Tan Sri Sidek Hassan » IkrarBebasRasuah

Majlis Ikrar Bebas Rasuah MDEC
Auditorium MaGIC, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya

Selasa, 10 April 2018

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salah Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YBhg Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Datuk Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,

Ahli Lembaga Pengarah MDEC,

Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan MDEC; serta seluruh warga kerja MDEC yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan limpah izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada petang ini.

2.	Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YBhg. Datuk Yasmin dan barisan kepimpinan tertinggi MDEC kerana mengambil inisiatif pro-aktif berkolaberasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkasakan lagi komitmen MDEC menegakkan piawaian tinggi tadbir urus, dan seterusnya, pentadbiran berintegriti tinggi yang bebas rasuah. Ini adalah satu isu yang sangat dekat di hati saya dan oleh yang demikian, saya amat menyokong inisiatif ini. Terima kasih kerana menjemput saya untuk menghadiri dan memberi sepatah dua kata di majlis ini.

3.	Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada SPRM kerana aktif membanteras dan mengetengahkan isu rasuah. Saya amat yakin usaha sebegini akan menguatkan azam kita semua untuk membenci perbuatan rasuah dan seterusnya membudayakan integriti.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4.	Memupuk budaya integriti bukanlah satu inisiatif yang baru di MDEC. Sehingga kini MDEC telah mengambil beberapa langkah dalam memupuk budaya memerangi rasuah. Ini meliputi :

4.1	Pada Januari 2002, Kod Tatalaku MDEC telah dilancarkan dan dijadikan sebahagian dari Buku Panduan Pekerja MDEC. Ia menggariskan piawaian tingkah laku serta panduan mengenai konflik kepentingan.

4.2	Pada Jun 2009, “Whistleblowing Policy” yang telus dan boleh diakses oleh orang awam telah diumumkan. Seperti yang termaktub di dalam Akta SPRM 2009, “Whistleblowing Policy” ini memberikan perlindungan kerahsiaan identiti pengadu baik pekerja, vendor, kontraktor atau mana-mana orang. Ia melindungi pekerja daripada apa-apa tindakan yang mungkin menimpa pengadu dalam skop pekerjaan.

4.3	Nilai-nilai Teras atau “Core Values” MDEC diperkenalkan pada Ogos 2016 yang mengiktiraf integriti sebagai satu daripada lima Nilai-nilai Teras MDEC. Ini bertujuan supaya setiap warga MDEC mempunyai integriti di dalam DNA mereka.

4.4	Dan baru-baru ini, dengan sokongan penuh Ahli Lembaga Pengarahnya, MDEC telah mula melaksanakan pemeriksaan pekerja dan latar belakang mereka (“Employees Screening and Background Check”) terutama sekali di kalangan kepimpinan MDEC dan pekerja yang terlibat di dalam proses kelulusan dan perolehan.

5. 	Ikrar Bebas Rasuah hari ini, memberi penekanan kepada ikrar, janji dan komitmen semua lapisan warga MDEC untuk sentiasa komited dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan apa jua tugasan dan menjauhi diri daripada gejala rasuah.

6.	MDEC telah diberi tanggungjawab, kepercayaan dan peruntukan sebagai peneraju agenda digital negara. Ekonomi digital dewasa ini menjadi tumpuan penting Kerajaan kerana ia berpotensi besar untuk menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020. Kita di MDEC telah diberikan peruntukan kewangan, fleksibiliti dan tanggungjawab untuk mentadbir pelbagai program dan aktiviti. Saya percaya kita beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh integriti.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati,

7. 	MDEC telah menggariskan beberapa Pelan Tindakan bagi memantapkan lagi sistem tadbir urus dan perkhidmatannya. Beberapa program dan aktiviti telah dibuat bagi memastikan ianya dapat dilaksanakan mengikut perancangan, antaranya menjalinkan hubungan erat dengan SPRM, serta sesi nasihat yang diberikan oleh Datuk Yasmin melalui Sesi Town Hall tempohari.

8. 	MDEC juga akan mempelbagaikan aktiviti-aktivi bagi memastikan semua warga MDEC menjauhi apa jua amalan yang boleh menyumbang kepada berlakunya amalan rasuah. Program yang kita adakan pada hari ini merupakan satu wadah yang baik untuk mengingati diri sendiri supaya menjauhi diri dari melakukan amalan yang mempunyai unsur rasuah. Supaya menegakkan integriti.

9.	Saya berdoa kehadrat Illahi, agar kita semua menggalas tanggungjawab kita dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Sesungguhnya, ujian integriti bukan sahaja apabila SPRM memerhati kita. Ujian sebenar adalah apabila tiada siapa yang memerhati dan kita tetap berpegang teguh kepada prinsip integriti yang tersemat di dalam sanubari.

Saudara-saudari sekalian,

10.	Saya sedar bahawa dalam organisasi yang terbaik mana sekali pun, yang walaupun ‘high performance organisation’, pasti akan ada individu yang mungkin tidak mencerminkan budaya integriti. Dalam situasi seperti ini, mungkin ada orang yang berpendapat demi menjaga nama baik organisasi, kita patut senyap-senyapkan sahaja perlakuan itu. Supaya masyarakat tidak memandang serong kepada organisasi kita yang baik, yang rata-rata semuanya baik-baik belaka. Respons saya kepada isu ini ialah kita tidak akan bertolak ansur terhadap salah laku rasuah. Zero Tolerance. ZETO. Jangan kerana ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’. Kita sendiri akan pastikan nila setitik ini dikeluarkan dari susu sebelanga. Inilah “Tone at the Top”. Inilah “Tone from the Top”.

11. 	Sebagai penutup, saya ingin sekali lagi mengucapkan penghargaan saya kepada kepimpinan tertinggi MDEC kerana menganjurkan majlis ini. Satu penghargaan khas kepada YBhg Datuk Seri Azam Baki, YBhg Dato’ Shamshun Baharin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudi hadir untuk menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah MDEC pada hari ini. Kehadiran SPRM akan terus mendorong dan meningkatkan lagi semangat warga kerja MDEC untuk membuat yang terbaik. Demi amanah kepada Negara.

Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PETRONAS
Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas, KLCC

Selasa, 13 Jun 2017

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salah Sejahtera, Salam 1Malaysia

Dan Salam Negaraku,

YBhg Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),

YBhg Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS,

Barisan kepimpinan tertinggi SPRM dan PETRONAS,

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana dengan izin dan kurnia Nya jua, kita dapat bersama-sama berhimpun di dalam majlis yang sungguh bermakna pada petang ini.

2.	Saya ingin mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan tertinggi PETRONAS, serta YBhg Dato’ Ja’afar Mahad, Ketua Pegawai Integriti PETRONAS dan pegawai-pegawai beliau kerana mengambil inisiatif pro-aktif berkolaberasi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memperkasakan lagi komitmen berterusan PETRONAS mengekalkan piawaian tinggi tadbir urus, dan seterusnya, pentadbiran berintegriti tinggi yang bebas rasuah. Saya amat menyokong inisiatif ini, lebih-lebih lagi ia mengenai satu isu yang sangat dekat di hati saya. Terima kasih kerana menjemput saya untuk menghadiri dan memberi sepatah dua kata di majlis ini.

3.	Seterusnya, saya mengucapkan syabas kepada Datuk Dzulkifli dan SPRM kerana berjaya mengetengahkan isu rasuah di kebelangan ini. Saya yakin usaha sebegini akan menguatkan azam kita semua untuk membenci perbuatan rasuah dan sebaliknya akan menghargai budaya integriti.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4.	Sejak penubuhannya dalam tahun 1974, PETRONAS telah menggalas peranan yang amat besar sebagai pemegang amanah khazanah minyak dan gas negara. Sebagai lambang kebanggaan negara dan syarikat tunggal Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, PETRONAS dan seluruh Kumpulan Syarikat berpegang teguh kepada nilai integriti.

5.	 Memupuk budaya integriti di PETRONAS bukanlah satu inisiatif yang baru. Nilai-nilai Bersama atau “Shared Values” PETRONAS yang dilancarkan pada tahun 1989 oleh Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS pada waktu itu, mengiktiraf integriti sebagai satu daripada empat Nilai-Nilai Bersama PETRONAS. Nilai-Nilai Bersama PETRONAS ini masih kekal relevan hingga ke hari ini. Malah, integriti telah menjadi sebahagian daripada DNA PETRONAS. Saya masih ingat lagi semasa saya menjadi Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), salah satu aktiviti IIM ialah Tun Azizan Zainul Abidin Integrity Circle bersama PETRONAS Leadership Centre.

6.	Hakikatnya, mengikut fahaman saya, integriti di PETRONAS bermula dari seawal penubuhannya lagi. Saya yakin ramai masih ingat sumbangan perintis-perintis PETRONAS seperti Datuk Rastam Hadi.

7. 	PETRONAS telah mengambil beberapa langkah dalam memupuk budaya memerangi rasuah:

7.1	Pada tahun 2012, PETRONAS menandatangai Ikrar Integriti Korporat di mana PETRONAS mengisytihar tidak akan sama sekali terlibat dengan sebarang bentuk pelakuan rasuah dan salahguna kuasa, dan akan menegakkan prinsip anti-rasuah dalam aktiviti perniagaan dan interaksi bersama rakan niaga dan kerajaan.

7.2	Melancarkan Kod Tatalaku dan Etika Perniagaan (CoBE) pada bulan April 2012. CoBE menggariskan piawaian tingkah laku dan kelakuan beretika yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan dan pengarah Kumpulan PETRONAS. Ia dimaktubkan ke dalam semua kontrak PETRONAS dan oleh itu diguna pakai ke atas semua pihak ketiga yang bekerja untuk atau bagi pihak Kumpulan PETRONAS.

7.3	Membangunkan PETRONAS “Anti-Bribery and Corruption (ABC) Manual” yang memperincikan tingkah laku setiap kakitangan PETRONAS di dalam membanteras rasuah dan amalan tidak beretika. Antara kandungan ABC Manual ini termasuklah garis panduan bagaimana berurusan dengan kakitangan awam, tanggungjawab sosial korporat, sumbangan politik, bayaran pemudahan, “money laundering”, berurusan dengan pihak ketiga dan juga “Whistleblowing  Policy”.  “Whistleblowing  Policy” ini membolehkan mana-mana pihak dalaman atau luar PETRONAS untuk membuat aduan supaya PETRONAS dapat menangani sebarang salah laku oleh pekerjanya.

7.4	Memperkenal Dasar Tiada Hadiah – “No Gift Policy”. Dasar ini menegah sebarang penerimaan dan pemberian hadiah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Kenyataan ini dapat dilihat dengan jelas di sekitar lobi utama Menara Berkembar PETRONAS, KLCC dan juga di serata operasi global kami.  Saya amat gembira kenyataan dasar ini diterima pakai oleh syarikat-syarikat lain di Malaysia dan juga kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati,

8.	Adalah penting kita di PETRONAS menjiwai integriti sepenuhnya kerana PETRONAS adalah satu entiti yang besar. Sumbangan kita kepada negara adalah kritikal. Bukan setakat dari segi kewangan seperti dividen, cukai dan royalti sahaja. Tetapi juga mendukung lain-lain aspirasi. Barang diingat, perbelanjaan PETRONAS purata untuk satu tahun sahaja berjumlah hampir  RM 190 billion bagi 5 tahun yang lalu. Oleh itu adalah penting kita yang mentadbir sebegitu besar peruntukan sentiasa mendukung budaya integriti di tahap yang tertinggi.

9.	Saya amat gembira hari ini, Kepimpinan Tertinggi PETRONAS akan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah. Satu signal yang amat jelas mengenai “Tone at The Top” mengenai integriti. Bukan setakat kepimpinan melalui teladan. Tetapi kepimpinan yang tidak akan bertolak ansur (“Zero Tolerance”) terhadap salah laku rasuah.

10.	Pada saya, lebih dari ikrar, budaya integriti dan bebas rasuah mesti mejadi asas kehidupan kita. Asas kehidupan di mana sahaja kita berada. Ujian integriti bukan setakat apabila SPRM memerhati kita. Ujian sebenar integriti adalah melakukan yang sepatutnya, walaupun tiada sesiapa yang melihat! Terutamanya, apabila tiada sesesiapa pun yang melihat!

Saudara-saudari sekalian,

11.	Pasti akan adanya segelintir individu atau kumpulan di dalam PETRONAS atau di mana sahaja, termasuk di SPRM sendiri, yang mungkin tidak mencerminkan budaya integriti. Adalah penting tindakan tegas mengikut proses undang-undang diambil ke atas mereka agar nama baik PETRONAS, atau SPRM, dan nama baik hampir kesemua ahli-ahli yang lain tidak tercemar. Janganlah sebab ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Para hadirin-hadirat sekalian,

12.	Sebagai penutup, saya inigin mengucapkan penghargaan saya kepada Kepimpinan Tertinggi PETRONAS dan Pejabat Ketua Pegawai Integriti PETRONAS kerana menganjurkan majlis ini. Satu penghargaan khas kepada YBhg Datuk Ketua Pesuruhjaya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudi hadir untuk menyaksikan sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PETRONAS. Kehadiran SPRM akan mendorong dan meningkatkan lagi semangat warga kerja PETRONAS untuk membuat yang terbaik. Bagi yang baik. Demi amanah kepada Negara.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.