggalakkan elemen inovasi dan kreativiti, serta sentiasa bersedia untuk meneroka ilmu-ilmu baru. Jadikan kreativiti dan inovasi sebagai budaya kerja yang mapan. Keupayaan untuk melakukannya pasti akan membawa perubahan dan penambahbaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Ini sudah tentu akan memberikan impak yang besar kepada usaha membina modal insan yang berkualiti, dan membina budaya yang mementingkan merit.

Sudah pun ada dewasa ini, sekolah-sekolah awam yang menepati ciri-ciri ini di mana ibu-bapa mahukan anak-anak mereka dan anak-anak juga turut berebut-rebut untuk mendapat pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. Di mana sekolah-sekolah ini menjadi pilihan utama, mungkin lebih menarik dari sekolah-sekolah antarabangsa atau lain-lain sekolah swasta, sebagai tempat menimba ilmu. Cabaran kita adalah bagaimana kita dapat melahirkan lebih banyak sekolah-sekolah cemerlang seperti ini, lebih ramai guru-guru cemerlang tanpa mereka perlu diklasifikasikan sebagai sekolah cemerlang atau guru cemerlang, tetapi mereka sebenarnya cemerlang kerana mereka menyemaikan ciri-ciri kecemerlangan, dan ia dilakukan sebagai satu kelaziman.

Saudara-saudari sekalian,

GURU MEMUPUK PERPADUAN

14. Tema persidangan pada kali ini, iaitu “Permuafakatan Pendidikan Merealisasikan Negara Bangsa”, adalah selari dengan gagasan “1 Malaysia” yang dihasratkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Hasrat “1 Malaysia” ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan kesaksamaan. Tidak ada sesiapapun akan terpinggir dalam merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan keupayaan dan potensi masing-masing. Jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan.

15. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang. Sememangnya pada setiap guru, bukan sahaja di kalangan Guru Cemerlang, tetapi di setiap guru, disandarkan harapan tinggi menggunung dalam usaha membantu Kerajaan membina Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsan serta melahirkan sebuah negara dan rakyat yang berkualiti dan terbilang.

16. Guru Cemerlang hendaklah sentiasa dapat menerapkan nilai perpaduan di kalangan murid yang berbilang kaum menerusi set pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Tugas ini lebih mudah dilakukan apabila Guru Cemerlang sedia menjalin usaha sama dan perkongsian pintar. Justeru, tahniah saya ucapkan kepada Majlis Guru Cemerlang Malaysia dan Biro Tatanegara kerana telah menganjurkan persidangan ini.

17. Melalui semangat permuafakatan dengan Biro Tatanegara dalam menggerakkan program dan aktiviti membina negara bangsa, saya percaya kewibawaan Guru Cemerlang akan dapat dipertingkatkan, bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, tetapi membantu dalam membina negara bangsa di peringkat sekolah.
Hadirin yang saya hormati,

18. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Guru Cemerlang, Biro Tatanegara, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Kementerian Pelajaran Malaysia atas kesudian menjemput saya merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang kali ke-8 ini. Sekalung ucapan tahniah dihulurkan kepada semua yang terlibat kerana telah menunjukkan semangat permuafakatan yang jitu sehingga berjaya menganjurkan persidangan ini dengan lancarnya. InsyaAllah.

19. Besar harapan saya agar semua Guru Cemerlang yang berkampung di Akademi Kenegaraan ini akan menggunakan kesempatan bersama-sama di sini untuk melakukan perkongsian pintar dalam suasana permuafakatan dan semangat “1 Malaysia”. Saya juga berharap agar semua matlamat persidangan seperti yang digambarkan menerusi tema persidangan ini dapat direalisasikan oleh saudara-saudari apabila pulang ke sekolah masing-masing kelak.

20. Akhir kata, dengan lafaz kalimah suci, Bismillahir rahmaanir rahim, saya merasmikan Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang kali ke-8 tahun 2010.

Sekian,

Wabillahittaufik walhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Leave a Reply



+ seven = 12

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →