Tan Sri Sidek Hassan » PESP

Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2018 Peringkat Negeri Sabah
Jumaat, 29 Jun 2018

Hotel Hilton, Kota Kinabalu, Sabah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh dan

Salam Sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Ketua Menteri Sabah,

Yang Berbahagia Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Hj Mohd Tahir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, yang juga Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS,

Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Abdul Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS

Yang Berusaha Encik Mohd Zaini Mohd Yunus, Pengerusi PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan,

Dif-Dif Kehormat,

Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri,

Warga keluarga PETRONAS,

Rakan-rakan Media,

Para pelajar dan ibu bapa,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurniaNya kita diberi kesempatan untuk berkumpul di majlis yang amat bermakna pada pagi ni.

2.	Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan di bulan Syawal ini, untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Semoga perayaan ini terus memberi ruang kepada kita untuk mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan, apatah lagi di Negeri Di Bawah Bayu ini yang sememangnya kaya dengan kepelbagaian kaum dan budaya.

3.	Bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Datuk Dr. Yusof Yacob untuk menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah, Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2018 Negeri Sabah pada pagi ini. Sesungguhnya, kehadiran YB Datuk memberi makna yang amat besar kepada semua warga PETRONAS, institusi-institusi lain yang turut terlibat terutamanya para pelajar dan ibu bapa yang hadir pada hari ini.

4.	Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah di atas amanah yang diberi di dalam Pilihan Raya baru baru ini. Saya berdoa Negeri Sabah akan terus pesat membangun menjadi negeri yang lebih maju dan lebih makmur, InsyaAllah.

PETRONAS TERUS KOMITED JALANKAN CSR

Para hadirin yang dihormati,

5.	PETRONAS meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap pendidikan dalam konteks Tanggjungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Bermula dengan penzahiran komitmen kami di dalam penyataan misi kami – “We Contribute To The Wellbeing of Society”, PETRONAS telah menggariskan tiga teras CSR yang utama iaitu: Pendidikan, Kesejahteraan & Pembangunan Komuniti, serta Pemuliharaan Alam Sekitar. Dengan 3 teras inilah, PETRONAS, khasnya anak-anak syarikat kami yang beroperasi di Sabah menggembeling segenap sumber sebagai sokongan padu kepada kerajaan Negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi Sabah secara lebih holistik ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang mampan.

6.	PETRONAS telah memperkenalkan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PETRONAS Education Sponsorship Program – PESP) setahun selepas penubuhannya, iaitu pada tahun 1975. Ini bermakna sudah 43 tahun program Penajaan Pendidikan PETRONAS ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Hingga ke hari ini, lebih 36,000 pelajar cemerlang telah menerima penajaan PESP membabitkan peruntukan lebih RM 3 bilion. Walaupun adakalanya berdepan pasaran minyak mentah global yang rendah, PETRONAS komited untuk meneruskan tajaan pendidikan menerusi PESP kepada pelajar-pelajar yang layak bagi menyumbang kepada pembangunan negara. Aspek pembinaan negara bangsa yang komprehensif menjadi pendorong kepada peruntukan berterusan syarikat dalam PESP ini. PETRONAS bangga alumni PESP kini menjadi golongan profesional dan memegang jawatan penting dalam Kerajaan dan swasta.

7.	Tahun ini PETRONAS menerima lebih 8,000 permohonan untuk PESP. Dari jumlah ini, 1,400 calon telah disenaraipendek untuk menghadiri sesi ujian serta temuduga yang dikenali sebagai PETRONAS Youngstars Day pada pertengahan April lalu. Siri ujian dan temuduga ini menggunakan sukatan piawaian antarabangsa bagi membolehkan kita menilai calon yang benar-benar berkelayakan. Daripada jumlah tersebut, PETRONAS menganugerahkan sebanyak 300 penajaan dengan peruntukan sebanyak RM 113.4 juta iaitu bersamaan purata RM 378 ribu untuk setiap pelajar. Seramai 34 pelajar atau kira-kira 11% dari mereka, adalah anak-anak Sabah dari serata negeri – Lahad Datu, Kota Belud, Keningau, Tawau, Sandakan dan juga Kota Kinabalu. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang kita raikan pada hari ini. Mereka akan meneruskan pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti terkemuka di luar negara. Mari kita berikan satu tepukan gemuruh buat mereka!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

8.	Selain daripada PESP, PETRONAS juga berkolaborasi erat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri serta rakan strategik yang lain bagi menjayakan beberapa lagi inisiatif di dalam bidang pendidikan. Di Sabah, pelbagai program berteraskan pendidikan dilaksanakan, antaranya Program Sentuhan Ilmu (PSIP) yang memberi manfaat kepada lebih 800 orang anak-anak Sabah sejak 2003. Ini diikuti oleh Program Sekolah Amanah atau Trust School bergandingan dengan Yayasan AMIR melibatkan 5 buah sekolah dalam Kluster Kimanis sejak 2015 bertujuan memacu transformasi sekolah awam. Di samping itu, PETRONAS juga bekerjasama dengan MARA menerusi pelaksanaan Program BUDI yang membantu pelajar-pelajar MRSM dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan agar dapat terus melanjutkan pembelajaran mereka. Dari aspek pembangunan infrastruktur pendidikan pula, PETRONAS berbesar hati diberi amanah dan tanggungjawab dalam menaja pembinaan sebuah sekolah MRSM baru di Ranau dan pembinaan sebuah asrama harian luar bandar di Pulau Balambangan, Kudat.

9.	Tidak hanya tertumpu kepada peringkat rendah dan menengah, PETRONAS juga memberi penekanan kepada pendidikan vokasional dan kemahiran. Kerana itulah PETRONAS mengambil langkah penajaan beberapa institusi latihan kemahiran menerusi program VISTA memberi manfaat kepada lebih 2,000 orang pelatih dari kalangan anak-anak Sabah sejak 2007. Dan komitmen ini dikukuhkan lagi dengan tertubuhnya Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) yang berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang minyak dan gas juga serta industri-industri relevan, dari kalangan anak watan Sabah.

Hadirin, hadirat sekalian,

10.	PETRONAS turut terlibat di dalam Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti, iaitu teras kedua dalam fokus CSR kami. Antaranya Program Planting Tomorrow di Kota Marudu dan Imbak di mana golongan masyarakat diperkasakan untuk meningkatkan taraf hidup dengan siri latihan keusahawanan serta menyediakan ruang kebolehpasaran mereka. Program “All About Youth” yang semakin dikenali di kalangan pelajar-pelajar juga telah memberi impak secara langsung kepada komuniti terpilih di seluruh Sabah. Semakin banyak aktiviti ekonomi dan komuniti telah lahir menerusi cetusan projek-projek para pelajar yang mengikuti Program “All About Youth”.

11.	Di dalam teras Pemeliharaan Alam Sekitar pula, PETRONAS berbangga dapat diberikan kesempatan untuk berbakti dalam pembangunan Imbak Canyon Conservation Area yang merangkumi 30 ribu hektar hutan simpanan. Ini adalah satu inisiatif berskala besar sebagai menyokong Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri dalam pemeliharaan khazanah alam sekitar yang cukup unik dan kaya dengan pelbagai flora dan fauna di negeri ini. Banyak lagi usaha-usaha tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh anak-anak syarikat PETRONAS yang beroperasi di Sabah.

12.	Kesemua inisiatif yang dilaksanakan lahir di atas semangat amanah kepada Negara dan rasa ingin melihat kemakmuran Negara dikecapi bersama.

MENDEPANI CABARAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Hadirin sekalian,

13.	Sejak akhir-akhir ini, kita sering didedahkan mengenai Revolusi Perindustrian ke-4, atau Industrial Revolution 4.0. Secara amnya, ia menyentuh aspek perubahan besar dalam era perindustrian di seluruh dunia. Ia umpama sebuah gelombang yang menuntut agar semua pihak mempunyai kemampuan menghadapi perubahan sama ada dalam organisasi, keluarga mahupun di peringkat individu.

14.	Di PETRONAS, kami juga sedar bahawa perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang enteng. Justeru itu, kami mengambil pendekatan positif, dengan menekankan aspek daya tahan yang kental di kalangan setiap kakitangan, dan pada masa sama menjadikan perubahan itu suatu peluang untuk kita mencipta lebih banyak penambahbaikan terhadap organisasi.

15.	Sehubungan dengan itu, saya ingin berpesan kepada anak-anak penerima tajaan pendidikan PESP sekalian. Satu ciri keperibadian yang perlu ada dalam setiap individu yang ingin berjaya adalah resilience. Kecekalan. Ketekunan. Binalah kekuatan diri dengan iman, jatidiri yang teguh serta sentiasa amalkan budaya positif dalam kehidupan seharian. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Dan tidak ada resipi lain untuk kita bertahan sebagai khalifah yang memegang amanah, melainkan kekuatan dalaman yang akhirnya diterjemahkan kepada produktiviti serta kualiti diri yang unggul.

16.	Saya juga menyeru kepada ibubapa, penjaga dan keluarga, untuk terus memberikan sokongan dan bimbingan kepada anak-anak kita. Keluarga andalah sistem sokongan yang paling penting buat mereka semua dalam mengharungi tahun-tahun penting sepanjang tempoh pengajian. Kami menjunjung dan memandang tinggi pengorbanan anda semua!

17.	Saya berdoa semoga anak-anak semua menjadi insan berjaya yang akan kembali untuk menabur bakti bukan sahaja kepada keluarga dan komuniti anda, malah lebih dari itu, untuk PETRONAS, untuk Negeri Sabah dan untuk Negara kita. Dan ingatlah dalam apa jua bidang, baik masih belajar atau setelah bekerja, kita semua perlu melakukan kerja dengan penuh integriti. SYABAS! YOU CAN DO IT!

PENUTUP

Para hadirin sekalian,

18.	Mengakhiri ucapan saya pada hari ini, bagi pihak PETRONAS, saya ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof Yacob kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sabah, serta semua institusi terbabit akan terus dipertingkatkan lagi dalam usaha kita bersama memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sabah. Lebih daripada itu, saya yakin kerjasama erat dan bersepadu ini juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan yang meliputi segenap industri di negeri Sabah, InsyaAllah.

Wabillahi taufik walhidayah, wassamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2017
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Batu Rakit, Terengganu

Ahad, 18 Jun 2017

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia,

dan Salam Negaraku Malaysia,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu,

Yang Berhormat Haji A. Latiff Bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu,

Yang Berbahagia Dato’ Raiha Azni Binti Abd Rahman, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, PETRONAS,

Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman,

Dif-Dif Kehormat,

Warga keluarga PETRONAS,

Teman-Teman Media,

Para pelajar dan ibu bapa,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana atas limpah izin dan kurniaNya jua, kita dapat bersama-sama bertemu di dalam majlis pada pagi ini.

2.	Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga ibadah kita pada tahun ini dapat disempurnakan dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya, Insya Allah. Lebih-lebih lagi untuk 7 malam terakhir di bulan Ramadan yang cukup istimewa buat kita semua.

3.	Seterusnya, bagi pihak PETRONAS, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sudi meluangkan masa untuk menyempurnakan majlis ini. Sesungguhnya, kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri memberi makna yang sangat besar buat kita semua.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

4.    Negeri Terengganu Darul Iman merupakan salah sebuah negeri terawal yang sama-sama melalui detik-detik pertumbuhan PETRONAS sebagai pemegang amanah khazanah minyak dan gas negara.

5.  	Di sinilah fasiliti penapisan minyak PETRONAS yang pertama didirikan sejak tahun 1983. Di sini jugalah tercetusnya nadi penghubung rantaian gas negara, di mana stok suapan dari luar pesisir Terengganu diproses menjadi bekalan gas asli untuk penjanaan tenaga dan bahan mentah loji-loji petrokimia.

6.	Dengan pertambahan aktiviti minyak dan gas yang rancak maka terbinalah pelbagai sokongan seperti lapangan terbang, pelabuhan, pusat dagangan komersial dan kawasan perumahan.

7.	Malah, lokasi majlis hari ini, INSTEP adalah institusi latihan pertama PETRONAS yang ditubuh seawal tahun 1981 untuk mempercepatkan pembangunan modal insan melalui fasiliti pembelajaran bertaraf dunia untuk menyokong pertumbuhan industri minyak dan gas Malaysia. Ia satu contoh komitmen jangka panjang PETRONAS dan merupakan satu-satunya pusat latihan di dunia yang dilengkapi dengan Loji Latihan Huluan dan Hiliran yang menyediakan kemudahan simulasi senario loji sebenar.

8. 	Pembangunan fasiliti-fasiliti yang mampan ini bukan sahaja memangkin keperluan operasi PETRONAS, lebih dari itu seringkali dimanfaatkan untuk kegunaan komuniti setempat. Fasiliti Bekalan Air KIPC binaan PETRONAS di Dungun yang kini di bawah milik Kerajaan Negeri Terengganu sejak bulan Mei tahun lepas misalnya, telah mengeluarkan bekalan air bersih yang juga disalurkan ke kawasan-kawasan perumahan selama dua dekad lamanya, terus dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.

9. 	Walaupun telah terbinanya pelbagai infrastruktur di sekitar negeri Terengganu ini, bagi kami tiada yang lebih berharga dari jalinan ikatan antara PETRONAS dengan aspirasi negeri ini, yang berakar umbi daripada pembangunan modal insan anak-anak Terengganu sendiri bagi mencapai matlamat “Transformasi Terengganu Baharu”, demi kepentingan Negara.

Para hadirin sekalian,

10.  	Komitmen PETRONAS dalam pembentukan modal insan yang mampan di kalangan anak-anak Terengganu termateri dalam pelbagai inisiatif jangka panjang.

11.	PETRONAS giat menyokong perlaksanaan program khas Transformasi Bahasa Inggeris atau TRENGLISH oleh Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Dilaksanakan sejak tahun 2014, seramai 18,000 pelajar dari 50 buah sekolah rendah dan menengah di sekitar negeri Terengganu telahpun melalui pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

12. PETRONAS juga telah berkolaborasi dengan Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia bermula tahun lalu untuk melaksanakan Program Sekolah Amanah di negeri Terengganu. PETRONAS kini menaja 10 buah sekolah di Terengganu, di mana lima (5) daripadanya membentuk sebuah kluster di Kijal dan lima (5) membentuk sebuah lagi kluster di Marang. Program ini merupakan salah satu usaha PETRONAS dalam memacu transformasi pembelajaran yang holistik dan bertumpukan pada kecemerlangan dalam semua aspek di kalangan pelajar-pelajar.

13. Satu lagi mercu tanda yang melambangkan komitmen PETRONAS dalam aspirasi pendidikan adalah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS atau PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP). Sejak tahun 1975, PETRONAS telah merealisasikan impian lebih daripada 36,000 orang pelajar terpilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti terkemuka di luar negara. Program ini telah menyaksikan peningkatan kelayakan yang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar Terengganu. Tahun ini, PETRONAS telah menerima lebih 7 ribu permohonan dari seluruh pelosok negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 353 orang pelajar telah meraih anugerah penajaan ini dengan peruntukan sebanyak RM 134 juta. Seramai 54 orang atau 15 peratus daripada jumlah penerima tajaan tahun ini merupakan pelajar-pelajar dari Terengganu. Syabas kerana berjaya dipilih selepas saringan yang ketat.

Para pelajar tajaan PETRONAS,

14. 	PETRONAS kini menempuh situasi harga minyak global yang rendah yang membawa pelbagai cabaran.  Namun komitmen PETRONAS terhadap bidang pendidikan adalah satu amanah yang diambil berat dan akan diteruskan.

15.	Oleh itu, amatlah besar harapan kami agar anda semua bekerja keras meneruskan legasi dan amanah ini, bukan sahaja untuk diri sendiri dan keluarga, malah lebih dari itu, untuk Negara kita. Hari ini adalah titik permulaan kepada fasa baru kehidupan anda semua yang pastinya memerlukan lebih banyak kerja keras, kegigihan berusaha, tumpuan penuh ke arah matlamat, dan sikap tidak berputus asa. Dengan komitmen padu daripada para pelajar sendiri, tidak mustahil suatu hari nanti, barisan pelapis kepimpinan PETRONAS dan Negara datangnya dari kalangan anda yang berada di dalam dewan pada hari ini.

16.	Impian kami adalah melihat anda semua menempah kejayaan selepas menamatkan pengajian anda kelak. Ini semua adalah berkat doa restu dan hasil usaha yang tidak mengenal penat lelah oleh ibu bapa, penjaga serta guru-guru anda. Ingati dan hargailah pengorbanan dan jasa mereka yang telah berbakti kepada anda. Oleh itu, janganlah sesekali kita lupakan asal usul kita, terutamanya kepada mereka yang telah membentuk dan membolehkan kita mencapai kejayaan hari ini.

17.	Hari ini, anda semua telah menjadi sabahagian daripada keluarga PETRONAS. Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anda yang dipilih sebagai pelajar-pelajar tajaan PETRONAS! Satu tepukan gemuruh untuk Pelajar cemerlang Negeri Terengganu! Saya yakin anda semua bukan sahaja berupaya menjadi graduan yang berjaya, malah dapat menjadi modal insan contoh yang berketerampilan dan berupaya mengharumkan nama Negeri Terengganu dan tentunya nama Malaysia yang tercinta.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

18. 	Akhir kata, bagi pihak PETRONAS, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif kerana sudi meluangkan masa menghadiri majlis pada hari ini. Saya yakin dan percaya kerjasama erat di antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu akan dipertingkatkan lagi dalam usaha kita untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan di Negeri Terengganu dan Negara kita. Semoga usaha kita hari ini dan hari hari mendatang sentiasa diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan membawa kearah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang berterusan, Insya Allah.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.