Ucapan Aluan KSN Sempena Majlis Perasmian Kampus INTAN Sabah oleh Y.A.B. Perdana Menteri

September 16, 2010 12:26 pm 0 comments

Share this Article

Author:

Bismillahir rahmannir rahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia

Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah

Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah

Menteri-Menteri Kabinet Negeri

Pembantu-Pembantu Menteri
Y. Bhg. Dato’ Sri Abu Bakar Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Y.B. Datuk Sukarti Wakiman
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Y. Bhg. Dato’ Muhammad Hatta Ab. Aziz , Setiausaha Persekutuan

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang hadir pada petang ini.

2. Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, atas limpah kurnia dan izin-Nya jua, kita dapat berkesempatan untuk bersama-sama pada petang ini. Majlis ini pastinya menjadi satu detik yang bersejarah kepada perkhidmatan awam dan juga Institut Tadbiran Awam Negara, INTAN, kerana sebentar lagi Y.A.B. Perdana Menteri akan menyempurnakan perasmian Kampus INTAN Sabah.

3. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.A.B. Perdana Menteri atas kesudian melapangkan masa untuk merasmikan Kampus INTAN Sabah meskipun mempunyai jadual yang begitu padat dalam lawatan beliau ke negeri Sabah pada kali ini.

4. Lebih istimewanya, perasmian Kampus INTAN Sabah dilaksanakan pada 16 September, iaitu Hari Malaysia. Secara simboliknya, kehadiran Y.A.B. Perdana Menteri bagi merasmikan bangunan Kampus INTAN Sabah pada hari ini mencerminkan komitmen kepimpinan negara yang begitu tinggi terhadap peranan institusi perkhidmatan awam, khususnya institusi latihan modal insan, sekaligus merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan dan peranan anggota perkhidmatan awam dalam pembangunan negara.

Y.A.B. Perdana Menteri serta para hadirin yang dihormati sekalian,

5. Institut Tadbiran Awam Negara di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab memberikan latihan kepada penjawat awam. Ia mempunyai peranan untuk memperkayakan pengetahuan, menyalurkan maklumat mengenai perkhidmatan, memantapkan kemahiran dan membina sahsiah serta karakter penjawat awam. INTAN merupakan institusi latihan utama dalam perkhidmatan awam yang telah menggalas tugas bagi membangunkan modal insan sektor awam dengan penuh gigih dan profesional dari dahulu hingga kini.

6. Sejak awal penubuhannya pada 1 September 1972 di Petaling Jaya, diikuti dengan perasmian kampus utama di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 22 Oktober 1984, dan kemudian penubuhan kampus-kampus wilayah di Semenanjung, Sarawak dan Sabah, INTAN tidak pernah menoleh ke belakang dalam usaha menempa dan menggilap perwatakan, pengetahuan serta kemahiran anggota perkhidmatan awam. Menerusi latihan berkualiti dalam pelbagai bidang strategik yang menjadi fokus utamanya, INTAN terus melangkah ke hadapan dalam merealisasikan hasrat perkhidmatan awam untuk melahirkan modal insan yang berfikir dan berprestasi tinggi bagi menjayakan segala agenda pembangunan negara.

7. Kampus INTAN yang baru ini telah dibina di atas tanah seluas 80 ekar sumbangan Kerajaan Negeri Sabah dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120juta. Kampus ini telah siap dibina pada 15 September 2008.

8. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas bantuan dan sokongan yang diberikan sehingga siap terbinanya Kampus INTAN Sabah ini.

9. Kursus pertama telah dilaksanakan pada 5 Januari 2009, dan sejak itu sehingga bulan Ogos tahun ini, seramai 6,428 orang pegawai dan kakitangan awam telah berjaya mengikuti pelbagai kursus dan program latihan di kampus ini.

10. Kewujudan INTAN Sabah, selain menyediakan peluang latihan untuk penjawat awam, turut dapat membantu mempertingkatkan integrasi nasional melalui pengukuhan jalinan perpaduan dan budaya di kalangan pegawai dan kakitangan dari Semenanjung dan Sarawak yang berpeluang menghadiri kursus secara bersama di INTAN Sabah. Dalam hal ini, keputusan Kerajaan untuk menubuhkan cawangan INTAN di Sabah adalah tepat dan bersesuaian dengan permintaan semasa, iaitu bagi memastikan penjawat awam di Sabah dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan berpeluang mengikuti program-program latihan berkualiti, sama seperti rakan-rakan mereka di Semenanjung.

11. Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menggalakkan semua penjawat awam, khususnya di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, agar mengambil peluang menerusi penubuhan Kampus INTAN Sabah ini untuk menghadiri program-program latihan yang telah dijadualkan sepanjang tahun. Saya yakin dengan prasarana yang serba canggih dan moden, ditambah dengan tenaga pengajar yang kompeten dalam bidang masing-masing, INTAN Sabah mampu untuk memenuhi keperluan latihan penjawat awam di negeri ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Cabaran getir yang dihadapi pada hari ini sememangnya menuntut perkhidmatan awam untuk melipatgandakan usaha supaya dapat melaksanakan amanah bagi menjayakan agenda kemajuan negara. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan setiap anggota perkhidmatan awam untuk merealisasikan komitmen “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan serta Model Baru Ekonomi yang merupakan tonggak kepada pentadbiran negara masa kini, ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

13. Perencanaan yang dibentangkan oleh Kerajaan tidak harus tinggal sekadar retorik semata-mata, sebaliknya merupakan tuntutan yang seharusnya kita realisasikan. Dalam hal ini, INTAN mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan perkhidmatan yang amat penting, iaitu melahirkan penjawat awam yang berpengetahuan luas, berkeyakinan tinggi, prihatin dan bijaksana dalam berurusan dengan rakyat. INTAN juga akan terus melaksanakan peranannya bagi memperkasakan penjawat awam dengan ciri-ciri keperibadian unggul, kompetensi yang membanggakan dan tahap profesionalisme yang tinggi demi menjayakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat serta negara.

14. Semoga dengan penubuhan Kampus INTAN Sabah ini, penjawat awam di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tidak kira sama ada dari perkhidmatan Persekutuan mahupun Negeri serta Badan-Badan Berkanun, akan mendapat manfaat daripada program-program latihan yang disediakan.

15. Akhir kata, sekali lagi saya mewakili warga perkhidmatan awam ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia atas kesudian Y.A.B. Dato’ Sri menyempurnakan perasmian bangunan Kampus INTAN Sabah pada petang yang bersejarah ini.

Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Leave a Reply



− four = 2

Categories

  • Speeches

    UM LEAD SHARING ON PURPOSEFUL AND PRINCIPLED LEADERSHIP COURSE

    Thursday, 30 November 2023 UM LEAD – Centre for Leadership and Professional Development, Universiti Malaya   I must thank Datuk Dr Anis for inviting me to share my “personal journey on providing leadership and in particular in promoting integrity”. 2. I recall meeting Dr Anis then with IIM when he came to tutor the Chairman of IIM at the KSN’s official residence in November 2006 on what I was expected to say and do in relation to that year’s CPI […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL TAHUN 2023 PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) – WACANA INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SIRI 3 TAHUN 2023

    INTEGRITI – PERLUKAH ANDA DIPERHATI? 16 November 2023 Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Warga Keluarga Kementerian Pendidikan Tinggi yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya jua kita diberi kesempatan untuk berkumpul dalam majlis yang pada saya amat bermakna pada pagi ini bersempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi. 2. Peranan Saudara-saudari sekalian sangat penting. Bukan semasa-mata sebagai pemimpin dan barisan pelapis […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2022

    7 Jun 2023 Millennium Ballroom 1, Le Méridien, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, Rakan-rakan media, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita dapat bersama-sama pada hari ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) […]

    Read more →
  • Speeches

    EXECUTIVE TALK AT THE NATIONAL RESILIENCE COLLEGE PUTRAJAYA “EMPOWERING GOOD GOVERNANCE IN THE PUBLIC AND PRIVATE ADMINISTRATION – ISSUES AND CHALLENGES.”

    28 March 2023 National Resilience College Precinct 1, Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, A very good morning, And Salam Malaysia Madani, YBhg Major General Datuk Haji Mohd Nizam Haji Jaffar, Commandant of the National Resilience College, YBhg Brigadier General Dato’ Norsham Md Tap, Deputy Commandant of the National Resilience College, YBhg Major General (R) Dato’ Abdul Rahim Mohd Yusuff, Head of Academics, and Gentlemen. It is an honour and a pleasure to be with all of you today, at the […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA JABATAN AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    15 Disember 2022 Kenyir Ballroom 2, Tingkat 2, Hotel Doubletree By Hilton Lakeside Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Tan Sri, Dato Sri’, Datuk-Datuk dan Dato’-Dato’, Ketua dan Wakil Ketua Jabatan Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. 2. Pertama-tama sekalinya saya bersyukur kita dapat bermesyuarat pada pagi ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada […]

    Read more →
  • Speeches

    OPENING REMARKS MESYUARAT KOORDINASI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN BERSAMA DENGAN KETUA-KETUA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN SELIAAN

    23 Jun 2022 Selangor Meeting Room Putrajaya Marriot Hotel   Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Dihormati Barisan Pesuruhjaya EAIC, Yang Berbahagia Dato Sri’-Dato’ Sri dan Datuk-Datuk, Ketua dan Wakil Ketua Agensi-agensi Penguatkuasaan Seliaan, Yang Berusaha Puan Norhayati Ahmad, Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif EAIC, serta Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bersama-sama bertemu di pagi ini. 2. Pertama-tama sekalinya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ketua dan Wakil Ketua Agensi-Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →
  • Speeches

    PERSIDANGAN PENGURUS KANAN DAN JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2022

    MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERKAITAN AIR SESI I TAJUK – PERKHIDMATAN AWAM: MEMPERKASA PERKHIDMATAN BERMUTU TINGGI 14 Jun 2022 Hotel Casuarina, Ipoh, Perak Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berusaha Dr. Ching Thoo a/l Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) Kementerian Alam Sekitar dan Air Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Dr. Md. Nasir Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Yang Berbahagia Dato’ Ir. (Insinyur) Sabri Abdul Mulok, Timbalan Ketua Pengarah […]

    Read more →
  • Speeches

    MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN TAHUN 2021

    1 Jun 2022 Dewan Cashmere, The Zenith Hotel, Putrajaya Bismillahirahhmanirrahim, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan Salam Sejahtera, Barisan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Puan Norhayati binti Ahmad, Setiausaha EAIC, Yang diraikan para penerima anugerah, serta Seluruh warga kerja EAIC yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya jua dapat kita bersama-sama pada pagi ini, dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Jasamu Dikenang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan […]

    Read more →